Monday, 23 February 2015

Jelajah Nagoya : Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology.

Alang-alang sudah sampai ke Nagoya, saya meneruskan perjalanan ke Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology pula. Kalau ada kesempatan, mahu juga saya singgah sebentar di Nagoya Castle pada lewat petang nanti..... Seronok juga sewaktu disini. Terasa seperti zaman kanak-kanak sewaktu menyertai lawatan sambil belajar ler pula...
















Yang bawah ni pula bukanlah item pertunjukkan di Muzium Toyota tetapi entah hamba Allah mana la main tinggal Harley Davidson kat tengah-tengah jalan ni....





All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 15 February 2015

Eternal Friendship : Kisah Si Anjing Hachiko & Hidesaburo Ueno.

Selepas suratkhabar Asahi Shinbun melaporkan si anjing Hachiko akan ditemukan semula dengan tuannya melalui monumen terbaru, berlambak-lambak komen yang dapat anda baca dihalaman sosial. Rata-rata pembaca melahirkan rasa terharu dan gembira kerana terlalu lama Hachiko "dibiarkan" bersendirian menantikan kepulangan tuannya tersebut. Seperti mana yang diketahui umum, Hachiko yang tidak mengetahui  tuannya Professor Hidesaburo Ueno telah meninggal dunia begitu setia berulang alik selama 9 tahun menanti kepulangan beliau di stesen Shibuya sehingga anjing tersebut mati pada tahun 1935.



Monumen terbaru Hachiko & Uen0 2015.
(Imej dari Google)


Kisah sedih ini telah diabadikan semenjak sebegitu lama oleh masyarakat Jepun dan saya sekeluarga sempat singgah sebentar di stesen tersebut sewaktu saya berada di Tokyo tempoh hari. 









**********


Video dari Youtube by Hachiko.


(Gambar kredit kepada Google Images)




All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Saturday, 14 February 2015

A Trip Down Memory Lane : Gundam ガンダム Di Odaiba !

Saya ke Odaiba di Tokyo untuk melihat sendiri robot RX-78 Gundam  ガンダム yang cukup hebat di kacamata saya sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.Tak sangka orang jepun mampu membina semula robot idola saya tersebut dan kini available di Diver City Plaza untuk tontonan umum. 

 Kepada peminat setia siri anime Mobile Suit Gundam, anda sudah pasti tahu akan asal-usul tentang cerita robot fiksyen kawalan manusia  ini. Ianya pertama kali diperkenalkan kepada umum pada tahun 1979. Apa yang pasti, Gundam lebih terkenal daripada rakan-rakan robot anime yang lain seperti Tetsujin, Voltron ataupun Macross Frontier semenjak diperkenalkan.
 
Saya sertakan video & beberapa keping gambar yang diambil sewaktu saya disana tempoh hari. Minta maaf kerana kualiti gambar kurang memuaskan. Semua gambar-gambar ini diambil tanpa menggunakan sebarang tripod sebaliknya hanya secara handheld.
Saya hanya menggunakan kamera Nikon D300 dengan lensa Sigma 17-70mm f/2.8
tanpa menggunakan sebarang flash.

Enjoy !
 
 
  










 
 
 
 
 
  Amacam ? Okay tak ?
 
 
 
 
 
 
 
 
  

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

 

 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, 8 February 2015

Kiyotaki Tunnel : Terowong Puaka di Kyoto.



Terowong yang dibina pada tahun 1927 ini dikatakan berpuaka. Kononnnya banyak kemalangan maut terjadi disini selepas pemandu ternampak bayangan hantu pada cermin sisi kenderaan mereka. Mengikut lagenda, terowong ini dikatakan cukup "haunted" kerana terdapat banyak buruh paksaan yang mati disini sewaktu kerja-kerja pemunggahan besi landasan keretapi sewaktu zaman perang dahulu. Segala cerita-cerita tersebut menjadi lebih menarik kerana panjang terowong ini adalah 444 meter (nombor sial bagi kepercayaan orang Jepun 4-4-4 ). Entah betul atau tidak, wallahualam.



Naomi (isteri saya) adalah calon guide yang terbaik untuk explorasi ke kampung-kampung kecil yang terletak di lembah pergunungan Kyoto untuk kali ini. Tiada sebarang charge yang dikenakan. Ianya free !




Saya menyusur turun mengikuti denai kecil yang terletak bersebelahan hutan lalu sampai ke perkampungan tradisional yang cukup bersih dan menarik ini . Terdapat sungai yang cukup jernih dan mengalir lesu. Cuaca disekeliling pula amat sejuk memandangkan ianya terletak betul-betul dicelah pergunungan Kyoto. 



Keadaan sungai disini yang cukup jernih. Terdapat banyak anak-anak ikan didalamnya.   




Hampir 700 keeping gambar saya ambil disini tetapi hanya 10 keping saja mampu di proses sehingga hari ini. Lebihannya masih disimpan di dalam Lightroom folder. Hidup saya terlalu sibuk semenjak kebelakangan ini. Heh !




Walaupun saya tiba disini pada musim sejuk , namun masih terdapat pepohon momiji yang daun-daunnya baru bertukar menjadi kekuningan. Momiji selalunya bertukar menjadi merah pada lewat bulan November dan Kyoto menjadi cukup meriah sewaktu musim tersebut. 




Walaupun hampir setiap tahun Erika pulang melawat datuk dan neneknya disini, beliau masih tidak jemu-jemu mengajak saya untuk meneroka seluruh pelusuk Kyoto !


Friday, 6 February 2015

TGIF : Revisiting Langkawi Wildlife Park !


 No wordsJust images. Enjoy !
























All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.