Sunday, 30 June 2013

Memburu Milky Way (Amanogawa) Di Pulau Langkawi,Malaysia.

Lupakan sejenak tentang kisah hantu langsuir yang diceritakan sering berterbangan dari pokok ke pokok berhampiran lembah bukit di Ulu Melaka. Lupakan juga tentang kisah jelmaan ular tedung selar sebesar peha yang juga dikatakan selalu melintas petak-petak sawah dan juga ancaman penunggu pepohon jawi di situ.

Semalam, saya sudah tiada ada apa-apa alasan lagi untuk tidak keluar rumah bagi mencari Milky Way kerana cuaca di langit adalah sangat baik dan juga sistem aplikasi Stellarium saya jelas menunjukkan yang Milky Way akan keluar dan merentasi langit malam di Pulau Langkawi dari arah Timur Selatan menghala ke Barat. Milky Way iaitu rangkaian himpunan jutaan bintang-bintang yang selalunya bercahaya dan tergantung pada langit malam ini selalunya mudah dilihat ketika bulan gelap tetapi oleh kerana pembangunan yang melampau dan juga light polution keterlaluan dari bandar-bandar berdekatan , ianya adalah mustahil untuk di lihat dengan mata kasar.Sebab itulah kadang-kadang kita pernah terbaca dan mendengar cerita yang peminat-peminat hardcore astrophotography sanggup memandu ratusan kilometer dari bandar bagi mencari kawasan yang bebas dari limpahan cahaya untuk tujuan fotografi.

Oh ya, bercakap tentang peminat astrophotography, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Alex Lim , penulis blog fotografi "Just Another Photography Enthusiast " yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada saya tentang penggunaan Stellarium dan juga bagaimana untuk "memburu" Milky Way di langit malam. Atas nasihat saudara Alex Lim lah , saya akhirnya berjaya juga mengambil gambar Milky Way tepat pada jam 10:09 malam berhampiran Kampung Mawar yang terletak di Jalan Makam Mahsuri Pulau Langkawi. Punyalah seronok, hanya Tuhan sahaja yang tahu !

Saya percaya, sekiranya saya mampu mengambil gambar Milky Way ketika bulan gelap ( semalam, bulan separuh penuh), hasil gambarnya pasti lebih menarik !



Nikon D300 17mm  f /2.8 30sec ISO 2000



Nikon D300 17mm  f /2.8 30sec ISO 2000



Nikon D300 17mm  f /2.8 30sec ISO 2000



All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. All photos are copyright the photographer and may not be used without written permission. 
Thank you.

Saturday, 29 June 2013

Langkawi International Maritime & Aerospace 2013: Royal Malaysian Air Force "Smokey Bandits" MiG-29N/NUB.

Khabarnya pesawat Mig-29N milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (RMAF) dari Squadron "Taufan Ganas" No 17/19 berpangkalan di Kuantan ini akan digantikan dengan pesawat pejuang baru yang belum pasti jenisnya. The race is on dan mengikut spekulasi dan berita-berita dari majalah tempur mengatakan yang pesawat MiG-29N ini berkemungkinan besar akan digantikan dengan pesawat pejuang multirole Dassault Rafale buatan Perancis.

 
Apa-apa pun, sekalung tahniah untuk pasukan "Smokey Bandits" ini kerana sekali lagi berjaya memukau pengunjung LIMA 2013 tempoh hari. 


Nikon D300 / 70-200mm f/2.8

Nikon D300 / 70-200mm f/2.8

Nikon D300 / 70-200mm f/2.8

Nikon D300 / 70-200mm f/2.8






All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.






Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Monday, 24 June 2013

Spiritual : Koi Fish In Our Garden (Ikan Koi Di Halaman Sendiri)

Kalau sebelum ini saya terpaksa keluar hampir setiap penghujung minggu membawa anak-anak pergi ke taman permainan untuk memberi makan kepada ikan-ikan koi, kini ini tidak lagi. Ini kerana saya sendiri telah mempunyai kolam koi yang kini telah siap dibina di kawasan halaman rumah. Bagi saya, kolam ikan koi ini adalah cukup istimewa kerana ianya bersifat spiritual. Apa tidaknya, mendengar deruan air pancut serta peluang melihat sendiri telatah bagaimana ikan-ikan koi berenang di dalam kolam tersebut dapat mendatangkan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya...









All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.








Sunday, 23 June 2013

Super Moon 2013 & E.T ?

Sekali lagi kejadian Super moon akan terjadi hari ini.
Ianya bukan sahaja bulan penuh dan terbesar malah ianya adalah yang terdekat bulan pernah menghampiri bumi pada tahun ini. Alhamdulillah, kejadian alam yang cukup ajaib ini dapat saya saksikan sendiri di Pulau Langkawi !

Ambillah peluang menyaksikan peristiwa bulan penuh ini sebaik mungkin kerana bulan tidak akan sebegitu hampir lagi dengan bumi sehinggalah bulan Ogos, 2014.

 Nikon D300  300mm  1/250 sec   f/5.6  ISO 200
Purnama
(Gambar diambil pada 22/6/2013 di Pulau Langkawi)


(Kredit kepada Google)

ET
(Filem blockbuster 1982 karya Steven Spielberg)

   Setiap kali malam bulan penuh menjelma, ianya terus mengingatkan saya tentang filem "ET" dan babak magical di mana Elliott berterbangan di udara dengan basikal beliau membawa ET di hadapan bulan penuh ...






All images (The Moon) copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

 

Rashomon Gate : Misi November 2013 !


Saya pernah menyusuri sungai Kibune dan menjelajah ke pergunungan Kurama di Kyoto dalam misi mencari tentang kebenaran kisah Raja Tengu, Sojobo (Hantu berhidung panjang) yang dikatakan pernah mengajar ilmu pedang kepada Minamoto no Yoshitsune. Saya juga pernah menjelajah jauh ke kawasan pendalaman Fushimi di Kyoto menjejaki cerita hantu air Kappa yang dikatakan bertanggung-jawab merejam dan membunuh ramai kanak-kanak kecil yang bermain di kawasan tebing sungai. Pendek kata, saya cukup berminat tentang cerita mitos dan lagenda Jepun hinggakan saya pernah tidak tidur berhari-hari menjelajah ke seluruh pelusuk Jepun menjejaki cerita-cerita tersebut.
 


Naomi, Erika & Sojobo !
Gunung Kurama, Kyoto 



Saya & Kappa

Namun pengalaman yang ngeri yang masih saya ingat dan tidak dapat saya lupakan sehingga sekarang adalah sewaktu saya merentasi “Gudang Berhantu” di Toei Uzumasa Egamura !

Apa tidaknya, saya sendiri melihat perempuan berambut panjang serta bermata merah melambai-lambai kepada saya sewaktu saya berada didalam gudang tersebut. Punyalah kuat saya menjerit hanya Tuhan saja yang tahu. Apa-apa pun, “hantu”  tersebut sebenarnya adalah pelakon-pelakon baru yang sedang berlatih menjadi hantu sambil menakut-nakutkan pelancung yang datang melawat ke studio perfileman yang terletak di pinggir bandar Kyoto! Kering darah juga lah!





Tugu Gerbang Rashomon !
(Foto: Kredit kepada Japan Navigator blog)

Langkah saya selepas ini adalah untuk kembali semula ke Kyoto pada bulan November untuk menjejaki cerita tentang pintu gerbang Rashomon yang kononnya pernah dihuni oleh si iblis Ibaraki - doji ! Walaupun pintu gerbang Rashomon ini sudah tidak lagi kelihatan dan kini tinggal hanyalah  tugu batu sebagai peringatan, tetapi masih terdapat juga cerita-cerita yang mendakwa bahawa makhluk Ibaraki-doji ini masih lagi menjelma dan sering kelihatan di kawasan bekas pintu gerbang Rashomon tersebut ! 



Watanabe No Tsuna Bertempur Dengan Ibaraki-doji.

(Foto: Kredit kepada Wikipedia)


Lagenda samurai pernah menceritakan tentang kisah Samurai bernama Watanabe No Tsuna yang pernah bertempur dengan Ibraki-doji. Diceritakan yang Kabuto (topi perisai samurai) yang dipakai Tsuna telah direntap dari belakang sewaktu beliau berjalan merentasi jambatan Ichijo-Modoribashi. Terkejut dengan situasi tersebut, Tsuna mencabut keluar pedang beliau lalu menyerang Ibaraki-doji. Semasa pertempuran tersebut, Tsuna telah berjaya mencantas lengan Ibaraki-doji lalu dibawa pulang. Lagenda juga mengatakan yang kononnya Ibaraki-doji telah berjaya mendapatkan semula lengan beliau setelah memperdaya Tsuna dengan menjelmakan dirinya menjadi salah seorang anggota keluarga Tsuna.Entah betul atau tidak cerita tersebut - wallahualam. 


Insya Allah. Saya akan menghuraikan lagi cerita tentang pintu gerbang Rashomon ini apabila saya berada disana kelak.






All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.









Saturday, 22 June 2013

Seta Bridge: The Tales Of Samurai,Dragon Princess & Giant Centipede.


I’m here at Seta Bridge,Shiga Prefecture searching for the truth behind the tales of "Rice-bag Toda” - the story dating back about 800 years ago.When Emperor Tsuchimikado fell into a critical condition, it turned out that the illness was caused by a huge centipede living in Mt. Mikami. Then Fujiwara no Hidesato shot three arrows at the same time from the bridge and they hit the huge centipede. Its head fell into the precinct of Sumiyoshi Shrine, the body into Katsube Shrine and the tail onto the ground near Karahashi Bridge in Seta village.








 
All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.






 

Thursday, 13 June 2013

Kerapu Yang Tidak Merapu Di Langkawi !


Terus terang saya katakan, persisiran pantai Teluk Burau di Pulau Langkawi adalah syurga untuk pemburu ikan kerapu. Apa tidaknya, pada siang harinya, joran saya diragut hampir 15 ekor ikan kerapu bersaiz A dan malamnya pula rentapan demi rentapan dilakukan tanpa henti. Akibatnya, beberapa kali mata kail joran saya rabut ditelan ikan yang tidak diketahui jenisnya !








All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.







Sunday, 2 June 2013

Keriangan Berterusan Di Pulau Langkawi Bersama Tropical Charters.

Hampir separuh hari saya luangkan masa bersama Naomi dan rakan-rakan kerja kelmarin menikmati pelayaran bersama Tropical Charters.Walaupun dikhabarkan pada awalnya yang suasana lautan akan bergelombang, namun pelayaran tersebut diteruskan juga tanpa timbul sebarang masalah.

Pelayaran kami kelmarin bermula seawal pukul 4 petang dengan menaiki kapal layar "Warisan Duyung" milik Tropical Charters di Resort World,Langkawi. Kapal "Warisan Duyung"yang panjangnya hampir 40 meter ini adalah hasil buatan tenaga tempatan dan ianya cukup besar serta dilengkapi dengan kabin berhawa dingin,tandas, ruang dek yang mampu menampung hampir 25 orang, ruang BBQ dan kelengkapan elektronik untuk memancing seperti sonar Garmin untuk mengesan ikan !

Saya sertakan disini beberapa keping gambar pelayaran kelmarin dan insya allah, gambar selebihnya akan saya postkan nanti. Kepada anda yang inginkan pelayaran sebegini, anda boleh menghubungi terus Tropical Charters untuk tempahan di talian 04 955 3407.















All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.






Saturday, 1 June 2013

Bagai Sireh Pulang Ke Gagang : Langkawi Ke Kyoto 2013.

Hampir 2 minggu saya tidak sempat untuk menjengah ke laman blog saya.
Selain kerana terlibat dengan Aeromeet Tourism Malaysia , saya juga begitu sibuk menyusun jadual perjalanan saya untuk pulang ke Kyoto pada 18hb - 30hb November 2013 nanti.

Walaupun hasrat dihati ingin melawat ke Odaiba City,Tokyo sekali lagi untuk mencari Gundam dan juga melawat sebentar Tokyo Sky Tree, namun fikiran saya banyak jauh melayang ke Nikko ! Wallahualam. Saya masih mempunyai 5 bulan lagi untuk berfikir dan menyusun semula itinerary!  




All images copyright/video belong to Darwinfish105 ©.


 

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.