Tuesday, 16 December 2014

Otagi Nenbutsu-ji , おたぎねんぶつじ :1200 Penunggu Hutan Arashiyama (Part 2).

Take note satu perkara.
Jangan cuba untuk berjalan kaki dari jambatan Togetsukyo di Arashiyama untuk ke Otagi Nenbutsu-ji. Walaupun arah jalan yang ditunjukkan nampak ianya seakan-akan dekat tetapi Otagi Nembutsuji ini agak jauh. Nasihat saya, naik sahaja bas yang lalu lalang di sekitar pekan kecil Arashiyama ini untuk ke sana. Ianya hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai. Untuk makluman, Kuil Otagi Nenbutsu-ji ini terletak betul-betul di tepi jalan dan sekirannya anda bimbang dan takut terlepas, pesan saja kepada abang pemandu bas untuk berhenti di hentian tersebut.
Oh Ya ! Untuk pedoman, kuil ini terletak sebelum anda memasuki terowong bawah tanah untuk ke Gunung Atago.
Nah, saya sertakan beberapa shots lagi semasa saya berada di sana.

Map untuk ke sana ( kredit kepada official page Otagi Nenbutsuji )

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.

Sunday, 14 December 2014

Otagi Nenbutsu-ji , おたぎねんぶつじ :1200 Penunggu Hutan Arashiyama, Kyoto.

Seisi kembara ke Otagi Nenbutsu-ji ( おたぎねんぶつじ ) di pergunungan Kyoto pagi ini betul-betul membuat saya berasa seperti protagonist Aragorn yang menyeru "King Of The Dead" untuk keluar lalu mengetuai "Army Of The Dead" menyerbu masuk ke medan perang di Minas Tirith dalam filem epik fantasi Lord Of The RingApa tidaknya, sebaik sahaja saya melangkah masuk ke perkarangan Otagi Nenbutsu-ji sebentar tadi, saya terasa seperti banyak mata yang sedang memandang sambil mengawasi segala gerak-geri saya. 

Walaupun semua 1200 Jizo yang terdapat disini bukanlah puaka seperti Dead Men of Dunharrow ataupun Oathbreakers yang disumpah oleh Isildur lalu menjadi penunggu di White Mountains, tetapi kewujudan batu-batu Jizo disini dengan suasana persekitaran yang cukup suram , sejuk dan sunyi memang membuatkan hutan ini seperti dihuni ribuan puaka !

Aragorn dan The Dead Army didalam filem Lord Of The Ring , filem arahan Peter Jackson.
(Foto dari Google)

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.

Saturday, 29 November 2014

Sanada Yukimura : Pahlawan Yang Hanya Muncul Sekali Dalam Seratus Tahun.

Throw back.. cerita tahun lepas di Osaka.Trip ini sepatutnya dinamakan sebagai trip "membalas dendam" ataupun trip "tutup malu". Apa tidaknya, selepas berkali-kali datang ke Osaka dan berkali-kali mencari Sanko Shrine dan gagal , akhirnya terjumpa juga pada musim luruh tahun lepas. Punyalah malu pada diri sendiri hanya tuhan saja yang tahu.Tempat yang sebegitu famous depan mata pun boleh cari tak jumpa...

Ada yang bertanya kepada saya , apa yang best sangat dengan Sanko Shrine ini? Seronok ke? Uuihhh, banyak keistimewaannya dik oiii.. Tak mengaji memang tak tahu punya.Kepada peminat-peminat sejarah, di Sanko Shrine inilah terletaknya statue Sanada Yukimura - samurai terbilang yang pernah terlibat didalam peperangan Siege of Osaka dan Sekigahara. Mengikut sejarah (atau mungkin di tokok tambah), Sanada Yukimura ini digelar sebagai samurai yang paling berani diantara ribuan samurai yang lain.Beliau juga digelar sebagai "Pahlawan yang hanya muncul sekali dalam seratus tahun " hinggakan Tokugawa Ilyasu yang hebat itu pun pernah mengimpikan untuk duduk minum semeja dengan beliau walaupun di alam afterlife
Punyalah gah keberanian Sanada Yukimura sampai begitu sekali. Respect betul ni.

By the way, saya diberitahu yang siri terbaru NHK Taiga drama selepas Gunshi Kanbei nanti adalah cerita berdasarkan kehidupan Sanada Yukimura! Peerrkhhh...Gerenti penuh sesak punya Sanko Shrine selepas ini nanti sekiranya rating drama tersebut melonjak selepas tayangan. Saya rasa anda perlu melawat ke sini secepat mungkin. 

Jangan nanti menyesal pula..

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Wednesday, 19 November 2014

Jalan Jalan Cari Makan - Versi Kyoto !

Pekan Gion yang terletak di Kyoto ini memang cukup busy ! 
Datanglah pada musim apa sekalipun, ianya selalu dipenuhi dengan pelancung-pelancung asing. Mungkin kerana adanya tarikan dari gadis-gadis Geisha dan Maiko yang kerap lalu lalang ataupun mereka datang ke sini untuk enjoy pementasan hebat kabuki di sini.  

Saya pun selalu juga ke sini especially waktu teringin sangat nak makan kuih dango (ala-ala kuih koci)  yang dijual di kedai Tambaya Gion. Punya lah sedap sampai sanggup berulang-alik naik subway dari rumah di Uji ke pekan Gion.  

Puas hati !

Bagi anda yang mengambil bas untuk ke Gion, patung Izumo no Okuni adalah petanda terbaik menunjukkan yang anda telah sampai dipersimpangan pekan Gion. Ianya terletak betul-betul ditepi perhentian bas bersebelahan Sungai Kamogawa.  

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 16 November 2014

Kyoto's Sakura Travelogue: Sentimen Anti China Tidak Wujud Di Sini !

Saya tidak pasti apa yang dimahukan oleh kerajaan negara China ( PRC ). Propaganda anti-Jepun yang dicetuskan pada dada-ada akhbar negara tersebut dan halaman sosial semenjak kebelakangan ini agak begitu kurang senang untuk kita dengar dan ianya cukup berbaur hatred yang cukup extreme. Bermacam modal yang digunakan mereka , dari isu lapuk pencerobohan Jepun di Manchuria pada tahun 1931 hinggalah ke isu disputed kepulauan Senkaku sekarang.

Tetapi lain pula ceritanya dengan rakyat negara China yang saya jumpa tempoh hari
di Kiyomizu-dera dan Ujigawa. Berbanding dengan pemikiran pemimpin-peminpin mereka, rata-rata pelancong China yang melancung datang ke Jepun cukup advance serta open minded. Segalanya cukup harmoni.Tiada rungutan dan tiada yang bermasam muka malah hubungan mereka cukup mesra.Tiada langsung sebarang tension ataupun konflik 'anti-China- anti-Jepun' yang saya nampak. Mereka menghormati antara satu sama lain. Malah ada yang siap berpakaian kimono untuk seisi fotografi untuk diabadikan sebagai kenangan melawat ke sini. 

Mungkin sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin komunis kolot China ini harus belajar dari rakyat mereka sendiri ?

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Wednesday, 12 November 2014

Kyoto's Nishiki Market : A Foodies' and Photographers' Delight !

"Sana mahal, sini mahal. Semuanya mahal di Jepun!" 

Betul ke ? 

Tak lah! 

Sekiranya anda hanya mempunyai budget  RM50.00  pun, anda sudah boleh enjoy untuk light breakfast atau lunch di Pasar Nishiki Kyoto. 

Forget about what you heard  Japan being expensive!  

Tak betul tuuu...

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 9 November 2014

Mana Lebih Hebat : Lolong, Gustave Atau Buaya Putih Tasik Dayang Bunting !

Cerita tentang buaya gergasi bernama Gustave dan Lolong sememangnya pernah memenuhi dada-dada akhbar diseluruh dunia sebelum ini. Ini kerana Gustave yang menghuni sungai di Burundi ini dikatakan telah membaham lebih daripada 300 manusia dan ianya masih gagal ditangkap sehingga hari ini. Lain pula ceritanya dengan Lolong (sempena nama pemburu buaya hebat filipina bernama Ernesto "Lolong" Goloran Canete), buaya bersaiz 20 kaki panjang ini  akhirnya berjaya ditangkap hidup-hidup di Bunawan tetapi kemudiannya mati selepas ditawan.

Tetapi apakah benar Malaysia mempunyai buaya yang lebih besar dari saiz tersebut? Bukan itu saja, khabarnya buaya putih tersebut memilih mangsa. Yang di cari hanya mangsa bermulut celupar dan berhati "busuk".Rata-rata penduduk Langkawi percaya akan cerita-cerita tersebut walaupun ianya berunsur myth dan lagenda.

Tetapi di mana ?

Tentulah di Tasik Dayang Bunting yang terletak di "Pulau Langkawi Pulau lagenda" !
Wallahualam .

Nota kaki : Monumen buaya putih diatas terletak di Taman Lagenda, Pulau Langkawi @ bersebelahan Dataran Lang di Pekan Kuah.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Saturday, 8 November 2014

Kuil Purba Dan Hantu Di Gunung Hiei.

Gunung Hiei ataupun Heizan yang terletak di sempadan wilayah Kyoto dan Shiga ini cukup terkenal dengan dua perkara. Satu, ianya terkenal dengan rumah-rumah berhala yang berabad-abad usianya dan kedua kononnya hutan disini banyak dihuni oleh hantu !  
Entah betul atau tidak, wallahualam. Tetapi, disepanjang pendakian dan perjalanan saya ke sana tempoh hari, memang betul ianya mempunyai rumah berhala dan kuil-kuil purba yang cukup hebat seperti kuil Enryakuji , Daikodo dan Amidado.

Tentang cerita hantunya pula, saya hanya boleh update selepas selesai segala siasatan saya nanti! Heh !

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Friday, 7 November 2014

8 Days A Sweet & 8% Sales Tax !

Japan Sales Tax sudah melonjak naik dari 5% ke 8% pada bulan April yang lalu. Malaysia pula akan melancarkan perkara yang sama pada April 2015 (6%). Sewaktu saya di Kyoto AEON 8 Days A Sweet  tempoh hari, saya baru sedar akan tempias isu ini. Terkejut juga apabila melihat resit yang dihulurkan. Oleh kerana crepes yang dijual disini terlalu sedap, maka saya sanggup membayar apa jua charge yang dikenakan tersebut tanpa banyak bersoal jawap.

Apa yang saya sedari semenjak saya berada di Jepun, orang sini jarang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dikhalayak ramai. Belum pernah saya lihat lagi  penduduknya yang mengangkat kayu sepanduk sambil meraung-raung dan terlolong-long di tepi jalan di Kyoto untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak tertentu. Apatah lagi mempersoalkan isu tax yang dikenakan. Mereka lebih suka membawa isu tersebut ke kertas pilihanraya dan mungkin kerana itulah Jepun adalah antara negara yang kerap bertukar tampok pemerintahannya. 

Wallahualam.

Gambar official dari http://kyoto-aeonmall.com/shop/detail/114. Memang sedap dan menarik crepes yang dijual disini.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Thursday, 6 November 2014

Samseng Jalanan ?

Siapa cerdik dan siapa bodoh ? Tuan kerbau atau kerbau itu sendiri ? 
Bila ditegur, kita dimarahi pula. Kata empunya kerbau, ianya adalah daya tarikan untuk pelancong yang datang ke sini. Isunya sekarang, apabila terjadi satu kemalangan maut yang membabitkan pelancong dengan kerbau-kerbau yang berkeliaran, tiada siapa yang berani bertanggung-jawab. Kerbau jadi bangkai dan pelancong pula mati katak.

Saya rasa pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu !