Walaupun saya akui yang pemandangan sunset di Shogunzuka, Kyoto adalah yang terbaik pernah saya lihat tetapi apa kurangnya dengan Pulau Langkawi ! Keindahan suasana matahari terbenam tersebut akan lebih ketara pada hari selepas hujan ataupun sewaktu musim angin timur bertiup di sini (Bulan Okt - Feb).
Kepada anda yang akan datang melawat ke Pulau Langkawi pada musim cuti sekolah nanti, jangan lupa bawa kamera bersama anda - baik yang jenis compact digital ataupun DSLR. Anda boleh menyaksikan sendiri kehebatan suasana matahari terbenam disini sekiranya anda berada di Pantai Chenang , Pantai Kok, Tanjung Rhu dan pantai-pantai kecil lain yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi !
Apa lagi, mai laaa.....
Nikon D300 at 86mm
( Pemandangan di Pahn Thai Restaurant , Berjaya Resort Langkawi )
All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.