Sunday, 12 April 2015

Mengejar Kelip Kelip Dan Ketam Hantu Shimonoseki !



Sebelum tidur semalam, saya bertanyakan semula tentang trip Shimonoseki kepada Naomi .Saya masih ingat dimana trip tersebut terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir atas masalah keselamatan kerana pergaduhan Yakuza yang semakin menjadi-jadi di wilayah Kyushu pada waktu tersebut. Oleh kerana keaadaan sekarang sudah reda dan tiada lagi pergaduhan selepas operasi besar-besaran oleh pihak polis, saya bercadang untuk ke sana semula pada bulan Oktober nanti.

Dan semalam juga, saya membaca semula kesemua teks Lafcadio Hearn KWAIDAN: STORIES AND STUDIES OF STRANGE THINGS dan salah satu cerita tersebut betul-betul membuatkan saya berasa untuk pergi ke Shimonoseki pada pagi ini juga. 
Berikut adalah gubahan kata selepas saya translate dari buku tersebut.


Shimonoseki, Wilayah Yamaguchi .

"Dan bahawa lautan dan pantai tersebut telah dihantui selama lebih tujuh ratus tahun .... Di satu tempat lain, saya diberitahu tentang ketam aneh yang sering ditemui di situ. Ianya dipanggil ketam Heike yang mempunyai muka manusia di belakang mereka dan dikatakan ianya adalah roh-roh samurai Heike yang terbunuh dalam perang Dan-no-ura . Terdapat banyak lagi cerita yang pelik untuk dilihat dan didengar berdekatan persisiran pantai tersebut. Pada satu malam yang gelap gelita, terdapat ribuan api seperti kelip-kelip berterbangan dan berlegar sekitar pantai sambil melintasi ombak yang membadai. Mengikut cerita tempatan api-api malap tersebut digelar nelayan sebagai Oni-bi ataupun api iblis. Dan apabila angin mula betiup, kedengaran juga suara orang bersorak-sorai ditengah lautan seperti sorakan di medan pertempuran."


Entah betul atau tidak - wallahualam. Tetapi saya banyak mendapat cabaran dari kawan kawan disana untuk menduga persisiran lautan tersebut.......Gulp !



Kredit:

  1. H. japonica photo, cafe.naver.com, accessed Jan. 26, 2010.
  2. Samurai Kubuki print, Utagawa Toyokuni Ill, 19th century, public domain.
  3. https://arthropoda.wordpress.com