Sekiranya anda suka mengembara secara casual - tidak berminat membawa beg-beg yang berat yang dipenuhi dengan kamera DSLR dan lensa- lensa utama, anda pasti akan berasa rugi dikemudian hari.Saya berani berkata sedemikian kerana ianya pernah terjadi kepada saya semasa lawatan saya ke Jepun beberapa tahun yang lalu. Dek kerana malas dan hanya membawa kamera digital beresolusi rendah, segala gambar-gambar tersebut tidak mampu saya zahirkan ke blog saya ini kerana kondisi gambar yang cukup teruk dan memalukan.
Semenjak kejadian tersebut, saya ambil pendekatan untuk sanggup suffer seawal lawatan tetapi mempunyai trip yang happy ending. Tiga kamera Nikon DSLR serta berbelas-belas lensa berlainan saya bawa bersama ke mana jua saya pergi.
Ini termasuklah lawatan saya ke taman bunga Tsurumi Ryokuchi Koen ini.
Stesen subway Tsurumi Ryokuchi.
Anda hanya perlu melintas jalan bersebelahan stesen ini untuk sampai ke taman Tsurumi Ryokuchi.
Saya tidak pasti tentang spesis bunga ini. Adakah ianya sama famili dengan bunga sakura?
Antara pepohon sakura yang berbunga awal. Ianya mekar seawal 27hb March 2014 walaupun pepohon bunga-bunga sakura selalunya bercambah keluar pada minggu pertama bulan April.
Sunyi & Sepi.
Masih belum ada pengunjung yang datang untuk Hanami ( himpunan bersama rakan-rakan atau famili dibawah pepohon sakura). Atau mungkin belum ada yang menyedarinya.
Mekar.
Satu lagi spesis bunga sakura yang mekar awal. Warnanya agak kemerah-merahan dan berbeza dengan warna sakura biasa yang bewarna putih.
Kalau anda perhatikan betul-betul dicelahan pepohon sakura ini, anda akan mendapati terdapat penghuni lain juga yang sedang menikmati pesta bunga sakura ini.
Satu lagi spesis bunga sakura yang sedang berputik disni.
Saya tidak mampu menggunakan "senjata" hebat dan sebesar ini. Bagi saya, penggunaan kamera Nikon D700 bersama dengan lensa utama 70-200mm f/2.8 sudah cukup mencukupi.
Pemandangan biasa di taman- taman sekitar Jepun.Warga emas kelihatan sedang berhimpun sambil memberi makan kepada burung-burung merpati ataupun kucing kucing liar.
All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.