Thursday, 8 January 2015

Sepanjang Pendakian Ke Tanukidaniyama Fudouin Di Kyoto.


Entah macam mana tiba-tiba saya berhasrat benar untuk melawat Tanukitanisan Fudouin Temple walaupun niat sebenar hanyalah untuk melawat Kibune jinja. Tanukidaniyama Fudouin ini sebenarnya terletak agak berhampiran dengan Kibune jinja dan anda harus mengambil keretapi dari Eizan station yang terletak di Demanchiyanagi. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini agak kurang sewaktu saya disini tetapi pekan-pekan kecil di persekitaran kawasan ini akan dibanjiri dengan puluhan ribu manusia pada waktu-waktu tertentu seperti musim luruh dan pada 22hb Oktober sewaktu Kurama fire festival diadakan. Selepas menaiki keretapi Eizan line, anda harus turun di stesen E04 - Ichijoji dan pendakian anda ke Tanukidaniyama Fudouin bermula disini. Jangan membawa terlalu banyak membawa bekalan ataupun pek-pek minuman untuk mendaki ke Tanukidaniyama kerana Kyoto cukup terkenal dengan vending machine dan mesin tersebut memang terdapat di sepanjang pendakian untuk ke sana.
























Untuk peminat-peminat fotografi, pastikan anda membawa bersama 3 jenis lensa utama seperti makro, wide angle dan potret kerana kegagalan anda membawa ketiga-tiga lensa tersebut boleh menyebabkan anda menyesal seumur hidup unless anda mempunyai lebihan wang untuk datang semula ke sini dikemudian hari. Anda juga dinasihati agar menghormati jizo-jizo dan patung-patung tanuki disini walaupun kita berlainan agama dan mempunyai kepercayaan yang berbeza. Jangan dipandang rendah perkara-perkara ini kerana Tanukidaniyama Fudouin ini adalah tempat sacred and suci untuk orang orang Jepun dan anda juga dinasihati jangan membuat bising sepanjang anda berada disini. Saya juga ingin menjelaskan beberapa perkara dan harus diambil kira sebelum anda berfikir untuk datang kesini. Secara jujurnya, saya berpendapat orang yang "semput" tidak sesuai untuk melawat ke sini kerana ratusan anak-anak tangga yang harus didaki dan perjalananannya juga agak mencabar terutama sekali kepada anda yang datang ke sini bersama anak-anak kecil .

Apa-apa pun, kepada anda yang berjaya sampai ke puncak Tanukidaniyama Fudouin Temple ini, ada akan dapat melihat sendiri tempat dimana Musashi Miyamoto bertafakur dan berlatih bermain pedang serta monumen Hanshin Tiger yang menjuarai kejohanan baseball Jepun pada tahun 2005. Saya pasti anda akan kagum dengan ketenangan tempat ini sambil menikmati ratusan patung-patung tanuki yang menghuni diseluruh pelusuk pergunungan ini.



Bersambung........................









All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Tuesday, 6 January 2015

Selamat Pagi Fuji : Girl's Just Wanna Have Fun !

Beberapa gambar anak-anak yang diambil sewaktu di Shizuoka tempoh hari berhampiran Gunung  Fuji. Sengaja saya biarkan kamera Nikon D300 saya bersedia untuk shoot dengan multiple burst bagi mengambil gambar dan kerenah Nana & Erika. 
 
Dan nasib saya agak baik.............













All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 4 January 2015

Tokyo Front : Odaiba Gundam

Saya belum upload lagi sebarang gambar Gundam yang diambil tempoh hari di Tokyo Gundam Front. Entah kenapa saya jadi gatal tangan pula hari ini lalu memuat naik gambar-gambar tersebut di Youtube ! Untuk makluman, saya bukan berminat sangat pun mahu menjadi vlogger tetapi sekadar mencuba untuk membiasakan diri dengan Youtube.

Insya Allah. Bila ada kesempatan nanti, saya akan sertakan kesemua gambar-gambar tersebut di blog saya bersama nota perjalanan sewaktu berada di Odaiba, Tokyo.




All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you

Friday, 2 January 2015

Warna Warni Teramachi Sanjo, Kyoto !

Teramachi Sanjo memang sudah banyak berubah. Segala-galanya lebih teratur dan bersih daripada dahulu. Apa yang menarik, kini anda sudah boleh menggunakan telefon bimbit ataupun laptop sambil melayari internet sambil melayari internet secara percuma disini.
Sesuatu yang agak mustahil untuk anda lakukan pada tahun tahun yang lalu.

Walaupun tempat ini mengingatkan saya kepada Pekan Padang Besar di Perlis ataupun Pekan Rabu di Alor Setar, tetapi tiada barang-barang tiruan yang dijual disini. Segalanya produk asli dan berjenama besar seperti Gucci, Prada dan juga D & G. Namun apa yang lebih menarik tentang Teramachi Sanjo ini adalah keadaan sekelilingnya yang cukup attractive serta berwarna-warni !  







All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Thursday, 1 January 2015

Sinbad : Pengembaraan Tujuh Lautan Di Tokyo Disney Sea .

Saya akui yang cerita dan pengembaraan muzikal Sinbad ataupun dalam bahasa arab  Ø§Ù„سندباد البحري ( as-Sindibad al-Baḥri) di Tokyo Disney Sea ini cukup mengujakan. Persembahan boneka-boneka yang seolah-olah hidup, background muzik yang cukup mempersonakan serta persembahan muzikal yang cukup berwarna-warni ini boleh membuatkan anda beratur untuk masuk berulang-kali !

Seperti mana yang diketahui umum, cerita pengembaraan Sinbad ini cukup popular diseluruh pelusuk dunia. Ianya menceritan tentang kisah seorang pemuda bernama Sinbad yang mengembara tujuh lautan dimana sepanjang pengembaraan tersebut, beliau bertemu dengan bermacam tempat magikal, raksasa-raksasa pelik dan fenomena supernatural.

Anda dapat menikmati segala pengembaraan tersebut di sini dan apa yang pasti, anak-anak kecil pasti terhibur !















All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.








 
 

 

Sunday, 28 December 2014

Tokyo Disney Sea : M.I.C.K.E.Y M.O.U.S.E !

Saya sertakan beberapa lagi imej yang saya ambil sewaktu saya berada di Tokyo Disney Sea tempoh hari. Walaupun sesetengah foto - foto dibawah terpaksa melalui proses cropping yang agak brutal, tetapi imejnya agak jelas dan terima kasih kepada lensa Sigma 17-70mm f/2.8. Terbukti sudah , walaupun ianya murah hasilnya juga agak memuaskan.

Untuk makluman, kesemua imej dibawah diambil dengan menggunakan kamera Nikon D300 dipadankan dengan lensa Sigma 17-70mm f/2.8. Saya menggunakan ISO yang agak tinggi iaitu 2000, bukaan focal 62mm, speed 200 pada aperture 6.2.

Enjoy !














All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Saturday, 27 December 2014

Langkawi Wildlife Park : Mai Jangan Tak Mai !

Isteri saya, Naomi ada bercakap tentang peraduan fotografi yang sedang dianjurkan oleh pihak Langkawi Wildlife Park. Katanya, saya harus submit kesemua foto saya cepat-cepat kerana tarikh tutup penyertaan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apabila saya memberitahu Naomi yang saya tidak berminat dengan sebarang "pertandingan" ataupun "peraduan" kerana bencikan tekanan, beliau hanya ketawa panjang.........Rugi katanya kerana saya mempunyai banyak gambar-gambar haiwan liar yang saya ambil sewaktu saya melawat ke sana. Tidak mengapalah, mungkin bab-bab "pertandingan" ini bukan rezeki saya dan biarlah orang lain yang mencuba nasib untuk memenanginya.


Bercakap tentang Langkawi Wildlife Park , saya akui yang saya cukup kagum dengan pihak pengurusan taman hidupan liar ini. Memang terlalu banyak improvement yang telah dibuat dan saya amat kagum melihat ribuan tetamu yang tidak putus-putus datang sewaktu cuti sekolah ataupun hari-hari cuti umum. Saya juga mendapati majoriti kakitangannya cukup mesra pelanggan dan ini amat jarang sekali saya dapat lihat di taman taman hidupan lain yang pernah saya kunjungi. 

Tahniah untuk pihak pengurusan dan keep it up !

Kepada anda yang berhasrat untuk berkunjung datang ke Pulau Langkawi, Wildlife Park adalah salah satu yang harus anda kunjungi. Rugi besar sekiranya anda terlepas peluang untuk ke sini. Untuk makluman tentang waktu urusan, fasiliti dan harga tiket, anda boleh berkunjung ke sesawang Langkawi Wildlife Park .

Mai Jangan Tak Mai !






All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.