Kadang kadang kita terlebih puji akan kehebatan aksi-aksi memukau pasukan aerobatik negara barat. Maklumlah, aksi-aksi "berani mati" juruterbang mereka cukup handal jika hendak dibandingkan dengan juruterbang tempatan. Malah, saya sendiri pada ketika dulu adalah penyokong setia pasukan aerobatik Team Brietling dan juga pasukan-pasukan hebat lain seperti British RAF Red Arrow, Blue Angels dan Thunderbirds.
Tetapi semenjak kebelakangan ini, perhatian saya sudah teralih kepada 3 pasukan dari negara Asean.Ternyata, kehebatan juruterbang-juruterbang dari Asia ini juga tidak kurang hebatnya. Pendek kata, apa sahaja yang juruterbang barat boleh lakukan, mereka juga mampu melakukannya! Pasukan yang saya maksudkan tersebut adalah Team 1 Malaysia Krisakti, Jupiter Aerobatic Indonesia dan juga RMAF Smokey Bandit (saya akan menulis secara terperinci tentang Smokey Bandit pada post akan datang).Ketiga- tiga pasukan tersebut telah membuktikan kehandalan mereka di Pulau Langkawi minggu lepas sewaktu pertunjukan udara LIMA 2013.

Foto Team Jupiter Indonesia.
All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.