Saturday, 16 March 2013

Sekigahara 1600 : Mati Hidup Semula.

Sejarah telah menyatakan yang pada tahun 1590, Toyotomi Hideyoshi telah berjaya dalam menyatukan Jepun di bawah pemerintahan beliau.Namun selepas kematiannya, Jepun mula menjadi huru-hara dan terdapat perebutan kuasa di antara puak timur yang diketuai oleh Tokugawa Ieyasu dan pakatan barat yang diketuai oleh Ishida Mitsunari. Perasaan benci serta amarah antara kedua-dua puak tersebut akhir sudah tidak dapat dibendung dan mereka akhirnya berperang berhampiran bandar Sekigahara pada tahun 1600.Beratus ribu samurai terlibat didalam kancah peperangan tersebut dan ramai yang terbunuh di sepanjang pertempuran.


Saya dan Naomi kembali semula ke bandar Sekigahara selepas 412 tahun kejadian tersebut. Bandar yang terletak di wilayah Gifu ini agak sunyi jika hendak dibangdingkan dengan bandar-bandar lain sekitar Jepun. Sewaktu saya berada disini tempoh hari, saya dapati berpuluh-puluh tugu peringatan telah dibina di sini bagi memperingati tentang betapa dasyatnya peperangan tersebut. Anda boleh melihat sendiri ukiran patung batu Tokugawa IIyasu, Motochika Chosokabe, Ishida Mitsunari,Ii Naomasa ,Kuroda Nagamasa,Shimazu Yoshihiro,Honda Tadatsugu,Date Masamune serta ratusan samurai hebat yang lain bertempur sesama sendiri disini.

Oh Ya ! Gambaran tentang "seppuku" - upacara ritual bunuh diri akibat tidak mahu menanggung malu kerana kekalahan serta mangsa yang dipancung lehernya juga terdapat disini.
 
 Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/500 sec
 
  Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/500 sec

  Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/125 sec

  Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 220 1/60 sec
 
  Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 180 1/200 sec   

  Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 180 1/200 sec    

  Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/60 sec
 
  Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 280 1/60 sec
  
  Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 160 1/200 sec 
 
                                      Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/160 sec



Bersambung..................



All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.