Wednesday, 2 August 2017

Anak Patung Mistik: Perjanjian Pelik Antara Pembeli Dengan Daruma-san

Anda kenal dengan Daruma-san ataupun anak patung Dharma? Satu anak patung berkepala tetapi tidak mempunyai tangan atau kaki. Anak patung ini, walaupun biasanya berwarna merah dan putih serta menggambarkan bentuk muka seorang lelaki selalunya dijual tanpa mempunyai mata. Saya ke kuil Daruma tempoh hari di Kyoto untuk melihat dan memahami kepercayaan pelik orang-orang disini.

Mengikut kepercayaan orang-orang Jepun, anak patung daruma ini selalunya dibeli sebagai lambang motivasi serta ketabahan seseorang dalam memburu kejayaan atau hajat yang ingin dipenuhi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu inginkan sebuah rumah, pembeli daruma tersebut akan berjanji yang anak patung daruma yang beliau akan memberi "penglihatan" kepada daruma tersebut sebagai tanda penghargaan (sebab itulah patung daruma selalunya dijual tanpa mempunyai mata).

Sebagai permulaan, seseorang itu akan melukis satu anak mata pada bahagian mata anak patung tersebut lalu (setelah dibeli dan dibawa pulang) tetapi dibiarkan sebelah mata lagi kosong. Untuk pengetahuan, mata kedua daruma ataupun penglihatan penuh hanya akan dilukis setelah pemiliknya telah berjaya mendapat apa yang dihajati ataupun telah memperolehi kejayaan. Kononya, supaya anak patung daruma tersebut jaga melihat sendiri kejayaan yang telah diperolehi oleh tuan empunya. Pendek kata, ianya seperti satu perjanjian mistik dengan anak patung daruma tersebut.

Apa-apa pun, kita sebagai orang Islam sudah tentulah kita harus mempercayai ataupun cuba mengikuti amalan-amalan pelik sebegini. Bukannya apa, takut "ke laut" pula akidah kita nanti. 

By the way, saya berharap agar pembaca enjoy dengan himpunan gambar-gambar sewaktu lawatan tersebut.

















All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you