Friday, 7 November 2014

8 Days A Sweet & 8% Sales Tax !

Japan Sales Tax sudah melonjak naik dari 5% ke 8% pada bulan April yang lalu. Malaysia pula akan melancarkan perkara yang sama pada April 2015 (6%). Sewaktu saya di Kyoto AEON 8 Days A Sweet  tempoh hari, saya baru sedar akan tempias isu ini. Terkejut juga apabila melihat resit yang dihulurkan. Oleh kerana crepes yang dijual disini terlalu sedap, maka saya sanggup membayar apa jua charge yang dikenakan tersebut tanpa banyak bersoal jawap.

Apa yang saya sedari semenjak saya berada di Jepun, orang sini jarang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dikhalayak ramai. Belum pernah saya lihat lagi  penduduknya yang mengangkat kayu sepanduk sambil meraung-raung dan terlolong-long di tepi jalan di Kyoto untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak tertentu. Apatah lagi mempersoalkan isu tax yang dikenakan. Mereka lebih suka membawa isu tersebut ke kertas pilihanraya dan mungkin kerana itulah Jepun adalah antara negara yang kerap bertukar tampok pemerintahannya. 

Wallahualam.




Gambar official dari http://kyoto-aeonmall.com/shop/detail/114. Memang sedap dan menarik crepes yang dijual disini.



All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.