Tuesday, 9 April 2013

Japanese Koi Pond - Do It Yourself (DIY).


Saya akui yang lawatan saya ke Istana Matsumoto di Wilayah Nagano, Jepun pada  beberapa tahun yang lepas banyak membuka minda dan minat saya untuk membela ikan koi hiasan. Kepada anda yang pernah ke sana, anda pasti terpegun apabila melihat ikan-ikan koi yang sebegitu besar dan sihat berenang-renang bermain dipersekitaran istana tersebut. Sekembalinya saya ke bandar Kyoto, saya dapati ruangan rumah disana adalah cukup kecil dan terhad - tiada ruang untuk saya membina kolam kerana kesempitan ruang. Ini kerana halaman rumah disana adalah terlalu padat dimana kawasan di hadapan rumah dipenuhi dengan rumah-rumah manakala belakangnya pula adalah kawasan jurang serta mempunyai anak sungai yang mengalir lesu (dulu tebing sungai ini adalah kawasan permainan Tanuki liar ataupun Japanese racoon dog).    

Hasrat saya untuk membina kolam sendiri akhirnya tercapai selepas saya membeli rumah  di Pulau Langkawi. Kolam ikan koi DIY (Do It Yourself) ini akhirnya berjaya dibina atas bantuan adik saya - peminat setia ikan koi. Percaya atau tidak, kos untuk membuat kolam ini adalah jauh lebih murah sekiranya anda tahu membinanya sendiri. Kalau ingin mengupah orang untuk membinanya, saya percaya kos pembuatannya boleh mencecah ribuan ringgit. Selain daripada perkara kebocoran kolam dan pam, banyak perkara yang harus diambil kira sebelum kita membina kolam koi. Perkara tentang pepohon naungan ataupun pokok-pokok yang perlu ditanam bagi menurunkan suhu kolam agar tidak terlalu panas harus difikirkan. Faktor-faktor lain seperti penjagaan kebersihan kolam dan kesihatan ikan juga perlu diambil kira.  Sebagai contoh, menanam pokok-pokok  gantungan bukanlah idea yang baik kerana lambat laun, dedaun ataupun debunga dari pokok-pokok tersebut akan jatuh kedalam kolam serta mengotorkan air kolam...

Bersambung..............






Semua imej hanya dari Iphone.




All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.