Kadang-kadang betul juga apa yang Naomi selalu leterkan kepada saya - "Motor ni, kalau beli RM2O ribu ke, RM30 ribu ke, kalau hujan basah kuyup juga"! Tetapi maklumlah, lelaki ni kadang kadang ego dia tinggi sangat. Selalu ingat dia betul.Selalu ingat dia pandai.
Nah ! Dalam bulan Ogos ni, hampir 2 minggu hujan turun tidak berhenti-henti dibumi Langkawi. Nak keluar pergi kerja pun susah. Lebih teruk lagi, hari ini off day pula. Nak naik motor ke mana pun tak boleh.
Kalau fikirkan balik, betullah apa yang isteri selalu cakapkan. Dia bukan jealous sebab tak boleh ikut sekali kerana single seat tetapi kerana dia sayangkan suami dia.
Nasihat saya pada suami luar sana pula, dengarlah cakap isteri. Bukannya nak rugi apa-apa pun !
All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are
exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights
reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content
found on this site.
Thank you.