Tuesday, 10 November 2015

Kyoto Jidai Matsuri : Ketibaan Ashigaru, Samurai & Golongan Bangsawan.

Untuk makluman, perarakan Jidai Matsuri yang disertai oleh hampir 2000 peserta ini bermula dari Kyoto Imperial Palace pada jam 12:00 tengah hari lalu menuju ke jalan Karasuma Oike dan berakhir di Heian Jingu pada pukul 14:30 petang. Perarakan ini boleh dilihat di mana-mana kawasan di sepanjang jalan-jalan tersebut dan kepada anda yang tidak gemar untuk berdiri lama atau semput (heh), kawasan duduk khas juga boleh di tempah atau dibeli seawal bulan Ogos lagi. Harga tempat duduk ini dijual bermula pada harga RM75 (¥2050) untuk seorang tetapi harus diingatkan terdapat beberapa caj tambahan akan dikenakan sekiranya anda berhasrat untuk duduk di kawasan-kawasan utama seperti di sekitar Kyoto Imperial Palace, Oike Street dan dataran Heian Jingu. By the way, jangan lupa bawa kamera bersama...Lagi besar lensa, lagi bagus!

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Monday, 9 November 2015

Pesta Jidai Matsuri : "Photos That Evoke Feeling Of Old Japan"...

Untuk makluman, Pesta Jidai Matsuri ini merupakan perayaan tradisional Jepun yang diadakan pada 22 Oktober setiap tahun ( Yes! Tarikh yang sama segenap tahun) di Kyoto, Jepun. Ianya adalah salah satu daripada tiga perayaan besar dan terkenal di Kyoto di mana dua yang lain adalah Pesta Aoi Matsuri yang diadakan setiap tahun pada 15 Mei (musim panas) dan Pesta Gion Matsuri yang juga diadakan setiap tahun pada bulan Julai.

Apa yang menarik tentang Pesta Jidai Matsuri ini ialah ianya disambut secara besar-besaran dan terdapat pelbagai watak yang mengambil bahagian dalam acara perarakan ini sambil mewakili perbagai tempoh bermula dari zaman feudal Jepun hinggalah ke era Meiji restoration. Sudah tentu nama-nama besar dalam sejarah Jepun seperti Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi, Tomoe Gozen, Sakamoto Ryoma, Murasaki Shikibu dan pelbagai lagi dapat dilihat pada hari yang bersejarah ini.

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Sunday, 8 November 2015

Kyoto Jidai Matsuri : The Beginning....

Beginilah suasana sewaktu upacara pembukaan festival Jidai Matsuri di Kyoto tempoh hari. Saya agak beruntung kerana dapat duduk dibarisan hadapan walaupun jumlah jurugambar yang datang punyalah ramai.Rezeki bangun dan bergerak awal pagi !

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.

Saturday, 7 November 2015

Kyoto Sannen-zaka and Ninen-zaka : Mencari Inspirasi Kehidupan Jepun Versi Lama.

Kyoto's Sannen-zaka & Ninen-zaka adalah jalan-jalan kecil di Kyoto yang terletak di kaki gunung Higashiyama. Di sini anda dapat menikmati kehidupan sebenar versi Jepun lama dengan rumah-rumah kayu dan kedai-kedai hiasan traditional yang terdapat di pinggir jalan. Anda juga boleh menyewa set baju Kimano untuk dipakai seharian di sini sambil berjalan-jalan di kawasan sekitar tanpa rasa segan silu kerana ramai pelancong-pelancong yang datang ke sini mengambil peluang sedemikian.

By the way, saya singgah sebentar di sini tempoh hari sewaktu perjalanan pulang ke rumah dari Kiyomizu-dera pada minggu lepas.

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Wednesday, 4 November 2015

Sanzen-in Kyoto : Terpukau Melihat Air Mengalir Jatuh Di Dalam Tsukubai.....

Selamat datang ke Sanzen-in, Kyoto. 
Subhanallah! Suasana di sini cukup nyaman serta mengagumkan dan saya tidak mampu menjelaskannya dengan kata-kata.Pernahkah saya memberitahu anda betapa saya cukup suka memerhatikan takungan air didalam batu yang dilitupi lumut ini mengalir jatuh dari hujung muncung buluh ?

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Monday, 2 November 2015

Himpunan Gambar Sekitar Pesta Api Kurama @ Kurama Fire Festival Di Kyoto.

Pesta Kurama No Himatsuri tempoh hari memang betul-betul meriah.Terdapat lebih puluhan ribu pelancong yang datang serta bersesak-sesak di bandar kecil Kurama untuk melihat sendiri Pesta Api Kurama yang diadakan disini. Walaupun pada awalnya saya agak segan untuk dating kerana keletihan menghadiri Pesta Jidai Matsuri yang diadakan pada waktu tengah harinya , namun saya gagahi juga untuk datang kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat acara yang cukup meriah ini.
 
Saya sertakan disini beberapa keping gambar-gambar suasana di Kurama sewaktu pesta tahunan yang selalu diadakan pada tarikh 22hb Oktober ini. Take note, upacara ini bermula pada jam 6 petang berhampiran Kurama-dera dan berakhir di Yuki-jinja pada lewat pagi.  
 
Pesanan ringkas: Sekiranya anda datang bercuti bersama kanak-kanak kecil ataupun bersama warga tua, Pesta Api Kurama ini bukanlah satu pilihan yang bagus untuk anda. Selain daripada terpaksa berebut-rebut menaiki keretapi kecil Eizan dari stesyen Demanchianagi ke Kurama, anda juga terpaksa berjalan jauh sewaktu tiba disini kerana pihak polis tempatan tidak membenarkan anda untuk berhenti lama di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.   