Wednesday, 3 April 2013

RAF Typhoon Mengganas Di Pulau Langkawi !


Typhoon!! 
Desas-desus akan kehadirannya sudah diramalkan semenjak beberapa bulan yang lalu namun ramai yang tidak mahu mempercayainya. Rata-rata berpendapat yang Typhoon tak mungkin akan datang ke Pulau Langkawi. 

Akhirnya segala persoalan tersebut terjawap apabila pada awal pagi 26hb March baru-baru ini, bumi Langkawi bergegar dengan deruman dan dentuman enjin Typhoon!!  Ramai yang melopong serta terpegun sambil memandang ke langit. Ramai juga yang sangsi adakah benar ianya Typhoon!  Apa yang saya maksudkan adalah kehadiran 2 pesawat tempur serba moden Eurofighter Typhoon yang datang ke Pulau Langkawi baru-baru ini. Kehadiran pesawat tempur tersebut cukup istimewa kerana ianya bukan dinanti-nantikan untuk pertunjukkan udara malah ianya dapat membantu kita untuk membuka mata sambil mempelajari dan mengetahui teknologi peperangan udara pada masa hadapan. Terdengar juga kata-kata semangat si pelawat kecil yang berkunjung datang ke Dewan Mahsuri tempoh hari - 

"Ayah, bila besar nanti adik nak jadi juruterbang Typhoon!"

( Semua gambar diambil dengan menggunakan kamera Nikon D300 bersama lensa 70-200mm f/2.8 dan Sigma 300mm).






All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.