Monday, 21 April 2014

Ichijo Modoribashi : Roh Bapa Menanti Anak Di Jambatan.

Kalau jambatan Gojo cukup terkenal dengan cerita pertarungan dua pahlawan iaitu Benkei & Yoshitsune, Ichijo Modoribashi juga tidak kurang hebatnya. Diceritakan yang Toyoto Hideyoshi pernah menghukum mubaligh Kristian disini  pada zaman medieval dengan memotong telinga kesemua 26 pengikut tersebut sebelum membiarkan mereka meneruskan perjalanan. Ada juga cerita-cerita ngeri yang lain mendakwa kepala Sen No Rikyu , pengasas upacara teh juga pernah dipamerkan disini selepas beliau membunuh diri akibat berbeza pendapat dengan Toyotomi Hideyoshi..




Namun begitu, Ichijo Modoribashi ini lebih terkenal dengan cerita mengenai seorang anak yang kematian bapanya lalu lewat hadir di upacara pengebumian beliau. Mengikut lagenda, roh si bapa bangkit lalu menunggu kehadiran si anak berhampiran jambatan ini semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal....

Uh! Seram sejuk juga la berada disini sewaktu lewat-lewat petang sebegini....








All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Sunday, 20 April 2014

Rimbunan Sakura Kyoto: Merentasi 17 Hentian Dari Rokujizo Ke Uzumasa Tenjingawa.

Saya merentasi 17 stesen subway dalam usaha saya mencari pepohon sakura ( cherry blossoms) yang sedang mekar di Kyoto. Bermula dari point permulaan di stesen Rokujizo, saya meneruskan perjalanan sehinggalah ke stesen terakhir iaitu Uzumasa Tenjingawa.

Tetapi sebelum itu, saya singgah sebentar di Kitayama untuk ke tebing Sungai Kamogawa...........

Permandangan disini juga tidak kurang hebatnya.

















All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Thursday, 17 April 2014

Kyoto : Kemuncak Musim Sakura Di Yodogawa !

Saya banyak menghabiskan masa di tebing Sungai Yodogawa & Kizugawa pada minggu terakhir saya di Kyoto. Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang cukup menakjubkan untuk dikongsi bersama. Walaupun terdapat ribuan pengunjung yang datang, anda tidak perlu bimbang kerana kawasan ini cukup luas. Masa terbaik untuk kesini adalah pada minggu pertama bulan April.






All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Thursday, 10 April 2014

Cuit-Cuit Si Sisik Perak: Teknik Memburu Ikan Gerut-Gerut.



Ada dua perkara pelik berlaku pada malam itu. Pertama - kesemua umpan yang saya hulurkan di lubuk kerapu langsung tidak disambar kerapu dan keduanya, kalau ada pun henjutan kasar pada batang rod, ianya langsung tidak mengena ikan. Lebih 2 jam kejadian sama berlaku - batang-batang rod kelihatan melendut-lendut tetapi apabila direntap, yang tinggal hanya mata kail yang kehabisan umpan. Habis umpan-umpan udang saya dicuit keluar.


Lubuk pancing yang telah saya selongkar selama lebih 14 tahun ini memang kaya dengan pelbagai spesis ikan. Ada ikan gemang (sembilang bersaiz kasar), pari, kuku, gerepoh dan juga siakap merah bersaiz mega. Namun begitu, majoriti segala tangkapan saya selama ini adalah ikan kerapu - baik yang kecil hinggalah bersaiz 2-3 kilo! Percaya atau tidak, saya tidak pernah pulang dengan tangan kosong semenjak memancing disini. Andai kata ada rezeki,berbelas-belas ekor ikan kerapu dapat saya bawa pulang pada setiap kali trip memancing.


Dek kerana kejadian tersebut, pelbagai suspect bermain di fikiran saya. Mungkinkah ia kerja anak-anak gerepoh yang cukup terkenal dan hebat setiap kali mencuri umpan atau mungkin juga ianya cuti-cuit si sisik perak, si ikan gerut ? Saya akhirnya mengambil keputusan untuk menukar kesemua mata kail pancingan pada malam tersebut lalu digantikan dengan apollo yang bersaiz 8. Tidak cukup dengan itu, saya selitkan bersama umpan udang yang dikupas kulitnya kepada semua mata kail apollo tersebut lalu dihumban semula kedalam laut.


Sepuluh minit berlalu dan suasana cukup sunyi dan sepi. Tiada langsung sebarang getuan ikan dirasakan selepas umpan dan mata kail ditukar sebentar tadi. Keaadan laut semakin keruh dan bulan yang tergantung pada langit malam semakin condong menandakan air sudah bertukar surut. Tiba-tiba, kesemua rod-rod saya melengkung ditarik sesuatu. Selepas bertungkus lumus dan ditarik naik , jelas sekali saya dapat melihat kilauan perak sisik-sisik ikan tersebut didalam air. Bukan seekor tetapi 3-4 ekor ikan yang tersangkut. Memang benar jangkaan saya. Rupa-rupanya, memang kerja si gerut-gerut ! Banyak juga yang saya naikkan pada malam tersebut.


 Pada malam itu juga saya berjaya menjinakkan seekor ikan kaci yang selalunya banyak terdapat di sebelah pantai timur tanah air. Entah macam mana ianya tersesat jauh hingga ke Pulau Langkawi, wallahualam.






Kepada anda yang akan datang ke Pulau Langkawi dan teringin untuk memburu ikan gerut-gerut, berikut adalah cara-cara yang boleh diguna pakai;

1. Saya akui ikan gerut-gerut sangat bijak mencuri umpan. Jika mata kail dan umpan yang disediakan terlalu besar, maka anda akan menggigit jari sepanjang malam!

2. Sebaik-baiknya mata kail yang digunakan janganlah terlalu besar. Begitu juga dengan tali perambut. Tali berkekuatan 10-15 paun sudah cukup kuat untuk menjerat ikan gerut-gerut ini.

3. Sesetengah pengail menggunakan manik-manik berkilau sebagai teknik "memikat" spesis ini. Saya agak bersetuju dengan cara ini tetapi ianya hanya sesuai diguna pakai sekiranya pancingan dilakukan pada waktu malam dimana "luminous beads" tersebut akan kelihatan bercahaya seperti pantulan daripada seekor sotong.

4. Teori memancing ikan gerut-gerut sewaktu air pasang sudah juga tidak boleh diguna pakai. Mengikut pengalaman saya, ikan gerut-gerut banyak membedal umpan dikala air mula bergerak surut. Malah frenzy tersebut akan menjadi lebih hebat lagi sekiranya air lautan bersih dan tidak berkelodak.

5. Umpan udang (yang dikupas kulit) adalah umpan terbaik untuk menjerat ikan gerut-gerut. Unless anda menggunakan umpan udang hidup, janganlah pula dikupas kulitnya.Saya juga mendapati yang sotong cumit hidup juga merupakan menu kegemaran spesis ini. Percaya atau tidak, saya pernah mendapat ikan gerut-gerut bersaiz mega (5.5 kilogram!!) sewaktu memancing di lubuk kapal karam, Pulau Langkawi beberapa tahun yang lalu.

6. 80% daripada hasil pancingan ikan gerut-gerut saya selalunya diperolehi ketika memancing berhampiran tiang-tiang kelong ataupun chalet-chalet atas laut. Saya jarang mendapat spesis ini dilaut terbuka kecualilah juka terdapat kawasan karang ataupun tukun dibawahnya.

7. Above all, penggunaan sabiki ataupun apollo bersaiz 8 adalah yang terbaik dan saya belum pernah gagal dengan teknik ini.



Apa-apa pun, rezeki datang dari Allah s.w.t,  kita hanya perlu berusaha yang terbaik.
Insya Allah !




All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.



Wednesday, 9 April 2014

Travelog Ke Osaka: Mana Pergi MH370 ?



Banyak perkara berlegar-legar didalam kepala. Susah bagi saya untuk tidur. Pusing ke kanan,pusing ke kiri, mata masih belum mahu untuk terpejam. 

.......

Deringan alarm dari mobile phone mengejutkan saya pada pagi tersebut.Jam 3:50 pagi. Masih terlalu awal untuk bangun. Saya sendiri tidak pasti pukul berapa saya terlelap tadi. Selepas mandi dan bersiap, saya keluar berjalan kaki menuju ke LCCT dari Tune Hotel tempat saya bermalam sebentar tadi. Suasana sekeliling terasa agak panas membahang pada pagi tersebut.Mungkin kerana hujan rintik-rintik yang berhenti terlalu awal semalam.




Tepat jam 7:20 pagi, pintu gate perlepasan dibuka dan saya berjalan masuk ke tarmac menuju ke pesawat AirAsia A330-300 yang sudah bersedia untuk berlepas ke Osaka. 

Pesawat D7 tersebut akhirnya terbang keluar seperti masa yang dijadualkan.Setelah 2 jam berada di udara, saya menjenguk keluar ke jendela...Agak sayu rasanya. Pada ketinggian 31,000 kaki, suasana diluar cukup sepi dan ingatan tersebut datang kembali...

Ke mana pergi pesawat MH370 yang hilang tempoh hari? 





All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Monday, 7 April 2014

Bunga Sakura : Lagi Cerita Dari Tsurumi Ryokuchi Koen.

Sekiranya anda suka mengembara secara casual - tidak berminat membawa beg-beg yang berat yang dipenuhi dengan kamera DSLR dan lensa- lensa utama, anda pasti akan berasa rugi dikemudian hari.Saya berani berkata sedemikian kerana ianya pernah terjadi kepada saya semasa lawatan saya ke Jepun beberapa tahun yang lalu. Dek kerana malas dan hanya membawa kamera digital beresolusi rendah, segala gambar-gambar tersebut tidak mampu saya zahirkan ke blog saya ini kerana kondisi gambar yang cukup teruk dan memalukan.

Semenjak kejadian tersebut, saya ambil pendekatan untuk sanggup suffer seawal lawatan tetapi mempunyai trip yang happy ending. Tiga kamera Nikon DSLR serta berbelas-belas lensa berlainan saya bawa bersama ke mana jua saya pergi. 

Ini termasuklah lawatan saya ke taman bunga Tsurumi Ryokuchi Koen ini.


Stesen subway Tsurumi Ryokuchi. 
Anda hanya perlu melintas jalan bersebelahan stesen ini untuk sampai ke taman Tsurumi Ryokuchi. 


Saya tidak pasti tentang spesis bunga ini. Adakah ianya sama famili dengan bunga sakura?


Antara pepohon sakura yang berbunga awal. Ianya mekar seawal 27hb March 2014 walaupun pepohon bunga-bunga sakura selalunya bercambah keluar pada minggu pertama bulan April.


Sunyi & Sepi. 
Masih belum ada pengunjung yang datang untuk Hanami ( himpunan bersama rakan-rakan atau famili dibawah pepohon sakura). Atau mungkin belum ada yang menyedarinya.


Mekar. 
Satu lagi spesis bunga sakura yang mekar awal. Warnanya agak kemerah-merahan dan berbeza dengan warna sakura biasa yang bewarna putih.


Kalau anda perhatikan betul-betul dicelahan pepohon sakura ini, anda akan mendapati terdapat penghuni lain juga yang sedang menikmati pesta bunga sakura ini.


Satu lagi spesis bunga sakura yang sedang berputik disni.


Saya tidak mampu menggunakan "senjata" hebat dan sebesar ini. Bagi saya, penggunaan kamera Nikon D700 bersama dengan lensa utama 70-200mm f/2.8 sudah cukup mencukupi.


Pemandangan biasa di taman- taman sekitar Jepun.Warga emas kelihatan sedang berhimpun sambil memberi makan kepada burung-burung merpati ataupun kucing kucing liar.


Naomi sedang berposing .


Penutup acara petang tersebut :)



All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Sunday, 6 April 2014

Raksasa Shishi : Penunggu Yasaka Shrine.

Saya masih di Osaka. Kali ini saya melawat sekitar bandar Namba dan kadang-kala menaiki subway untuk menuju dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Walaupun sudah beberapa kali saya ke sini, saya masih belum jemu dengan bandar ini dan saya sentiasa berjumpa dengan  tempat-tempat yang baru. Pendek kata, bandar Namba di Osaka ini harus diredah segala pelusuk.


         Kalau tak percaya, cuba anda lihat hiasan pintu masuk ke Namba Yasaka Shrine ini. Ianya terletak dibelakang bangunan-bangunan utama disini malah agak sukar untuk ditemui melainkan anda betul-betul peka dengan signboard yang terdapat disekitar bandar ini. 

Cuba anda lihat reka bentuknya yang agak gothic malah lain dari yang lain. Untuk pengetahuan umum , ini bukanlah Godzilla, singa, anjing ataupun naga. Ini adalah raksasa mitologi  jepun yang dipanggil sebagai Shishi atau Komainu. Haiwan ini digambarkan sebagai penyelamat sejagat dan akan membaham  segala " semangat-semangat jahat" dan kerana itulah ianya sering diletakkan di luar kuil-kuil di Jepun.

Shishi jantan dikatakan "menyedut  nafas" yang mewakili kehidupan; yang betina dikatakan "bernafas keluar", yang bermaksud kematian .







All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Saturday, 5 April 2014

Pesta Bunga Sakura : Tsurumi Ryoukuchi, Osaka.

Saya akui yang saya ada berasa agak tidak "sedap hati" sewaktu sampai di Jepun pada minggu lepas. Apa tidaknya, saya langsung tidak nampak pepohon bunga sakura yang mekar ataupun sedang berputik  sewaktu perjalanan menuju ke rumah di Kyoto. Walaupun terdapat laporan-laporan awal menyatakan yang banyak pepohon sakura yang telah berbunga, mungkin ianya hanya untuk beberapa pokok sahaja.

Pada esok paginya, saya meneruskan perjalanan menuju ke Tsurumi Ryoukuchi Koen yang terletak di Osaka. Perjalanan untuk kesini agak mudah dan anda boleh dengan menggunakan subway dari bandar-bandar utama di Osaka. Saya diberitahu yang banyak pepohon sakura disini adalah dari jenis yang selalu mekar pada peringkat awal musim  (25-30 March), dan syukur alhamdulillah, banyak sudah pepohon yang telah berbunga walaupun ianya baru pada peringkat permulaan ..














 All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.