Saturday 24 January 2015

Sepanjang Pendakian Ke Tanukidaniyama Fudouin Di Kyoto (Part 2).


Sesampai di puncak Tanuktanisan Fudoin, hujan renyai-renyai mulai turun dan membasahi kawasan pergunungan tersebut. Anak-anak saya kelihatan gembira walaupun pada awalnya kedua-duanya merungut panjang kerana keperihan memanjat naik untuk sampai ke sini. Untuk peminat fotografi seperti saya, senyuman lebar sentiasa terukir di pipi disepanjang hari .Terdapat satu perasaan istimewa - puas hati serta bangga. Maklumlah, walaupun tempat ini terletak beribu-ribu kilometer jauh daripada tempat saya tinggal, saya akhirnya berjaya sampai juga di sini. 











Lebih menyeronokkan lagi apabila anda mendapati yang kuil di Tanukitanisan ini cukup cantik serta mempunyai pemandangan yang cukup hebat. 


























 Saya juga berpeluang melihat sendiri gua pertapaan Mushashi Miyamoto, penulis buku "Book of five ring" ataupun "Go Rin No Sho". Selain menjadi seorang penulis yang hebat, Musashi Miyamoto juga adalah seorang pemain pedang yang cukup terbilang dan kononnya belum pernah kecundang dengan mana-mana pahlawan hebat lain sezaman dengannya.











Apa-apa pun, Tanukitanisan Fudoin ini satu tempat yang unik, cantik, bersifat spiritual, redup dan sejuk. Segala perasaan bebal serta sesal sewaktu awal pendakian tadi lenyap sebegitu saja. Fahamlah saya sekarang kenapa golongan Yamabushi memilih tempat - tempat sebegini sebagai tempat tinggal dan bertafakur mereka.







All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Thursday 22 January 2015

Chokenji Kyoto: Isu Fotografi & Akidah !

Saya akui yang saya tahu gambar-gambar lawatan saya ke Jepun sebegini boleh mengundang padah kerana terlalu ramai cerdik pandai disini yang akan bercakap tentang akidah. Namun begitu, saya jarang ambil peduli bab-bab sedemikian kerana kerana masing masing mempunyai pandangan yang berbeza. Sebagai contoh - peminat fotografi seperti saya selalu keluar-masuk ke rumah berhala bukan bermaksud saya pengikut ajaran Buddha !

Disebabkan kedegilan saya melayan segala komen-komen yang "luar biasa", saya sertakan disini beberapa keping gambar sesi jelajah Kyoto yang saya ambil tempoh hari. Kali ini saya berada di Chokenji yang terletak di wilayah Kyoto di Jepun.Walaupun terdapat ribuan
rumah-rumah berhala lain di Kyoto, Chokenji ini dikatakan adalah satu-satunya dibina khas untuk Benzaiten , salah satu daripada tujuh tuhan kekayaan.

 Seperti biasa, saya hanya menggunakan kamera lama Nikon D300 serta lensa Nikon 50mm f/1.8G dan Sigma 17-70mm f/2.8 sewaktu saya melawat ke sini.  











All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday 18 January 2015

Kyoto's Glorious Kibune Jinja !

A short trip to Kurama-dera and Kibune Jinja . All photos taken with Nikon D300, Sigma 17-70mm f/2.8 & Nikon 50mm f/1.8G

Enjoy !


























All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.