Pesta Kurama No Himatsuri tempoh hari memang betul-betul meriah.Terdapat lebih puluhan ribu pelancong yang datang serta bersesak-sesak di bandar kecil Kurama untuk melihat sendiri Pesta Api Kurama yang diadakan disini. Walaupun pada awalnya saya agak segan untuk dating kerana keletihan menghadiri Pesta Jidai Matsuri yang diadakan pada waktu tengah harinya , namun saya gagahi juga untuk datang kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat acara yang cukup meriah ini.
Saya sertakan disini beberapa keping gambar-gambar suasana di Kurama sewaktu pesta tahunan yang selalu diadakan pada tarikh 22hb Oktober ini. Take note, upacara ini bermula pada jam 6 petang berhampiran Kurama-dera dan berakhir di Yuki-jinja pada lewat pagi.
Pesanan ringkas: Sekiranya anda datang bercuti bersama kanak-kanak kecil ataupun bersama warga tua, Pesta Api Kurama ini bukanlah satu pilihan yang bagus untuk anda. Selain daripada terpaksa berebut-rebut menaiki keretapi kecil Eizan dari stesyen Demanchianagi ke Kurama, anda juga terpaksa berjalan jauh sewaktu tiba disini kerana pihak polis tempatan tidak membenarkan anda untuk berhenti lama di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.