Sunday, 15 June 2014

Saya Masih Disini Setelah Sebulan Menghilang ..............

Sebelum lebih saya tidak update apa apa pada blog saya. Selain daripada busy dengan tugas seharian, aktiviti bola tampar, saya juga sibuk dengan homework saya untuk terbang ke Nagoya sambil menjelajah Shimonoseki, Jepun. Ada benda yang hendak saya lihat,kaji dan huraikan. Sama ada saya sudah terpengaruh dengan buku terpengaruh dengan buku Tales Of The Genji ataupun peperangan Dannoura, hanya Tuhan saja yang tahu. 

Apa-apa pun, Insya Allah - banyak perkara yang hendak saya kongsikan disini nanti........

 \

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Friday, 9 May 2014

Potret Fotografi Di Hirakata Park,Osaka.

Siri mari belajar DSLR bersama anak-anak dan isteri.
Saya menuju ke Hirakata Park, Osaka awal pagi tersebut sambil bertekad untuk mengambil beberapa keping gambar famili untuk disimpan sebagai memori dan bukannya untuk syok sendiri :)   

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Wednesday, 30 April 2014

Kyoto's Arashiyama : Kembara Setengah Hari Di Hutan Buluh Sagano Mencari Jizo.

 \

Saya menuju ke Arashiyama awal pagi tersebut untuk melihat sendiri suasana sewaktu musim Sakura. Aliran sungai yang jernih serta berarus deras merentasi tiang-tiang Togetsukyo Bridge yang hampir setiap hari dilintasii ribuan manusia adalah trademark utama Arashiyama tetapi kali ini ianya diserlahkan lagi dengan pepohon sakura yang kembang ditebing sungai tersebut. Walaupun kebanyakkan bukit- bukau disini diselubungi dengan pepohon Sakura, saya berpendapat yang Arashiyama lebih cantik sewaktu musim luruh (autumn). Namun itu hanyalah pandangan peribadi saya.

Pada waktu tengah harinya saya menerokai kawasan hutan buluh Sagano yang juga terletak di Arashiyama sambil mencari patung-patung Jizo. Nasib saya agak baik kerana kawasan ini kurang dilawati sewaktu saya berada disni tempoh hari. 

Oh Ya ! Jangan lupa menyertai pesta Hanami bersama keluarga sekiranya anda berada disini pada musim Sakura sambil menikmati hidangan jagung, sotong kurita atau pun ikan ayu  (sweet fish) bakar yang dijual disini (harga sekitar RM8-RM15 ringgit). Bab minumannya pula, anda pilih sahaja segala jenis minuman yang terdapat pada vending machine yang banyak terdapat  disini (RM4 setin). Nasihat saya, jangan sesekali mencuba untuk menikmati makanan di restoran-restoran yang terdapat disini kerana harganya yang cukup mahal. Ditambah pula dengan kenaikan cukai jualan Jepun yang terbaru sebanyak 8%, ianya memang tidak berbaloi.  

Baiklah. Saya uploadkan juga disini video serba simple yang saya ambil sewaktu di Arashiyama tempoh hari. Walaupun kualitinya tidak sehebat mana, saya berharap ianya dapat membantu anda dalam membuat keputusan untuk melancong ke sini. 
Insya Allah.  

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Friday, 25 April 2014

Kyoto's Sakura : Semuanya "Pink" Di Chotokuji Temple.

Satu lagi temple yang mudah ditemui di Kyoto. Terletak betul-betul bersebelahan dengan stesen subway Demachiyanagi.  Bunga sakura disini agak lain macam sikit..segala-galanya berwarna pink

Untuk makluman, bunga-bunga sakura disini mekar seawal minggu terakhir bulan March. Sekiranya anda betul-betul ingin mengejar musim sakura pada tahun hadapan di Kyoto, Chotokuji adalah tempat pertama yang anda harus lawati.

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Tuesday, 22 April 2014

Musim Bunga Sakura Di Kyoto - Sudah Tiba Masanya !!

Orang Inggeris kata - "picture is worth a thousand words".

 Oleh yang sedemikian, tidak perlulah saya tulis panjang-panjang untuk post hari ini. Saya cuma ingin katakan yang musim bunga sakura datang agak awal semenjak 2 tahun kebelakangan ini. Semua gambar ini diambil seawal 2 haribulan Apil baru-baru ini di sekitar bandar Kyoto,Jepun.

Enjoy ya! 

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Monday, 21 April 2014

Ichijo Modoribashi : Roh Bapa Menanti Anak Di Jambatan.

Kalau jambatan Gojo cukup terkenal dengan cerita pertarungan dua pahlawan iaitu Benkei & Yoshitsune, Ichijo Modoribashi juga tidak kurang hebatnya. Diceritakan yang Toyoto Hideyoshi pernah menghukum mubaligh Kristian disini  pada zaman medieval dengan memotong telinga kesemua 26 pengikut tersebut sebelum membiarkan mereka meneruskan perjalanan. Ada juga cerita-cerita ngeri yang lain mendakwa kepala Sen No Rikyu , pengasas upacara teh juga pernah dipamerkan disini selepas beliau membunuh diri akibat berbeza pendapat dengan Toyotomi Hideyoshi..

Namun begitu, Ichijo Modoribashi ini lebih terkenal dengan cerita mengenai seorang anak yang kematian bapanya lalu lewat hadir di upacara pengebumian beliau. Mengikut lagenda, roh si bapa bangkit lalu menunggu kehadiran si anak berhampiran jambatan ini semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal....

Uh! Seram sejuk juga la berada disini sewaktu lewat-lewat petang sebegini....

All images copyright © 2014 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.
Thank you.

Sunday, 20 April 2014

Rimbunan Sakura Kyoto: Merentasi 17 Hentian Dari Rokujizo Ke Uzumasa Tenjingawa.

Saya merentasi 17 stesen subway dalam usaha saya mencari pepohon sakura ( cherry blossoms) yang sedang mekar di Kyoto. Bermula dari point permulaan di stesen Rokujizo, saya meneruskan perjalanan sehinggalah ke stesen terakhir iaitu Uzumasa Tenjingawa.

Tetapi sebelum itu, saya singgah sebentar di Kitayama untuk ke tebing Sungai Kamogawa...........

Permandangan disini juga tidak kurang hebatnya.