Thursday, 8 January 2015

Sepanjang Pendakian Ke Tanukidaniyama Fudouin Di Kyoto.


Entah macam mana tiba-tiba saya berhasrat benar untuk melawat Tanukitanisan Fudouin Temple walaupun niat sebenar hanyalah untuk melawat Kibune jinja. Tanukidaniyama Fudouin ini sebenarnya terletak agak berhampiran dengan Kibune jinja dan anda harus mengambil keretapi dari Eizan station yang terletak di Demanchiyanagi. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini agak kurang sewaktu saya disini tetapi pekan-pekan kecil di persekitaran kawasan ini akan dibanjiri dengan puluhan ribu manusia pada waktu-waktu tertentu seperti musim luruh dan pada 22hb Oktober sewaktu Kurama fire festival diadakan. Selepas menaiki keretapi Eizan line, anda harus turun di stesen E04 - Ichijoji dan pendakian anda ke Tanukidaniyama Fudouin bermula disini. Jangan membawa terlalu banyak membawa bekalan ataupun pek-pek minuman untuk mendaki ke Tanukidaniyama kerana Kyoto cukup terkenal dengan vending machine dan mesin tersebut memang terdapat di sepanjang pendakian untuk ke sana.
























Untuk peminat-peminat fotografi, pastikan anda membawa bersama 3 jenis lensa utama seperti makro, wide angle dan potret kerana kegagalan anda membawa ketiga-tiga lensa tersebut boleh menyebabkan anda menyesal seumur hidup unless anda mempunyai lebihan wang untuk datang semula ke sini dikemudian hari. Anda juga dinasihati agar menghormati jizo-jizo dan patung-patung tanuki disini walaupun kita berlainan agama dan mempunyai kepercayaan yang berbeza. Jangan dipandang rendah perkara-perkara ini kerana Tanukidaniyama Fudouin ini adalah tempat sacred and suci untuk orang orang Jepun dan anda juga dinasihati jangan membuat bising sepanjang anda berada disini. Saya juga ingin menjelaskan beberapa perkara dan harus diambil kira sebelum anda berfikir untuk datang kesini. Secara jujurnya, saya berpendapat orang yang "semput" tidak sesuai untuk melawat ke sini kerana ratusan anak-anak tangga yang harus didaki dan perjalananannya juga agak mencabar terutama sekali kepada anda yang datang ke sini bersama anak-anak kecil .

Apa-apa pun, kepada anda yang berjaya sampai ke puncak Tanukidaniyama Fudouin Temple ini, ada akan dapat melihat sendiri tempat dimana Musashi Miyamoto bertafakur dan berlatih bermain pedang serta monumen Hanshin Tiger yang menjuarai kejohanan baseball Jepun pada tahun 2005. Saya pasti anda akan kagum dengan ketenangan tempat ini sambil menikmati ratusan patung-patung tanuki yang menghuni diseluruh pelusuk pergunungan ini.



Bersambung........................









All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.