Thursday, 20 October 2011

Gunung Fuji - Aneh, Unik, Ajaib Dan Misteri.

Anda masih ingat cerita saya pada bulan Mei yang lalu tentang kembara saya ke Gunung Fuji ? http://hasnulyakin.blogspot.com/2011/05/midsummer-trip-conquering-mt-fuji.html .  Adakah anda juga masih berfikir sama ada benar atau tidak kisah mengenai hutan maut Aokigahara (Sea Of Trees)  yang terletak di kaki Gunung Fuji di mana lebih 500 mayat bunuh diri ditemui semenjak dari tahun 1950an? Sudahkah anda mempunyai jawapannya? Mengapa begitu dan kenapa jadi begitu?

*****


Lupakan sejenak kisah Aokigahara dan bunuh diri kerana disini saya sertakan lagi beberapa keping gambar daripada trip tersebut. Untuk makluman, hampir keseluruhan shot ini diambil di Fuji Subaru Line dan Kawaguchikoguchi 5th (Stesen Ke-5 Fuji).


Rupa Gunung Fuji yang tidak "berserban" kerana bukan musim sejuk.


Sea Of Trees - Cukup menyeramkan walaupun anda memandangnya pada jarak hampir 10km dari hutan tersebut. Lebih 500 mayat telah dikeluarkan dari hutan ini oleh pihak berkuasa angkara bunuh diri. Tetapi janganlah difikirkan sangat, takut nanti tidur anda diganggu dek mimpi ngeri.


Pancaran matahari agak hambar walaupun pada musim panas. Suasana suram dan misteri ini secara tidak langsung  menambahkan lagi thrill lawatan kali ini.
Photo diambil di lokasi stesen 4, Gunung Fuji.


Pose gaya letih ! Saya tak mampu untuk senyum kerana perjalanan dari Kyoto-Kobuchizawa-Kofu-Yamanashi adalah amat memeritkan.


Alang alang sudah sampai ke Gunung Fuji, hampir kesemua tasik di sekeliling gunung tersebut saya lawati juga. Ini termasuklah Tasik Motosuko yang cukup indah ini.
  

Syurga di bumi Tuhan. Saya tidak pernah membayangkan yang masih ada tempat secantik Hananomiyako Koen di atas muka bumi ini. Subhanallah !




All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.