Sunday, 16 November 2014

Kyoto's Sakura Travelogue: Sentimen Anti China Tidak Wujud Di Sini !

Saya tidak pasti apa yang dimahukan oleh kerajaan negara China ( PRC ). Propaganda anti-Jepun yang dicetuskan pada dada-ada akhbar negara tersebut dan halaman sosial semenjak kebelakangan ini agak begitu kurang senang untuk kita dengar dan ianya cukup berbaur hatred yang cukup extreme. Bermacam modal yang digunakan mereka , dari isu lapuk pencerobohan Jepun di Manchuria pada tahun 1931 hinggalah ke isu disputed kepulauan Senkaku sekarang.

Tetapi lain pula ceritanya dengan rakyat negara China yang saya jumpa tempoh hari
di Kiyomizu-dera dan Ujigawa. Berbanding dengan pemikiran pemimpin-peminpin mereka, rata-rata pelancong China yang melancung datang ke Jepun cukup advance serta open minded. Segalanya cukup harmoni.Tiada rungutan dan tiada yang bermasam muka malah hubungan mereka cukup mesra.Tiada langsung sebarang tension ataupun konflik 'anti-China- anti-Jepun' yang saya nampak. Mereka menghormati antara satu sama lain. Malah ada yang siap berpakaian kimono untuk seisi fotografi untuk diabadikan sebagai kenangan melawat ke sini. 

Mungkin sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin komunis kolot China ini harus belajar dari rakyat mereka sendiri ?








All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.