Wednesday, 2 August 2017

Anak Patung Mistik: Perjanjian Pelik Antara Pembeli Dengan Daruma-san

Anda kenal dengan Daruma-san ataupun anak patung Dharma? Satu anak patung berkepala tetapi tidak mempunyai tangan atau kaki. Anak patung ini, walaupun biasanya berwarna merah dan putih serta menggambarkan bentuk muka seorang lelaki selalunya dijual tanpa mempunyai mata. Saya ke kuil Daruma tempoh hari di Kyoto untuk melihat dan memahami kepercayaan pelik orang-orang disini.

Mengikut kepercayaan orang-orang Jepun, anak patung daruma ini selalunya dibeli sebagai lambang motivasi serta ketabahan seseorang dalam memburu kejayaan atau hajat yang ingin dipenuhi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu inginkan sebuah rumah, pembeli daruma tersebut akan berjanji yang anak patung daruma yang beliau akan memberi "penglihatan" kepada daruma tersebut sebagai tanda penghargaan (sebab itulah patung daruma selalunya dijual tanpa mempunyai mata).

Sebagai permulaan, seseorang itu akan melukis satu anak mata pada bahagian mata anak patung tersebut lalu (setelah dibeli dan dibawa pulang) tetapi dibiarkan sebelah mata lagi kosong. Untuk pengetahuan, mata kedua daruma ataupun penglihatan penuh hanya akan dilukis setelah pemiliknya telah berjaya mendapat apa yang dihajati ataupun telah memperolehi kejayaan. Kononya, supaya anak patung daruma tersebut jaga melihat sendiri kejayaan yang telah diperolehi oleh tuan empunya. Pendek kata, ianya seperti satu perjanjian mistik dengan anak patung daruma tersebut.

Apa-apa pun, kita sebagai orang Islam sudah tentulah kita harus mempercayai ataupun cuba mengikuti amalan-amalan pelik sebegini. Bukannya apa, takut "ke laut" pula akidah kita nanti. 

By the way, saya berharap agar pembaca enjoy dengan himpunan gambar-gambar sewaktu lawatan tersebut.

















All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you

Tuesday, 1 August 2017

Kembara Jepun: Takayama, Bandar Bersejarah Yang Cukup Cantik.

Semasa dalam perjalanan untuk ke Shirakawago tempoh hari, saya sempat singgah sebentar di bandar lama Takayama yang terletak di walayah Gifu.

 Masya allah! 

Itu saja ungkapan pertama yang keluar dari mulut saya apabila sampai disini. Walaupun ianya dipanggil sebagai bandar tua, keadaan udara dan persekitaran disini cukup bersih, unik serta cukup tenteram.Saya juga tertarik dengan hiasan-hiasan "Koinobori" iaitu rentangan hiasan ikan koi merentasi sungai sungai kecil dibandar ini kerana warnanya yang berwarna-warni dan tiada pula sebarang vandalisme terhadap hiasan-hiasan tersebut. 

Seandainya anda datang ke sini, pastikan anda sempat melawat wilayah kecil Sanmachi Suji.Terdapat banyak jalan-jalan kecil yang dikatakan wujud semenjak zaman medieval dan masih dijaga rapi sehingga hari ini. Bermacam-macam yang anda dapat lihat disini - rumah rumah lama tradisional, kedai-kedai makan yang menjual cenderahati, makanan tempatan seperti Takayama beef, green tea dan juga muzium-muzium kecil (salah satunya mempamerkan pakaian ninja yang pernah dipakai semenjak ratusan tahun yang lalu). Saya juga cukup bernasib baik kerana sewaktu saya disana tempoh hari, bunga-bunga wisteria telah mula bercambah keluar!














All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you

Monday, 31 July 2017

Mencari Damai Di Enkoji: Dedaun Merah & Jizo Comel Di Celahan Dedaun Musim Luruh.

Saya teruskan perjalanan saya pada pagi tersebut menuju ke Enkoji untuk melihat salah satu ikon terkenal kepada peminat-peminat fotografi. Sudah tentu, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah patung kecil jizo yang terletak dihalaman kuil di Enkoji. Saya percaya, gambar patung jizo tersenyum comel ini telah diambil gambarnya jutaan kali oleh peminat fotografi kerana ianya cukup magical apatah lagi sekiranya anda datang pada musim luruh ke Kyoto !

Percaya atau tidak, keunikan ukiran patung Jizo ini disulami dengan ratusan pepohon merah momiji pada musim luruh disini akan membuatkan anda betul betul terasa berada pada dunia yang berlainan.












All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you

Sunday, 30 July 2017

Himpunan Gambar-Gambar Musim Luruh Dan Pengalaman Berkualiti Bersama Keluarga Di Jepun.

Satu lagi siri "balik kampung" yang telah membawa saya merentasi tanah matahari terbit yang mana bukan hanya terkenal dengan kelembutan Geisha,tenunan sutera halus,teh hijau, samurai ataupun alunan muzik tradisional Koto. Kali ini, saya akan membawa anda untuk mengembara jauh ke kawasan pendalaman Jepun (ye lah, belakang rumah jer ni) di bandar kecil Uji, Kyoto untuk menikmati pemandangan musim luruh yang cukup cantik serta menakjubkan ini. Apa yang lebih menarik lagi, Uji adalah best kept secret untuk menikmati autumn kerana ianya jarang dikunjungi pelancong.

Untuk makluman, bukan senang untuk anda dapat menyaksikan kecantikkan dedaun momiji bertukar warna tanpa sebarang gangguan (tidak ramai pengunjung disini). Ini kerana kebanyakkan tempat-tempat di Kyoto ini akan penuh sesak dengan ribuan manusia sewaktu musim luruh sehinggakan anda tidak mampu untuk berjalan ataupun mengambil gambar-gambar untuk diabadikan bersama keluarga.

Kepada yang ingin datang ke Uji, anda boleh mengambil keretapi JR (bewarna hijau atau "teh susu") di Kyoto Station melalui pintu No 9 ataupun 10. Anda kemudiannya oleh turun di Stesen Uji dan berjalan kaki untuk ke sini yang terletak betul-betul di tepi Sungai Uji (10 minit berjalan kaki). Saya juga menyarankan supaya anda datang ke sini membawa bekalan makanan serta minuman seperti bento, onigiri ataupun roti kerana anda boleh berkelah sambil menikmati keindahan Sungai Uji bersama keluarga tersayang.

Selamat bercuti !

























All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you