Wednesday, 30 April 2014

Kyoto's Arashiyama : Kembara Setengah Hari Di Hutan Buluh Sagano Mencari Jizo.

 \

Saya menuju ke Arashiyama awal pagi tersebut untuk melihat sendiri suasana sewaktu musim Sakura. Aliran sungai yang jernih serta berarus deras merentasi tiang-tiang Togetsukyo Bridge yang hampir setiap hari dilintasii ribuan manusia adalah trademark utama Arashiyama tetapi kali ini ianya diserlahkan lagi dengan pepohon sakura yang kembang ditebing sungai tersebut. Walaupun kebanyakkan bukit- bukau disini diselubungi dengan pepohon Sakura, saya berpendapat yang Arashiyama lebih cantik sewaktu musim luruh (autumn). Namun itu hanyalah pandangan peribadi saya.





Pada waktu tengah harinya saya menerokai kawasan hutan buluh Sagano yang juga terletak di Arashiyama sambil mencari patung-patung Jizo. Nasib saya agak baik kerana kawasan ini kurang dilawati sewaktu saya berada disni tempoh hari. 




Oh Ya ! Jangan lupa menyertai pesta Hanami bersama keluarga sekiranya anda berada disini pada musim Sakura sambil menikmati hidangan jagung, sotong kurita atau pun ikan ayu  (sweet fish) bakar yang dijual disini (harga sekitar RM8-RM15 ringgit). Bab minumannya pula, anda pilih sahaja segala jenis minuman yang terdapat pada vending machine yang banyak terdapat  disini (RM4 setin). Nasihat saya, jangan sesekali mencuba untuk menikmati makanan di restoran-restoran yang terdapat disini kerana harganya yang cukup mahal. Ditambah pula dengan kenaikan cukai jualan Jepun yang terbaru sebanyak 8%, ianya memang tidak berbaloi.  








Baiklah. Saya uploadkan juga disini video serba simple yang saya ambil sewaktu di Arashiyama tempoh hari. Walaupun kualitinya tidak sehebat mana, saya berharap ianya dapat membantu anda dalam membuat keputusan untuk melancong ke sini. 
Insya Allah.  











All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Friday, 25 April 2014

Kyoto's Sakura : Semuanya "Pink" Di Chotokuji Temple.

Satu lagi temple yang mudah ditemui di Kyoto. Terletak betul-betul bersebelahan dengan stesen subway Demachiyanagi.  Bunga sakura disini agak lain macam sikit..segala-galanya berwarna pink

Untuk makluman, bunga-bunga sakura disini mekar seawal minggu terakhir bulan March. Sekiranya anda betul-betul ingin mengejar musim sakura pada tahun hadapan di Kyoto, Chotokuji adalah tempat pertama yang anda harus lawati.











All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Tuesday, 22 April 2014

Musim Bunga Sakura Di Kyoto - Sudah Tiba Masanya !!

Orang Inggeris kata - "picture is worth a thousand words".

 Oleh yang sedemikian, tidak perlulah saya tulis panjang-panjang untuk post hari ini. Saya cuma ingin katakan yang musim bunga sakura datang agak awal semenjak 2 tahun kebelakangan ini. Semua gambar ini diambil seawal 2 haribulan Apil baru-baru ini di sekitar bandar Kyoto,Jepun.

Enjoy ya! 








All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.







Monday, 21 April 2014

Ichijo Modoribashi : Roh Bapa Menanti Anak Di Jambatan.

Kalau jambatan Gojo cukup terkenal dengan cerita pertarungan dua pahlawan iaitu Benkei & Yoshitsune, Ichijo Modoribashi juga tidak kurang hebatnya. Diceritakan yang Toyoto Hideyoshi pernah menghukum mubaligh Kristian disini  pada zaman medieval dengan memotong telinga kesemua 26 pengikut tersebut sebelum membiarkan mereka meneruskan perjalanan. Ada juga cerita-cerita ngeri yang lain mendakwa kepala Sen No Rikyu , pengasas upacara teh juga pernah dipamerkan disini selepas beliau membunuh diri akibat berbeza pendapat dengan Toyotomi Hideyoshi..




Namun begitu, Ichijo Modoribashi ini lebih terkenal dengan cerita mengenai seorang anak yang kematian bapanya lalu lewat hadir di upacara pengebumian beliau. Mengikut lagenda, roh si bapa bangkit lalu menunggu kehadiran si anak berhampiran jambatan ini semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal....

Uh! Seram sejuk juga la berada disini sewaktu lewat-lewat petang sebegini....








All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Sunday, 20 April 2014

Rimbunan Sakura Kyoto: Merentasi 17 Hentian Dari Rokujizo Ke Uzumasa Tenjingawa.

Saya merentasi 17 stesen subway dalam usaha saya mencari pepohon sakura ( cherry blossoms) yang sedang mekar di Kyoto. Bermula dari point permulaan di stesen Rokujizo, saya meneruskan perjalanan sehinggalah ke stesen terakhir iaitu Uzumasa Tenjingawa.

Tetapi sebelum itu, saya singgah sebentar di Kitayama untuk ke tebing Sungai Kamogawa...........

Permandangan disini juga tidak kurang hebatnya.

















All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Thursday, 17 April 2014

Kyoto : Kemuncak Musim Sakura Di Yodogawa !

Saya banyak menghabiskan masa di tebing Sungai Yodogawa & Kizugawa pada minggu terakhir saya di Kyoto. Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang cukup menakjubkan untuk dikongsi bersama. Walaupun terdapat ribuan pengunjung yang datang, anda tidak perlu bimbang kerana kawasan ini cukup luas. Masa terbaik untuk kesini adalah pada minggu pertama bulan April.






All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Thursday, 10 April 2014

Cuit-Cuit Si Sisik Perak: Teknik Memburu Ikan Gerut-Gerut.



Ada dua perkara pelik berlaku pada malam itu. Pertama - kesemua umpan yang saya hulurkan di lubuk kerapu langsung tidak disambar kerapu dan keduanya, kalau ada pun henjutan kasar pada batang rod, ianya langsung tidak mengena ikan. Lebih 2 jam kejadian sama berlaku - batang-batang rod kelihatan melendut-lendut tetapi apabila direntap, yang tinggal hanya mata kail yang kehabisan umpan. Habis umpan-umpan udang saya dicuit keluar.


Lubuk pancing yang telah saya selongkar selama lebih 14 tahun ini memang kaya dengan pelbagai spesis ikan. Ada ikan gemang (sembilang bersaiz kasar), pari, kuku, gerepoh dan juga siakap merah bersaiz mega. Namun begitu, majoriti segala tangkapan saya selama ini adalah ikan kerapu - baik yang kecil hinggalah bersaiz 2-3 kilo! Percaya atau tidak, saya tidak pernah pulang dengan tangan kosong semenjak memancing disini. Andai kata ada rezeki,berbelas-belas ekor ikan kerapu dapat saya bawa pulang pada setiap kali trip memancing.


Dek kerana kejadian tersebut, pelbagai suspect bermain di fikiran saya. Mungkinkah ia kerja anak-anak gerepoh yang cukup terkenal dan hebat setiap kali mencuri umpan atau mungkin juga ianya cuti-cuit si sisik perak, si ikan gerut ? Saya akhirnya mengambil keputusan untuk menukar kesemua mata kail pancingan pada malam tersebut lalu digantikan dengan apollo yang bersaiz 8. Tidak cukup dengan itu, saya selitkan bersama umpan udang yang dikupas kulitnya kepada semua mata kail apollo tersebut lalu dihumban semula kedalam laut.


Sepuluh minit berlalu dan suasana cukup sunyi dan sepi. Tiada langsung sebarang getuan ikan dirasakan selepas umpan dan mata kail ditukar sebentar tadi. Keaadan laut semakin keruh dan bulan yang tergantung pada langit malam semakin condong menandakan air sudah bertukar surut. Tiba-tiba, kesemua rod-rod saya melengkung ditarik sesuatu. Selepas bertungkus lumus dan ditarik naik , jelas sekali saya dapat melihat kilauan perak sisik-sisik ikan tersebut didalam air. Bukan seekor tetapi 3-4 ekor ikan yang tersangkut. Memang benar jangkaan saya. Rupa-rupanya, memang kerja si gerut-gerut ! Banyak juga yang saya naikkan pada malam tersebut.


 Pada malam itu juga saya berjaya menjinakkan seekor ikan kaci yang selalunya banyak terdapat di sebelah pantai timur tanah air. Entah macam mana ianya tersesat jauh hingga ke Pulau Langkawi, wallahualam.






Kepada anda yang akan datang ke Pulau Langkawi dan teringin untuk memburu ikan gerut-gerut, berikut adalah cara-cara yang boleh diguna pakai;

1. Saya akui ikan gerut-gerut sangat bijak mencuri umpan. Jika mata kail dan umpan yang disediakan terlalu besar, maka anda akan menggigit jari sepanjang malam!

2. Sebaik-baiknya mata kail yang digunakan janganlah terlalu besar. Begitu juga dengan tali perambut. Tali berkekuatan 10-15 paun sudah cukup kuat untuk menjerat ikan gerut-gerut ini.

3. Sesetengah pengail menggunakan manik-manik berkilau sebagai teknik "memikat" spesis ini. Saya agak bersetuju dengan cara ini tetapi ianya hanya sesuai diguna pakai sekiranya pancingan dilakukan pada waktu malam dimana "luminous beads" tersebut akan kelihatan bercahaya seperti pantulan daripada seekor sotong.

4. Teori memancing ikan gerut-gerut sewaktu air pasang sudah juga tidak boleh diguna pakai. Mengikut pengalaman saya, ikan gerut-gerut banyak membedal umpan dikala air mula bergerak surut. Malah frenzy tersebut akan menjadi lebih hebat lagi sekiranya air lautan bersih dan tidak berkelodak.

5. Umpan udang (yang dikupas kulit) adalah umpan terbaik untuk menjerat ikan gerut-gerut. Unless anda menggunakan umpan udang hidup, janganlah pula dikupas kulitnya.Saya juga mendapati yang sotong cumit hidup juga merupakan menu kegemaran spesis ini. Percaya atau tidak, saya pernah mendapat ikan gerut-gerut bersaiz mega (5.5 kilogram!!) sewaktu memancing di lubuk kapal karam, Pulau Langkawi beberapa tahun yang lalu.

6. 80% daripada hasil pancingan ikan gerut-gerut saya selalunya diperolehi ketika memancing berhampiran tiang-tiang kelong ataupun chalet-chalet atas laut. Saya jarang mendapat spesis ini dilaut terbuka kecualilah juka terdapat kawasan karang ataupun tukun dibawahnya.

7. Above all, penggunaan sabiki ataupun apollo bersaiz 8 adalah yang terbaik dan saya belum pernah gagal dengan teknik ini.



Apa-apa pun, rezeki datang dari Allah s.w.t,  kita hanya perlu berusaha yang terbaik.
Insya Allah !




All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.