Monday, September 9, 2013

Si Kerapu Pelahap: Teknik Dan Petua Memancing Kerapu Di Pulau Langkawi !

Ada beribu-ribu blog tempatan dan oversea menulis tentang cara sebenar memancing ikan kerapu dan petua-petua untuk mendapatkannya. Malah saya sendiri pernah menulis tentang hobi memancing ikan kerapu didalam beberapa post saya yang terdahulu (Lihat  Sini, Sini, Sini,Sini.Sini.   ) . Untuk makluman, ikan kerapu adalah ikan yang cukup mudah untuk dipancing di Pulau Langkawi. Ianya tinggal hampir disegenap pelusuk tebing-tebing batu disekitar Pulau Langkawi malah saya tidak perlu bersusah-susah untuk study carta air pasang surut ataupun mencari umpan-umpan segar untuk memerangkapnya. 

Daripada pengalaman saya, ikan kerapu selalunya rajin membedal umpan sewaktu air surut dan umpan yang terbaik adalah hirisan ikan kembong (orang Kedah panggil ikan temenung). 
Saya juga menyedari saiz ikan kerapu yang bersaiz mega selalunya membaham mata pancing anda pada waktu lewat petang (senja) dan awal pagi (subuh) dan jarang didapati pada waktu siang. 

Saya juga ingin berkongsi beberapa lagi perkara mengenai memancing ikan kerapu;

1. Ikan kerapu bersaiz besar selalunya meragut umpan dengan begitu perlahan serta berhati-hati -  seperti digigit ketam. Ianya bukan ikan bodoh seperti yang kita sangka.Walaupun terkenal sebagai ikan yang melahap segala jenis umpan tetapi ikan yang besar selalunya bersikap lebin cerdik serta berhati-hati. Oleh itu, pastikan anda selalu bersabar dan kurangkan aktiviti memeriksa umpan. Malah, saya beberapa kali memperolehi ikan kerapu bersaiz besar tanpa perlu bertarung dengan ikan tersebut. Maksud saya, ikan tersebut hanya berdiam diri selepas membaham umpan dan tiada pecutan saat akhir yang dilakukan. Saya hanya menyedari adanya ikan yang telah memakan umpan apabila melihat tali koyan saya menjadi tegang.

2. Jangan bimbang sekiranya umpan anda dilarikan sang kerapu ke sarang disebalik batu. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah kendurkan sedikit tali pancing anda buat seketika
dan ikan tersebut akan keluar semula.

3. Myth or Fact : Umpan terbaik untuk menjerat kerapu bersaiz 1 kilo ke atas adalah kepala ikan kembong ! Saya tidak pasti sekiranya anda mahu mempercayainya tetapi ianya berhasil untuk saya. Malah hampir kesemua ikan kerapu mega yang pernah saya dapat adalah berumpankan kepala ikan kembong ! 

4. Sekiranya anda berjaya  memperolehi ikan kerapu pada satu spot. Pastikan balingan ataupun lontaran anda yang seterusnya adalah pada spot yang sama. Ini kerana sarang kerapu selalunya dihuni lebih daripada 5 ekor pada sesuatu masa.

5. Jangan kecewa sekiranya tiada ikan kerapu yang memakan umpan kail anda pada waktu air baru pasang ataupun pasang penuh. Ikan kerapu selalunya bergerak keluar daripada lubang/rumah/sarang mereka sewaktu air mula bergolak surut. Mungkin kerana atas faktor makanan ( anak-anak ikan lain yang banyak berenang untuk kembali ke tengah laut ).

6. Elakan daripada menggunakan tali pancing bersaiz kecil atau joran bersaiz sederhana.
Anda mungkin akan menyesal sekiranya ikan kerapu bersaiz monster membaham umpan.

7. Sekiranya umpan anda diluah keluar ataupun ikan yang dipancing terlepas, jangan khuatir untuk mencuba lagi. Saya pernah mendapat ikan kerapu yang dimulutnya masih terdapat mata kail yang terlucut keluar pada awal sesi memancing.   










( Maaf atas kualiti gambar yang disertakan. Kesemua imej adalah dari Iphone) 




All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.


10 comments:

  1. Tokey, umpan ikan temenung tu baru(segar) atau yg lama?

    ReplyDelete
  2. Salam tuan... Kepala kembung ni boleh digunakan untuk memancing kerapu di kolam juga ke?

    ReplyDelete
  3. Tuan Mohd Sukri Arshad. Saya pernah mencuba kepala ikan kembung sewaktu memancing kerapu kolam di Melaka (berhampiran Holiday Inn Hotel) tetapi tidak effective.Saya percaya kerapu kolam lebih gemarkan udang memandangkan ianya adalah diet utama ikan-ikan tersebut (tapi tidak salah mencuba). Cuba tuan pancing disekitar kincir-kincir/pam air didalam kolam tersebut kerana selalunya si kerapu besar-besar ni gemar bermain di situ.

    ReplyDelete
  4. Bestnya nampak memancing ikan kerapu, Masih tak berapa menjadi lagi saya dalam teknik memancing kerapu ni. Banyak kena menuntut lagi bab ikan kerapu

    ReplyDelete
  5. Salam ...ikan pelaling boleh tak tuan ?

    ReplyDelete
  6. ada resepi untuk penarik kerapu terhidu umpan ka tuan?

    ReplyDelete
  7. 8CENT.COM : MEMBELI BELAH DENGAN MUDAH

    Sebagaimana kita tahu pada zaman kemodenan ini pelbagai teknologi telah memudahkan urusan seharian kita.


    Antara teknologi yang sedang hangat pada hari ini adalah perniagaan atas talian, dimana segala urusan jual beli hanya atas talian. Tidak perlu lagi untuk kita bersusah payah membeli barang keperluan kita dengan menaiki kereta menuju ke kedai yang jauh.


    Sepertimana kita tahu pada hari ini ramai diantara masyarakat malaysia yang menceburi bidang perniagaan atas talian. Walaubagaimanapun rakyat malaysia mempunyai semangat yang tinggi untuk mencuba berniaga secara atas talian. Hari demi hari kita dikhabarkan oleh pihak media dimana adanya laman web untuk jual beli barang keperluan seharian. Salah satu laman web perniagaan yang terkenal adalah mudah.my, kemudian wujud yang lain seperti lazada dan shoppee.


    Setelah kewujudan laman web perniagaan tersebut, muncul satu lagi laman web perniagaan atas talian yang bernama “8 Cent Malaysia Sdn Bhd” dimana ianya menjual pelbagai barang keperluan seharian dan sesuai bagi semua peringkat umur di laman web www.8cent.com . Menariknya tentang laman web 8cent Sdn Bhd ini adalah mudah difahami struktur laman web dan mudah digunakan untuk membeli barang keperluan seharian.


    Selain itu laman web perniagaan atas talian 8Cent Malaysia Sdn Bhd juga kerap juga mengadakan jualan murah sebanyak 50%, 80% dan tidak ada bayaran cukai barang. Berbanding dengan laman web perniagaan lain hanya mengadakan promosi atau jualan murah pada hari tertentu dan menetapkan beberapa peratus cukai barang. Seterusnya laman web perniagaan 8 Cent Sdn Bhd juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan.


    Akhir sekali, kita sebagai pelanggan haruslah mengutamakan aspek berjimat cermat dalam perbelanjaan. Tidak semua kedai harga sama atau mahal, jika kita bijak membuat pilihan sudah tentu ianya memberikan kepuasan dan keuntungan pada diri kita.
    Untuk keterangan lanjut,



    layari ----> https://www.8cent.com










    ReplyDelete

Aku Dan Sesuatu : Naza Blade 650 efi pula...................

Kalau nak ikut hati, memang saya nak ambil Kawasaki ZX-14 tempoh hari. Tetapi memandangkan saya kenal sangat dengan diri saya yang s...