Monday, October 24, 2011

Langkawi Tidak Tidur Lagi....

Setelah berkali-kali saya datang melawat Taman Lagenda berhampiran Jeti Kuah, baru tadi saya tersedar yang dinding taman tersebut dipahat dengan gurindam yang cukup indah.
Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang sempat diambil lewat petang tadi bersama bait bait ayat gurindam tersebut..

Panjang Tidur Suatu Mimpi Langkawi.......
Berbantal Bertilam Lipatan Sejarah
Bersulam Bertekat Kalimat..
Padang Jarak Padang Tekukur..
Bumi Langkawi Tujuh Keturunan.

Musim Melangkahi Waktu..
Sinar Wawasan Menjengah Bumi Bertuah..
Dibawa Seorang Tabib Melangkah Penuh Tertib..
Membangunkan Anak Anak Keturunan Ketujuh..
Membisikkan Kalimat Sakti Memecah Sumpah..

Mentari Pagi Menyaksikan..
Sauh Dibongkar Langit Dibelah Bumi Dipasak..
Mahsuri Menghela Nafas Lega..
Jentayu Tersenyum Puas Memandang..
Lang Membawa Khabar Gembira...
Padang Jarak Kembali Berseri
Langkawi Tidak Tidur Lagi..


Taman Lagenda.


Terletak di Pekan Kuah dan masuk adalah percuma. Lawatan anda ke sini adalah satu kemestian jika anda ingin mengetahui segala sejarah dan lagenda Pulau Langkawi. 

Mahsuri


Di sini juga terdapat catatan sejarah yang menarik termasuklah bagaimana kisah Mahsuri yang dibunuh kejam itu.

Naga Saktimuna


Terkial kial saya mencari jawapan tentang hubungan gergasi besar ini dengan Pulau Langkawi. Akhirnya, saya terjumpa jawapannya selepas membaca cerita dongeng negeri Kedah.Mengikut buku tersebut, Raja-raja Negeri Kedah zaman dahulu terpaksa mengorbankan seorang puteri Kerabat Di Raja kepada seekor Saktimuna laut (sejenis ular besar) di Langkawi apabila seorang Raja baru naik takhta kerajaan atau berbangkit satu peperangan dengan sebuah negeri yang lain. Sebagai balasan pengorbanan ini, Saktimuna itu hanya memakan orang-orang Siam dan orang-orang Mergui. Bukan sahaja ia tidak memakan orang-orang Kedah tetapi juga menjaga rumah tangga mereka; ada kalanya ia merentang diri di pintu pelabuhan (kira-kira dua batu luas) supaya mempertahankan angkatan laut musuh masuk menyerang. Entah betul entah tidak.
 Wallahualam !

Masjid Al Hana

Masjid utama di Kuah iaitu Masjid al-Hana. Masjid ini telah di upgrade dan dilengkapi dengan kemudahan hawa dingin.

Bangunan LADA

Mercu tanda Langkawi dapat dilihat melalui bangunan LADA yang tersergam indah di Pulau lagenda ini.

Pengangkutan Utama

Perkhidmatan feri merupakan pengangkutan utama untuk memasuki dan keluar dari Langkawi, maka hidup-mati Langkawi sebagai destinasi pelancongan amat bergantung kepada feri.

Lang - Kawi.

Dataran Lang ditutup sementara untuk kerja kerja penyelenggaraan. Mungkin akan dibuka kembali pada pertengahan tahun hadapan.

Langkawi Bandits

Satu pemandangan biasa apabila burung burung mula pulang ke "rumah" kerana hari yang hampir gelap @ Taman Lagenda. 

 Pantai Cenang

Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi.Hampir setiap hari ianya dipenuhi pengunjung yang datang untuk berkelah ataupun mandi manda.

Famili

Naomi, Nana & Erika Sakane !

Gayat !

Aktiviti parasailing yang semakin popular di Langkawi.

Senja Di Langkawi.

Pemandangan senja yang sangat cantik berhampiran Pantai Tengah di Pulau Langkawi.




All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved