Saya melawat semula persekitaran Galeri Perdana Tun Mahathir yang terletak di Kilim pada petang semalam.Saya datang untuk melihat sendiri beberapa lagi pepohon bunga loceng yang bercambah keluar bak bunga sakura.
Gambar di bawah telah diambil pada lewat petang kelmarin sebelum matahari terbenam dan agak mengecewakan kerana tidak ramai orang ataupun pengunjung yang menghargai keindahan buinga-bunga tersebut kecuali saya.Berbeza sekali suasana sebegini di Kyoto pada musim sakura yang mana rata-rata penduduknya akan berebut-berebut mencari spot yang sesuai untuk Hanami!
Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 80mm ISO 200 1/13 sec f/32.
Dan sesetengah bunga telah pun gugur selepas dipukul angin dan hujan pada lewat malam semalam...
Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 70mm ISO 200 1/13 sec f/32.
All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.