Google Image.
Banyak yang bertanya yang kenapa saya harus ke Hiroshima? Jawapannya adalah amat mudah. Saya ingin melihat sendiri bagaimana rakusnya manusia menyelesaikan konflik sesama mereka daripada peperangan di Lautan Pasifik hinggalah pengeboman bandar Hiroshima !
Saya juga ingin menyelami kisah hidup penduduk di sana tentang bagaimana mereka merubah hati yang selama ini dipintal dengan penuh perasaan benci dan dendam menjadi masyarakat yang cukup pemaaf. Saya cukup kagum tentang prinsip masyarakat di sana yang mempercayai pengampunan adalah langkah pertama ke arah keamanan dan saya sendiri percaya ini adalah prinsip sejagat dan kunci kepada kehidupan yang lebih aman.
Cukuplah dengan cerita-cerita permusuhan, kebencian etnik, keganasan dan peperangan kerana ianya tidak mendatangkan sebarang hasil dan tidak berkesudahan selain dendam.
******