Saturday 5 August 2017

Chubu Sangaku National Park : Tiga Musim Pada Satu Masa Yang Sama.

Keluarga isteri saya selalu bercakap tentang tuah ataupun luck yang dibawa saya setiap kali saya pulang ke Jepun. Kata mereka lagi, setiap kali kami keluar bercuti bersama-sama, banyak benda-benda yang pelik serta menarik akan muncul dihadapan mata kami sekeluarga. Contohnya, lawatan pertama saya ke Gunung Fuji pada tahun 2009. Walaupun laporan cuaca pada hari tersebut mengatakan yang cuaca disekitar Fuji akan berkabus tebal serta tidak sesuai untuk lawatan (selalunya 95% laporan cuaca Jepun adalah tepat!), tetapi Gunung Fuji terbentang luas dihadapan mata sewaktu saya sampai .Namun apa yang peliknya, kabus tersebut hanya kembali semula selepas kami semua turun dari Stesen 5. Mungkin ianya hanyalah satu kebetulan.

Luck saya berterusan sewaktu lawatan saya ke melawat ke Taman Negara Chubu Sangaku tempoh hari Walaupun saya langsung tidak mengharapkan apa-apa, tetapi saya sekeluarga masih berpeluang menyaksikan sendiri tiga musim Jepun pada waktu yang sama !
 Apa tidaknya, ketika saya sampai pada hari tersebut, kawasan pergunungan di situ masih lagi dilitupi salji (walaupun pada awal musim kemarau), beberapa pepohon momiji masih merah membakar serta bunga-bunga sakura (spesis berlainan) masih lagi kembang mekar di kawasan persekitaran ini. Saya tidak pasti sama ada ianya betul-betul luck untuk kami sekeluarga saya ataupun betullah apa yang hebat dibincangkan oleh penduduk dunia sekarang - cuaca dunia sudah berubah !








All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you

Friday 4 August 2017

Stesen Kanazawa: Pertembungan Seni Bina Tradisi Disulami Futuristik Moden.

Hari ini kita akan bercakap tentang seni bina Stesen Kanazawa (Jepun) dan bagaimana gabungan yang mencampurkan reka bentuk seni bina tradisional (pintu gerbang Shinto) dengan futuristik moden telah menjadikan Stesen ini sebagai salah satu stesen yang tercantik di Jepun.

Walaupun secara fizikalnya, ianya tidaklah segah ataupun sehebat Stesen Kyoto ataupun Tokyo, tetapi arca kayu berbentuk pintu gerbang di Stesen Kanazawa ini cukup menonjol malah menjadi salah satu ikon pelancongan di Kanazawa. Bukan itu saja, malah hiasan air pancut disini juga direka dengan sebegitu unik serta berteknologi tinggi. Percayakah anda yang hiasan air pancut yang melantun naik ke udara ini bukan saja berfungsi sebagai message board, malah ianya boleh membentuk perkataan seperti "Welcome"dan juga berfungsi sebagai jam dan boleh membentuk waktu sebenar seperti "2:45" petang atau sebarang angka digital mengikut actual universal time!

Fuh! Memang hebat ciptaan orang orang di sini!








All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.

All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you

Wednesday 2 August 2017

Anak Patung Mistik: Perjanjian Pelik Antara Pembeli Dengan Daruma-san

Anda kenal dengan Daruma-san ataupun anak patung Dharma? Satu anak patung berkepala tetapi tidak mempunyai tangan atau kaki. Anak patung ini, walaupun biasanya berwarna merah dan putih serta menggambarkan bentuk muka seorang lelaki selalunya dijual tanpa mempunyai mata. Saya ke kuil Daruma tempoh hari di Kyoto untuk melihat dan memahami kepercayaan pelik orang-orang disini.

Mengikut kepercayaan orang-orang Jepun, anak patung daruma ini selalunya dibeli sebagai lambang motivasi serta ketabahan seseorang dalam memburu kejayaan atau hajat yang ingin dipenuhi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu inginkan sebuah rumah, pembeli daruma tersebut akan berjanji yang anak patung daruma yang beliau akan memberi "penglihatan" kepada daruma tersebut sebagai tanda penghargaan (sebab itulah patung daruma selalunya dijual tanpa mempunyai mata).

Sebagai permulaan, seseorang itu akan melukis satu anak mata pada bahagian mata anak patung tersebut lalu (setelah dibeli dan dibawa pulang) tetapi dibiarkan sebelah mata lagi kosong. Untuk pengetahuan, mata kedua daruma ataupun penglihatan penuh hanya akan dilukis setelah pemiliknya telah berjaya mendapat apa yang dihajati ataupun telah memperolehi kejayaan. Kononya, supaya anak patung daruma tersebut jaga melihat sendiri kejayaan yang telah diperolehi oleh tuan empunya. Pendek kata, ianya seperti satu perjanjian mistik dengan anak patung daruma tersebut.

Apa-apa pun, kita sebagai orang Islam sudah tentulah kita harus mempercayai ataupun cuba mengikuti amalan-amalan pelik sebegini. Bukannya apa, takut "ke laut" pula akidah kita nanti. 

By the way, saya berharap agar pembaca enjoy dengan himpunan gambar-gambar sewaktu lawatan tersebut.

















All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you

Tuesday 1 August 2017

Kembara Jepun: Takayama, Bandar Bersejarah Yang Cukup Cantik.

Semasa dalam perjalanan untuk ke Shirakawago tempoh hari, saya sempat singgah sebentar di bandar lama Takayama yang terletak di walayah Gifu.

 Masya allah! 

Itu saja ungkapan pertama yang keluar dari mulut saya apabila sampai disini. Walaupun ianya dipanggil sebagai bandar tua, keadaan udara dan persekitaran disini cukup bersih, unik serta cukup tenteram.Saya juga tertarik dengan hiasan-hiasan "Koinobori" iaitu rentangan hiasan ikan koi merentasi sungai sungai kecil dibandar ini kerana warnanya yang berwarna-warni dan tiada pula sebarang vandalisme terhadap hiasan-hiasan tersebut. 

Seandainya anda datang ke sini, pastikan anda sempat melawat wilayah kecil Sanmachi Suji.Terdapat banyak jalan-jalan kecil yang dikatakan wujud semenjak zaman medieval dan masih dijaga rapi sehingga hari ini. Bermacam-macam yang anda dapat lihat disini - rumah rumah lama tradisional, kedai-kedai makan yang menjual cenderahati, makanan tempatan seperti Takayama beef, green tea dan juga muzium-muzium kecil (salah satunya mempamerkan pakaian ninja yang pernah dipakai semenjak ratusan tahun yang lalu). Saya juga cukup bernasib baik kerana sewaktu saya disana tempoh hari, bunga-bunga wisteria telah mula bercambah keluar!














All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you

Monday 31 July 2017

Mencari Damai Di Enkoji: Dedaun Merah & Jizo Comel Di Celahan Dedaun Musim Luruh.

Saya teruskan perjalanan saya pada pagi tersebut menuju ke Enkoji untuk melihat salah satu ikon terkenal kepada peminat-peminat fotografi. Sudah tentu, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah patung kecil jizo yang terletak dihalaman kuil di Enkoji. Saya percaya, gambar patung jizo tersenyum comel ini telah diambil gambarnya jutaan kali oleh peminat fotografi kerana ianya cukup magical apatah lagi sekiranya anda datang pada musim luruh ke Kyoto !

Percaya atau tidak, keunikan ukiran patung Jizo ini disulami dengan ratusan pepohon merah momiji pada musim luruh disini akan membuatkan anda betul betul terasa berada pada dunia yang berlainan.












All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you