Tuesday, 1 August 2017

Kembara Jepun: Takayama, Bandar Bersejarah Yang Cukup Cantik.

Semasa dalam perjalanan untuk ke Shirakawago tempoh hari, saya sempat singgah sebentar di bandar lama Takayama yang terletak di walayah Gifu.

 Masya allah! 

Itu saja ungkapan pertama yang keluar dari mulut saya apabila sampai disini. Walaupun ianya dipanggil sebagai bandar tua, keadaan udara dan persekitaran disini cukup bersih, unik serta cukup tenteram.Saya juga tertarik dengan hiasan-hiasan "Koinobori" iaitu rentangan hiasan ikan koi merentasi sungai sungai kecil dibandar ini kerana warnanya yang berwarna-warni dan tiada pula sebarang vandalisme terhadap hiasan-hiasan tersebut. 

Seandainya anda datang ke sini, pastikan anda sempat melawat wilayah kecil Sanmachi Suji.Terdapat banyak jalan-jalan kecil yang dikatakan wujud semenjak zaman medieval dan masih dijaga rapi sehingga hari ini. Bermacam-macam yang anda dapat lihat disini - rumah rumah lama tradisional, kedai-kedai makan yang menjual cenderahati, makanan tempatan seperti Takayama beef, green tea dan juga muzium-muzium kecil (salah satunya mempamerkan pakaian ninja yang pernah dipakai semenjak ratusan tahun yang lalu). Saya juga cukup bernasib baik kerana sewaktu saya disana tempoh hari, bunga-bunga wisteria telah mula bercambah keluar!














All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you