Untuk makluman, perarakan Jidai Matsuri yang disertai oleh hampir 2000 peserta ini bermula dari Kyoto Imperial Palace pada jam 12:00 tengah hari lalu menuju ke jalan Karasuma Oike dan berakhir di Heian Jingu pada pukul 14:30 petang. Perarakan ini boleh dilihat di mana-mana kawasan di sepanjang jalan-jalan tersebut dan kepada anda yang tidak gemar untuk berdiri lama atau semput (heh), kawasan duduk khas juga boleh di tempah atau dibeli seawal bulan Ogos lagi. Harga tempat duduk ini dijual bermula pada harga RM75 (¥2050) untuk seorang tetapi harus diingatkan terdapat beberapa caj tambahan akan dikenakan sekiranya anda berhasrat untuk duduk di kawasan-kawasan utama seperti di sekitar Kyoto Imperial Palace, Oike Street dan dataran Heian Jingu. By the way, jangan lupa bawa kamera bersama...Lagi besar lensa, lagi bagus!
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.