Saturday, 22 October 2011

Saya,Ratatouille Dan Masakan Jepun.

Saya masih ingat lagi ungkapan Remy, si tikus comel di dalam filem Ratatouille;  

 "I know I'm supposed to hate humans, but there's something about them. They don't just survive, they discover, they create...I mean, just look at what they do with food !"

Betul ! Manusia memang kreatif didalam penyediaan makanan.Cuba anda lihat hiasan makanan orang Jepun dan cara ianya disediakan. Ternyata, pujian harus diberikan kepada persembahan mereka terhadap tekstur,warna,rasa dan idea-idea didalam penyediaan makanan tersebut. Menu utama di Restoran seperti Sushi dan Sashimi yang mentah pun mampu membuka selera untuk orang asing seperti kita.   

Sewaktu di sana, saya banyak mengambil gambar suasana dan makanan yang disediakan.


Sushi dengan telur ikan juga enak. Di Tokyo, sesetengah hidangan Sushi boleh mencecah puluhan ringgit untuk setiap satu.


Sushi adalah makanan tradisional Jepun yang cukup terkenal.Sesetengah Sushi diperbuat daripada hirisan isi ikan yang halus dan dilakukan oleh Chef yang handal.


Sushi udang ? Anyone ?


Terlalu comel untuk di makan ? Jangan terkejut jika melihat potongan sushi dibaluti dengan hiasan seaweed. Ini adalah suasana sebenar menikmati Sushi di Jepun.


Ini bukan hirisan selipar Jepun tetapi adalah Sashimi. Ianya adalah hirisan mentah ikan lautan (tidak sesuai untuk ikan air tawar) yang menjadi salah satu hidangan utama di Jepun.


Ini pula hirisan Salmon yang dibuat Sushi. Juga dihidang mentah :)


Dalam kesibukan mempromosikan Sushi dan Sashimi Jepun, saya sempat juga membedal kari udang ini disebuah Restoran di Osaka. Selepas mengembara hampir 20 hari di Jepun, rindu pula rasanya saya pada resipi kedai mamak yang satu ini. 


Ayam Tandori - Sedapnya hingga menjilat jari !!!






All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.