Monday, 31 October 2011

Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA)

LIMA - ataupun Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition kembali lagi ke Pulau Langkawi pada bulan Disember nanti. Ianya akan dirasmikan pada 6hb dan berakhir pada 10hb Disember 2011. LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan. Diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, pameran LIMA semakin popular semenjak kali pertama ianya diadakan pada tahun 1991 di Pulau Langkawi.
Para pengunjung dinasihatkan membuat tempahan bilik seawal mungkin kerana majoriti hotel yang hampir penuh sempena pesta udara dan maritim ini. Jangan lupa menyaksikan pertunjukan aerobatik udara dan pameran statik maritim di Awana Porto Malai Langkawi.

 Mai jangan tak mai !



Adalah menjadi harapan saya sekiranya "Thunderbirds" dapat datang membuat pertunjukan pada tahun ini.


Pada tahun 2009, Singapore Airforce muncul bersama beberapa buah helikopter tempur AH-64 Apache yang menjadi kebanggaan republik tersebut.


 Tentera Darat Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan mempamerkan helikopter
AW-190 keluaran AgustaWestland milik Kor Udara yang berpengkalan di Kluang Johor.


Denel AH-6 Rooivalk - Helikopter tempur keluaran Afrika Selatan ini pernah menjadi isu perbahasan Malaysia dalam memperkukuhkan unit udara Tentera Darat.
Ianya pernah dipamerkan di LIMA 1999 & 2001.


Pesawat pejuang F/A 18D Hornet ini adalah milik Tentera Udara DiRaja Malaysia .Ianya menjadi nadi dan juga tonggak utama unit tempur TUDM selain daripada Skuadron Sukhoi SU-30MKM yang berpangkalan di Gong Kedak,Kelantan. Dioperasikan oleh Skuadron ke-18 yang berpangkalan di Butterworth , pesawat ini mampu beroperasi pada bila bila masa dan dalam apa jua keadaan. 


Beware of the Hornet ! Lencana 18 Skuadron F/A-18D Hornet TUDM.


Sukhoi SU-30MK- Juga milik Tentera Udara DiRaja Malaysia. Pesawat pejuang generasi terbaru keluaran Sukhoi ini adalah tarikan utama ketika LIMA 2009. Jika anda masih ingat, Malaysia dan Rosoboronexport menandatangani kontrak untuk 18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM pada 2003 membabitkan kos USD900 juta dan sebagai timbal balas kontrak itu, Russia akan melatih dan menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).


Bilik pameran milik CTRM ini cukup unik. 


Pesawat Airbus Siri A380.Generasi baru pesawat komersil milik Airbus ini menjanjikan kemewahan untuk tetamu.


Bersama pesawat latihan BaE Hawk MK100, juga milik TUDM.  



*** Minta maaf, kualiti gambar yang kurang menarik kerana menggunakan kamera telefon bimbit