Sunday, 3 July 2016

Kyoto : Simple Street Photography.

I'm back again to Kyoto for another simple street photography.
Enjoy !













 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Tuesday, 31 May 2016

Pementasan Noh : Yang Lama Dikelek, Yang Baharu Didukung.

Saya percaya, setinggi mana sekali pun kita berjaya dan sejauh mana sekalipun kita keluar meninggalkan kampung halaman, jangan sesekali kita lupa akan asal-usul kita. Ahamdulillah, Naomi dan saya mempunyai sentimen yang sama tentang perkara tersebut dan sebab itulah kami cukup menghargai adat-adat lama dan tidak malu untuk berkongsi mengenainya.
 
 
 
Bercakap tentang adat, saya sertakan di sini beberapa keping lagi gambar-gambar Naomi yang saya ambil semasa beliau dan saya berada di Muzium Noh, Kanazawa. Peluang yang saya percaya datang hanya sekali saja dalam seumur hidup ini betul-betul saya hargai baik dari sudut pengalaman hidup dan juga aspek fotografi.



 



 







 
 
 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

 

Wednesday, 25 May 2016

Kurozuka Noh : Drama Pementasan Tentang Pendita Bertembung Wanita Iblis.

Untuk makluman, pakaian tenunan serta topeng-topeng Noh yang Naomi gayakan ini tidak mempunyai sebarang nilai-nilai keagamaan untuk beliau ataupun untuk diri saya sendiri. Namun begitu, oleh kerana ianya masih mempunyai nilai seni, keagamaan dan spiritual untuk orang lain terutama sekali kepada majoriti orang-orang Jepun, maka saya juga haruslah menghormatinya seperti mana mereka menghormati benda-benda tersebut!  
Saya akan huraikan nanti tentang Noh pada posting akan datang tetapi kali ini saya ingin menceritakan tentang satu cerita Noh yang masih berlegar-legar di dalam pemikiran saya.
Ianya bertajuk Kurozuka dan ianya adalah salah satu cerita Noh yang paling digemari di Jepun.
Ceritanya adalah tentang pengembaraan beberapa orang pendita Buddha yang mengembara jauh ke dalam hutan belantara di pergunungan Jepun pada satu masa yang lalu. Semasa dalam pengembaraan tersebut, mereka telah terjumpa dengan sebuah rumah usang yang terletak di kaki gunung dan dihuni oleh seorang perempuan tua.Walaupun berkali-kali mereka memujuk dan meminta kebenaran kepada wanita tersebut agar membenarkan mereka untuk bermalam dirumahnya, permintaan mereka ditolak dengan alasan rumahnya terlalu uzur dan beliau agak malu untuk menerima kehadiran pendita-pendita tersebut.
Setelah puas merayu, akhirnya wanita tua tersebut mula berlembut hati lalu membenarkan pendita-pendita tadi untuk menginap dirumahnya. Sewaktu tengah malam menjelang, wanita tua tersebut memberitahu mereka semua yang beliau ingin keluar sebentar untuk mencari kayu api kerana suasana sekitar yang mulai sejuk. Beliau berpesan kepada mereka supaya tidur awal dan berehat secukupnya kerana esok mereka perlu menyambung semula perjalanan yang panjang. Beliau juga ada berpesan supaya mereka tidak menjenguk ataupun memasuki sebuah bilik kecil yang terdapat di dalam rumahnya.
 Namun begitu, salah seorang dari pendita tersebut agak curious dan ingin benar melihat apa yang terdapat dalam bilik tersebut. Walaupun telah berkali-kali dilarang, pendita tersebut masih berdegil lalu membuka pintu bilik tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati yang bilik tersebut dipenuhi dengan tulang-tulang, cebisan daging dan tengkorak manusia bergelimpangan. 
Melihat akan keadaan tersebut, barulah pendita-pendita tersebut sedar yang perempuan tua tadi bukanlah seorang wanita biasa. Beliau sebenarnya adalah wanita iblis yang selalu diceritakan tentang kewujudannya di pergunungan tersebut. Belum pun sempat untuk mereka keluar dan lari dari rumah tersebut, suasana malam tersebut mula bertukar menjadi gelap dengan kehadiran ribut disertai dengan hilaian nyaring ketawa yang maha kuat. Pendita-pendita yang masih terpinga-pinga tersebut mula menjadi cemas serta takut lalu  membaca beberapa baris mentera kerana mereka sedar yang mereka kini berada dalam bahaya.
Beberapa ketika kemudian, berdiri dihadapan mereka adalah wanita tua tadi yang telah bertukar menjadi  "Hannya" (Roh wanita yang mati akibat terlalu cemburu). Kerana terlalu marah, wanita iblis tersebut cuba menerkam untuk membaham namun gagal kerana kemujaraban jampi serta mentera yang dibaca oleh pendita-pendita tersebut. Setelah puas mencuba, wanita tua tersebut mula menjadi lemah dan beberapa ketika kemudian beliau kelihatan perlahan-lahan hilang dalam kegelapan malam.

 Lebih kurang begitulah jalan ceritanya...........

All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Monday, 9 May 2016

Kyoto Jurnal : Musim Bunga 2016.


Insya Allah.
Kalau tiada halangan,esok lusa sampailah saya ke Kyoto.Katanya, suasana musim bunga disana pada ketika ini agak membahang.
Panas !
Adakalanya suhu persekitaran naik mencecah sehingga 28'C dan pada malamnya pula jatuh ke paras 17'C.
Mungkin nanti selepas dapat menjamah hidangan semangkuk mee Soba dengan segelas teh jepun dapat menurunkan sedikit suhu badan. 
Amiiinnnnn...............


All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.

Saturday, 7 May 2016

Kumamoto : Lawatan Sebelum Tragedi Gempa Bumi 2016.

Sebelum saya datang melawat ke bandar Kumamoto, ada 2 perkara yang selalu terlintas di fikiran saya. Pertama, Kumamoto cukup terkenal dengan Istana Kumamoto ataupun Kumamoto Castle (orang Jepun panggil Kumamoto-jo yang selalu dilawati ribuan pengunjung pada setiap tahun.  

Kedua, popularity Kumamon iaitu maskot beruang comel berpipi merah yang menjadi ikon bandar Kumamoto dan telah berjaya menjana jutaan ringgit untuk sektor tourism bandar tersebut. 

Alhamdulillah, setelah lama berangan panjang, saya akhirnya sampai juga ke Kumamoto
walaupun perjalanan ke sini dari rumah saya di Kyoto agak begitu lama serta amat meletihkan.  












Saya ambil imej dibawah melaui halaman Google image dan anda dapat saksikan sendiri
kerosakan teruk pada struktur Kumamoto-jo akibat gegaran gempa bumi tempoh hari.
Saya percaya kerja-kerja untuk membaiki Kumamoto-jo akan mengambil masa yang agak begitu lama dan berkemungkinan besar ianya akan ditutup sementara.


All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Tuesday, 26 April 2016

Cat's Boudoir Photography : NIKON AF-S 24-70mm f/2.8 G ED



Not bad eh??!!!

Test shot pertama saya dengan lensa Nikon AF-S 24-70mm f/2.8 sewaktu saya beli di Pulau Pinang tempoh hari. So next week bolehlah mencuba lagi lensa ni sewaktu festival Aoi Matsuri di Kyoto.

Insya Allah.





All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you..

Wednesday, 30 March 2016

" 誰もみよ 満つればやがて 欠く月の 十六夜ふ穴や 人の世の中"

Setiap kali saya terpandang kepada pakaian perisai perang samurai ataupun O-Yoroi, ianya selalu mengingatkan saya kepada Itagaki Nobukata. Salah seorang daripada 24 Jeneral hebat Takeda Shingen yang mati sewaktu berperang. Malah, Takeda Shingen sendiri pernah berkata:

" 誰もみよ 満つればやがて 欠く月の 十六夜ふ穴や 人の世の中"

Hidup ini seperti bulan, ada ketika ianya bersinar penuh bercahaya tetapi adakala
ianya gelap suram di langit malam.

Satu peringatan khas untuk diri sendiri dan juga keluarga.


Saturday, 26 March 2016

HDR Photography: Eizan Kurama Line Station, Kyoto Japan.




 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 13 March 2016

Spiritual Experience ( Sort Of ).............



Sanzen-in, Kyoto.



Sanzen-in,Kyoto.



Saikyoji, Shiga.




Saikyoji, Shiga.

 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Tuesday, 8 March 2016

Siri Akhir: Gambar-Gambar Sekitar Jidai Matsuri....


Sudah dua hari berturut-turut saya kongsikan gambar-gambar semasa pesta Jidai Matsuri iaitu satu festival tahunan terbesar di Kyoto selain daripada festival Gion Matsuri dan Aoi Matsuri. Berikut adalah beberapa lagi foto yang diambil semasa Jidai Matsuri untuk dikongsi bersama.






















 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.