Sunday, 14 October 2012

Sake Kizakura,Kyoto.



Di Kizakura Kappa Country, Fushimi, anda boleh mempelajari sejarah sake dan beer keluaran Kizakura .Bagi orang bukan Islam, anda juga boleh menikmati beer segar Kizakura yang hanya boleh didapati di sini.Sake keluaran Kizakura ini adalah yang terbaik di Jepun dan menjadi bualan ramai kerana kesegaran dan cara ianya dihasilkan. 

Sepanjang saya berada disini, saya mendapati kualiti sake adalah ditentukan oleh gred beras yang digunakan. Air tulen dan yis ditambah ke dalam beras dan teknik brewing khas Kizakura kemudiannya menghasilkan sake yang berkualiti selepas selesai proses penapaian tersebut.


Disebabkan pengusahaan dan perindustrian sake, bandar kecil Fushimi yang terletak di Kyoto ini telah maju menjadi sebagai sebuah bandar sake sejak zaman dahulu. 



Selalunya, beras perang yang dipanggil Gen-Mai kerap kali digunakan di sini. Kizakura menggunakan beras yang paling berkualiti untuk menghasilkan sake hebat dan unggul seperti Yamada Nishiki, Go-Hyaku-Man-Goku dan Nihon-Bare.

Gambar dibawah pula menunjukkan bagaimana sake diproses secara traditional.






All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.