Kyoto Street Photography: Took My New Iphone 7 Plus For A Spin !

Buat pertama kalinya saya tinggalkan kamera DSLR, bag, lensa, tripod serta alatan fotografi di rumah dan keluar ke Bandar Kyoto hanya "bersenjatakan" telefon bimbit Iphone 7 plus. Walaupun berasa agak janggal tetapi saya akui yang saya berasa agak selesa berjalan-jalan tanpa bebanan dengan peralatan. Badan terasa agak ringan serta seronok!

Petang tersebut, saya habiskan masa bersama Naomi berjalan-jalan di sekitar sungai Kamogawa sementara menantikan masa yang sesuai untuk makan malam berhampiran Shijo. Punyalah ramai pelancong yang datang ke Kyoto hanya Tuhan saja yang tahu. Walaupun ianya bagus untuk industri tourism Jepun, tapi saya rindukan Kyoto yang sunyi dan tenteram seperti tahun-tahun yang lalu.

Nah! Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang diambil dengan menggunakan telefon tersebut. Sesungguhnya, suasana di Kyoto pada lewat petang cukup cantik dan honestly, it's amazing and defies all explanation.






All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.