Tuesday, 21 April 2015

Thank You So Much Chef Gordon Ramsay !

Naomi betul-betul bencikan si Gordon Ramsay. Kata Naomi, Chef Ramsay adalah seorang yang cukup ego, kaki bebal serta pembuli yang keterlaluan. Hmmmmmm.....Patutlah setiap kali saya cuba untuk menunjukkan kepada Naomi tentang rancangan masakkan Chef Gordon Ramsay di Youtube, beliau akan menolak.Benci katanya.
 
Seperti mana yang diketahui umum, Chef Ramsay yang berasal dari Scotland ini adalah seorang cukup panas baran. Macam-macam yang beliau komen dan kritik sekiranya kerja yang dilakukan tidak betul atau keterlaluan. Bagi anda yang selalu menonton rancangan beliau seperti siri rancangan Hell Kitchen, The F Word ataupun Kitchen Nightmare, anda boleh saksikan sendiri bagaimana pekerja-pekerja beliau dan tuan empunya restoran menjadi "bahan" dek kerana amarah beliau.
 


Saya bangun awal pagi tadi untuk menyediakan sarapan pagi untuk Naomi dan anak-anak. Memandangkan Naomi agak kurang sesuai dengan menu heavy breakfast seperti nasi lemak atau roti canai, saya hanya menyediakan hidangan roti, sosej, turkey ham, tomato serta scrambled egg dicampur cream untuk beliau. Walaupun segalanya disediakan dalam keadaan yang cukup kelam kabut kerana kesuntukkan masa tetapi taste hidangan itu memang cukup sedap. Komen yang sama juga saya terima daripada Naomi selepas beliau menjamah hidangan tersebut. Dan apabila saya memberitahu yang resepi itu saya belajar daripada seseorang yang paling beliau benci iaitu si Gordon Ramsay  - tersipu-sipu juga Naomi dengan ayat tersebut.


Apa-apa pun - thank you so much Chef Gordon Ramsay !!



All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.
 

Sunday, 19 April 2015

RMAF Sukhoi 30MKM: Cant Get Enough? Here We Go !

Cant get enough of Royal Malaysian Air Force Sukhoi 30MKM ? Here we go again .............





All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.
 

Friday, 17 April 2015

Kyotografi: Adashino Nenbutsu-ji.

Lagi gambar-gambar sekitar perjalanan ke Adashino Nenbutsuji di Kyoto tempoh hari. Jangan keliru dengan gambar-gambar terdahulu kerana Otagi Nenbutsuji dan Adashino Nenbutsuji adalah dua kawasan yang berbeza namun terletak agak berhampiran..  















Monday, 13 April 2015

Tokyografi : Last Autumn's Dream

Kawan-kawan di Kyoto selalu berpesan. Kata mereka, saya harus berada di Kyoto sebelum atau pada 26hb November setiap tahun jika saya ingat melihat sendiri bagaimana hebatnya pokok-pokok ginkyo bertukar warna. Kata mereka , Iwato Ochiba Jinja yang terletak dikawasan pergunungan Kyoto cukup menarik pada musim luruh dan saya harus bersetuju dengan pendapat mereka setelah melihat beberapa photo blog.
 
Namun entah kenapa, saya selalu gagal balik ke kampung ( Kyoto) pada waktu tersebut sebaliknya saya kerap memilih awal Disember untuk pulang.
 
Namun, kekecewaan tersebut terubat sewaktu saya berada di Zojoji Shrine ,Tokyo tempoh hari. Di sini, hamparan kuning dedaun ginkyo cukup menakjubkan walaupun tidaklah sehebat Iwato Ochiba Jinja....  
 
  
 
 
 
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 12 April 2015

Mengejar Kelip Kelip Dan Ketam Hantu Shimonoseki !



Sebelum tidur semalam, saya bertanyakan semula tentang trip Shimonoseki kepada Naomi .Saya masih ingat dimana trip tersebut terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir atas masalah keselamatan kerana pergaduhan Yakuza yang semakin menjadi-jadi di wilayah Kyushu pada waktu tersebut. Oleh kerana keaadaan sekarang sudah reda dan tiada lagi pergaduhan selepas operasi besar-besaran oleh pihak polis, saya bercadang untuk ke sana semula pada bulan Oktober nanti.

Dan semalam juga, saya membaca semula kesemua teks Lafcadio Hearn KWAIDAN: STORIES AND STUDIES OF STRANGE THINGS dan salah satu cerita tersebut betul-betul membuatkan saya berasa untuk pergi ke Shimonoseki pada pagi ini juga. 
Berikut adalah gubahan kata selepas saya translate dari buku tersebut.


Shimonoseki, Wilayah Yamaguchi .

"Dan bahawa lautan dan pantai tersebut telah dihantui selama lebih tujuh ratus tahun .... Di satu tempat lain, saya diberitahu tentang ketam aneh yang sering ditemui di situ. Ianya dipanggil ketam Heike yang mempunyai muka manusia di belakang mereka dan dikatakan ianya adalah roh-roh samurai Heike yang terbunuh dalam perang Dan-no-ura . Terdapat banyak lagi cerita yang pelik untuk dilihat dan didengar berdekatan persisiran pantai tersebut. Pada satu malam yang gelap gelita, terdapat ribuan api seperti kelip-kelip berterbangan dan berlegar sekitar pantai sambil melintasi ombak yang membadai. Mengikut cerita tempatan api-api malap tersebut digelar nelayan sebagai Oni-bi ataupun api iblis. Dan apabila angin mula betiup, kedengaran juga suara orang bersorak-sorai ditengah lautan seperti sorakan di medan pertempuran."


Entah betul atau tidak - wallahualam. Tetapi saya banyak mendapat cabaran dari kawan kawan disana untuk menduga persisiran lautan tersebut.......Gulp !



Kredit:

  1. H. japonica photo, cafe.naver.com, accessed Jan. 26, 2010.
  2. Samurai Kubuki print, Utagawa Toyokuni Ill, 19th century, public domain.
  3. https://arthropoda.wordpress.com







Saturday, 11 April 2015

Kyotografi : Arashiyama Lagi !

Perjalanan saya menuju ke Otagi Nenbutsuji tempoh hari bermula dari stesen keretapi kecil yang terletak di Pekan Arashiyama. Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini, Pekan Arashiyama ini sering dikunjungi oleh ribuan pengunjung pada sesuatu masa tetapi entah kenapa hari tersebut agak sunyi dari hari-hari biasa. 
Oleh yang sedemikian, saya mengambil kesempatan tersebut untuk berjalan-jalan disekitar bandar ini (walaupun sudah berpuluh kali pernah datang ke sini) sebelum mengambil bas untuk menuju ke lembah pergunungan Atago. 








All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Friday, 10 April 2015

Kyotografi : Satu Malam Di Gion, Kyoto.

Sebagai orang Malaysia, saya akui suasana musim sejuk yang disulami dengan hujan amat tidak sesuai bagi saya. Tetapi, saya gagahi jua untuk keluar pada malam tersebut kerana saya tahu suasana malam berhampiran pekan Gion amat unik dan cantik sekali.
 
 






All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.
 
 
 
 

Monday, 6 April 2015

Test Shot Nikon D2H & Nikon 50mm f/1.8G

Setelah hampir setahun terperap dalam dry box, hari ini saya keluarkan semula kamera Nikon D2H saya untuk digilap dan servis mana yang patut. Walaupun saya akui bahawa kamera ini masih berada pada taraf professional grade, tetapi disebabkan resolusi megapixel yang terlalu rendah (4.1mp), maka saya jarang menggunakannya.

Namun begitu, saya masih berpendapat yang kamera Nikon D2H ini masih tetap hebat dan sesuai dalam keadaan tertentu seperti untuk sesi potrait photography, sports dan juga action shooting. Saya juga percaya keupayaan serta kepantasan 7 fps kamera ini tetap membuatkannya jauh lebih hebat dari DSLR lain seperti Nikon D3200,D7200 dan juga D300!




Bercakap tentang potrait photography, saya bercadang untuk membawa kamera D2H ini pulang semula ke Kyoto untuk pesta Jidai Matsuri nanti. Saya juga cuba mencari lensa yang sesuai untuk dipadankan dengan kamera tersebut dan cubaan pertama tadi adalah dengan lensa Nikon 50mm f/1.8. Hasil yang diberikan agak okay dan imej yang di crop (50%) juga nampaknya tidaklah teruk sangat. Harus diinigatkan yang kamera Nikon D2H ini hanya menggunakan DX format dan bukanlah full frame seperti yang "abang-abangnya" yang lain - Nikon D3,D3S,D3X,D4 dan D4S.






All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 5 April 2015

Seorang Tua Di Kaki Gunung.....

Sewaktu gambar ini  diambil berdekatan gunung Fuji tempoh hari, caption "Seorang Tua Di Kaki Gunung" terus terlintas di pemikiran saya. Entah kenapa tiba-tiba tajuk buku karangan Azizi Hj. Abdullah itu muncul.Walaupun ini bukanlah gambar Tukya watak utama dalam buku tersebut tetapi saya suka betul dengan gambar ini. Ada sesuatu yang dapat saya rasakan. Sentimental betul !

Oh ya, sekiranya tuan empunya badan ternampak gambar beliau disini, beliau boleh menghubungi saya menerusi email. Ada beberapa keping gambar yang hendak saya berikan .

この写真に関しては、こちらまでお問い合わせ下さい。

Marketgarden77@yahoo.co.uk.





 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Thursday, 2 April 2015

Tokyografi: Harajuku, Omotesando & Yummy Crepes !

Awal juga saya bangun pada pagi tersebut - 4.30 pagi. Bukannya apa, terpaksa keluar awal untuk mengejar keretapi awal yang bertolak dari Rokujizo ke Kyoto Station dan kemudiannya kena pula melompat masuk ke Shinkasen untuk menuju ke Tokyo.

Selain daripada ke Shibuya dan Ikebukuro, saya sempat juga merayau-rayau ke Harajuku dan Omotesando mencari crepes kegemaran saya. 















 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.



All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Wednesday, 1 April 2015

Cerita Malam Kemarau Di Kyoto & Wanita Misteri Di Luar Kedai........


Anda kini berada di halaman blog saya dan jangan takut kerana tiada sebarang caj GST dikenakan walaupun rakyat Malaysia seharian sibuk menyumpah tentang angka 6% tersebut.


Malam ini saya hendak bercerita tentang hantu dan kasih sayang ibu yang tidak pernah putus walaupun si ibu sudah mati. Kononnya kisah pelik ini terjadi di Kyoto pada satu malam musim panas ratusan tahun yang lalu (1599 kalau tidak silap saya). Diceritakan tentang Sobei - seorang pemilik kedai manisan di Kyoto yang baru saja menutup kedainya lalu bersedia untuk masuk tidur. Seketika sebelum sempat beliau melelapkan mata, dia terdengar ada orang datang sambil mengetuk-mengetuk pintu kedainya.
Sobei kemudiannya bangun menyalakan lilin lalu keluar sambil bertanya - “Siapa?”.
Dari luar Sobei mendengar ada yang menjawab pertanyannya.
“Minta maaf mengganggu lewat-lewat malam begini, tetapi saya hendak meminta sedikit pertolongan. Bolehkah tuan memberikan saya sedikit manisan? Anak saya sedang kelaparan" kata suara wanita bernada halus tersebut.
Pada malam esoknya, wanita tersebut datang lagi dengan alasan yang sama. Selama 6 malam berturut-turut wanita tersebut datang meminta bantuan walaupun pada malam dimana hujan turun dengan amat lebat. Kasihan benar Sobei melihat wanita itu yang berdiri di luar kedai dan basah kuyup merayu-rayu meminta bantuan.Tanpa berfikir panjang, Sobei hanya menuruti saja akan kemahuan wanita tersebut. Oleh kerana berasa kasihan, Sobei membuka pintu lalu memberikan beberapa bungkus manisan yang dibungkus dengan daun buluh kepada wanita tersebut. Wanitu itu kemudiannya mengucapkan terima kasih lalu hilang dalam kepekatan malam



Apabila wanita tersebut datang semula pada malam yang ketujuh, hati Sobei mula berasa was-was. Beliau bercadang untuk menyiasat tentang wanita misteri itu.Sobei ingin tahu di mana rumah wanita tersebut dan ke mana dibawa pergi segala manisan yang beliau selalu berikan. Selepas menyedari yang wanita tersebut sudah beredar selepas menerima manisan, Sobei perlahan-lahan berjalan keluar dari kedainya lalu menyusuri denai berkabus yang dilalui oleh wanita tadi. Semakin lama Sobei mengikuti, semakin cepat dan jauh perempuan tersebut berjalan. Malam semakin larut dan suasana sekeliling pada malam itu amat gelita gelita. Sobei mula berasa kesejukan dihembusi angin dingin pada malam tersebut. 

Hatinya tertanya-tanya kemana wanita tersebut hendak pergi?

Setelah lama berjalan akhirnya Sobei menyedari yang beliau kini berada ditengah-tengah kawasan perkuburan dikaki hutan. Akibat ketakutan, Sobei mula menjadi panik lalu berlari mencari jalan pulang.

Pada esok paginya, Sobei pergi ke sebuah kuil lalu menceritakan tentang kejadian pelik yang dialaminya selama tujuh malam tersebut. Pendita buddha yang mendengar cerita Sobei berasa pelik lalu mengajak Sobei ke kawasan tanah perkuburan yang diceritakan. Apabila sampai disitu, si pendita terdiam sebentar lalu memberitahu Sobei yang disini terdapat satu kubur wanita mengandung yang baru meninggal dunia pada tujuh hari yang lalu. Mendengar penjelasan tersebut, si Sobei berasa cukup bersimpati lalu berdoa akan wanita tersebut tenang dialam kubur. Namun selepas seketika,tiba-tiba mereka berdua terdengar suara bayi menangis dibawah tanah. Si pendita dan Sobei mula tercari-cari dari mana suara bayi tersebut datang lalu mereka memunggah dan mengorek keluar tanah kubur wanita tersebut. Apabila keranda dibuka, alangkah terperanjatnya mereka berdua apabila mendapati wanita mengandung yang mati tersebut telah melahirkan seorang bayi bersamanya. Lebih memeranjatkan lagi apabila mereka menyedari yang bayi itu kelihatan sedang menghisap manisan yang Sobei pernah berikan kepada wanita yang selalu datang ke kedainya.

Akhirnya, fahamlah Sobei kenapa wanita tersebut selalu datang ke kedai meminta manisan. Wanita tersebut rupanya adalah jelmaan roh si ibu yang tidak tenteram kerana terlalu menyayangi anaknya.Oleh kerana beliau sudah mati dan tidak mampu lagi memberikan makanan, maka sebab itulah roh si ibu selalu melawat ke kedai Sobei meminta bantuan manisan untuk anaknya. Oleh kerana terlalu teruja dengan cerita kasih sayang ibu terhadap si anak, pendita buddha yang datang bersama Sobei akhirnya membawa pulang bayi tersebut lalu dijaga dan dibesarkan disebuah kuil di Kyoto.
Walaupun dikatakan yang cerita ini berlaku pada ratusan tahun yang lalu, kedai manisan Sobei ini masih wujud sehingga sekarang. Ianya terletak di pekan kecil Higashiyama di Kyoto. Anda boleh membeli dan merasai manisan yang pernah Sobei berikan kepada wanita tersebut hanya pada harga ¥500 ataupun RM15 sebungkus!




Nota kaki : Kedua-dua imej diatas diperolehi menerusi halaman Google.