Sunday 24 May 2015

A View From Here #2 : Minggu Yang Panjang Di Kofuku-ji, Nara.

Kofuku-ji, Nara Japan.
  

Hmmmm...Pagoda lima tingkat di Kofuku-ji, Nara Jepun.
Terimbas semula segala kenangan disini. Alkisah, saya dan Naomi memang sukakan Nara dan selalu datang ke sini setiap kali saya pulang ke Jepun sewaktu musim luruh. It's an amazing place terutama sekali kawasan sekitar Todaiji Temple. Ianya cukup cantik malah lebih hebat daripada beberapa temple lain yang terdapat disini. No doubt about that. Walaupun ada ketikanya saya menyumpah-nyumpah dek kerana kesesakan pengunjung yang teralu banyak datang ke sini, namun saya akui yang Nara adalah tempat yang harus dilawati sekiranya anda menjejakan kaki di Jepun.

Kepada peminat fotografi, saya syorkan untuk anda datang ke sini bersama lensa-lensa terbaik anda. Banyak sangat tempat menarik yang anda harus cuba dari pelbagai sudut. Cubalah google tengok harga tiket AirAsia yang serba murah sekarang ini dan ambillah peluang untuk datang. Bukannya apa, dari Lapangan Terbang Kansai untuk datang ke sini bukanlah jauh mana sangat. Dekat jer.
By the way, harap maaf kerana saya tak dapat berkongsi gambar-gambar yang lain sewaktu berada di sini tempoh hari. Banyak  sangat gambar-gambar yang tak cantik sebab tak pandai guna kamera. Kena akui , it's a skill yang saya memang tidak ada dan kena belajar lagi. But then again, saya traveller bukannya photographer.

 


All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.


Saturday 23 May 2015

A View From Here : Tokugawa Ieyasu Lebih Dashyat Dari Raja Bersiong ?


 

Cerita pagi ini masih berkisar tentang trip di Shizuoka dan pada lewat petangnya saya menuju pula ke Sunpu-jo Park. Walaupun hari sudah hampir kelam dan suhu persekitaran pula mula merudum turun, saya bertekad untuk datang juga sebelum berangkat pulang ke Tokyo pada malam nanti.

Di Sumpu-jo, saya terserampak dengan patung tembaga Tokugawa Ieyasu berdiri megah sambil memegang burung raptor di tangan beliau. Perrkh! Macam tidak percaya!! Siapa yang tidak kenal dengan Tokugawa Ieyasu? Samurai hebat dan terbilang dan pernah terlibat didalam peperangan Azukizaka No Tatakai dan Sekigahara . Immortalised di dalam buku-buku sejarah, pertunjukkan Kabuki atau noh serta filem-filem samurai, sudah tentu dunia tahu akan kehebatan beliau. Tokugawa juga adalah "Shogun" dan founder kepada Tokugawa shogunate dan sistem pemerintahannya kekal selama lebih 268 tahun sebelum kejatuhannya pada tahun 1868 sewaktu  Meiji Restoration .

  


Selain dikenali sebagai seorang pemerintah yang cukup cerdik, beliau juga dikatakan mempunyai reputasi yang cukup menggerunkan. Saya juga masih ingat cerita tentang beliau yang keluar memburu seluruh keluarga Toyotomi Hideyoshi lalu membunuh mereka satu persatu dan ini termasuklah anak kecil Hideyoshi iaitu Hideyori yang baru berusia 8 tahun dengan memancung kepala budak tersebut. Kekejaman beliau juga semakin menjadi-jadi di mana beliau tanpa ragu-ragu pernah menghukum bunuh isteri,anak sulungnya serta ratusan pendita-pendita kristian pada zaman pemerintahannya dulu.
 
Hmmmm...
Teringat pula saya kepada cerita emak sewaktu saya kecil-kecil dahulu tentang kezaliman Raja bersiong di negeri Kedah. Hampir sama jer cerita mereka berdua.
 
 


All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Friday 22 May 2015

Shizuoka's Toro Iseki : Semuanya Bermula Di Sini.

Kalau kita bersembang tentang Shizuoka, apa yang selalu terlintas di kepala adalah Gunung Fuji dan ladang Japanese green tea yang sebegitu seluas mata memandang.Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa di Shizuoka juga terdapat tapak arkeologi pendudukan kuno Jepun yang berusia hampir 2000 tahun  yang dikenali sebagai Toro Iseki !

Saya akui that nothing much to see disini tetapi terdapat beberapa contoh rumah lama, gudang gandum serta contoh sawah padi untuk para peminat sejarah untuk datang dan melihat sendiri disini. Dari sudut tourism, saya mendapati Toro Iseki agak kurang dilawati mungkin kerana faktor promosi ataupun lokasinya yang terletak agak jauh dari bandar-bandar utama. Apa-apa pun, adalah tidak adil juga untuk saya berkata sedemikian kerana lawatan saya ke sini tempoh hari hanyalah untuk setengah hari.

 Secara jujur , saya cadangkan anda datang ke sini bagi melihat sendiri bagaimana negara Jepun membangun bermula dari zaman Yayoi seperti Toro Iseki ini sehinggalah ke zaman moden sekarang. By the way, tiada sebarang charge dikenakan untuk melawat kawasan persekitaran Toro Iseki kecuali  ¥200 (RM6) dikenakan untuk pelawat dewasa memasuki muzium Toro Iseki.



















All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Thursday 21 May 2015

Osaka's Kitchen : Bebola Sotong Takoyaki.



Ini namanya bebola sotong Takoyaki. Ianya dibuat dengan menggunakan hirisan sotong kurita, tepung, mayonaise, halia, telur, sayur serta bawang. Rasanya lebih sedap dari keropok berperisa sotong dan mana mana makanan berunsur sotong yang terdapat di pasaran. Pendek kata, kesedapannya boleh membuatkan anda menjilat pinggan!!

Harganya lebih kurang ¥500 ataupun RM15 untuk satu bungkus ( 8 biji). Tetapi harga Takoyaki ini agak lebih mahal di sekitar bandaraya Osaka terutama sekali di Namba kerana kononnya kualiti masakan disini lebih baik dan banyak selebriti Jepun datang ke sini
untuk menjamu selera. So, kita pun di charge pada harga selebriti juga laa.. 




All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

 
 
 

Wednesday 20 May 2015

Fall Colors : Shhh...Can You Hear The Whispers Of Autumn Wind.

Left another 5 months......Tik,tok,tik,tok.....
Walaupun bulan Oktober nanti bukanlah peak untuk musim luruh di Kyoto tetapi saya tahu tempat-tempat "rahsia" untuk mencari dedaun kuning pepohon Ginkgo dan Momiji itu nanti. Apa-apa pun, peluang untuk ke pesta Jidai Matsuri dan Kurama No Hi-Matsuri  juga tidak harus dilepaskan kerana telah tujuh tahun saya missed kedua-dua acara besar Kyoto tersebut. 

By the way, ini adalah gambar musim luruh sewaktu musim "sejuk" di Nagoya tempoh hari...Ramai yang melahirkan rasa tidak percaya kepada saya kerana musim luruh selalunya berakhir pada bulan November di Jepun. 
Haha !













Tuesday 19 May 2015

Kyoto Travelogue: Kuasa Mistik Daruma だるま.




Patung comel ini dikenali sebagai Daruma. Selalunya, ia berwarna merah dan banyak dijual di kedai-kedai hiasan dan cenderahati di Kyoto, Jepun. Dikatakan daruma ini adalah azimat ajaib dan ramai yang percaya ianya boleh mendatangkan rezeki dan mampu memenuhi segala impian seseorang. Oleh kerana daruma ini cukup popular, ianya selalu dibeli dan dihadiahkan sebagai cenderahati kepada rakan-rakan ataupun sanak-saudara sebagai simbol "good luck" ataupun "motivasi" kepada mereka..





Sepanjang pengetahuan saya, tiada sebarang jampi serapah ataupun mentera digunakan sewaktu mereka berdoa untuk sesuatu dihadapan daruma ini. Apa yang selalu mereka lakukan hanyalah melukis bebola mata daruma pada sebelah bahagian sahaja dan sebahagian lagi dibiarkan kosong. Mengikut lagenda, ianya sebagai motivasi kepada daruma untuk memperkenankan segala hajat kita. Sebelah mata lagi hanya akan dilukis sekiranya kita mendapat apa yang kita hajati dan ianya juga dikira sebagai hadiah kepada daruma untuk melihat kejayaan tersebut.

Pelik ? Memang pelik pun !

By the way, posting hari ini hanyalah sebagai informasi dan ianya bukanlah bertujuan untuk meracuni pemikiran untuk mempercayai perkara syirik ataupun memesongkan akidah pembaca. Saya percaya patung daruma ini tidak mempunyai kuasa mistik ataupun magik apatah lagi kuasa untuk memenuhi segala hajat seseorang. Apa yang baik itu hanya datang dari Allal swt jua.



All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Monday 18 May 2015

Jiu Roku Zakura 十六桜 : Kasihnya Hingga Bercerai Nyawa Dengan Badan.

Saya pernah terbaca satu cerita pelik tentang sepohon pokok sakura tua yang terletak di Wakegori (Wilayah Ehime) yang diberi nama " Jiu Roku Zakura" ataupun "pohon sakura hari ke enam belas". Ada pun cerita rakyat ini cukup terkenal kerana ianya pernah ditulis oleh Lafcadio Hearn dalam buku klasik "Kwaidan" pada tahun 1904, namun cerita ini masih  popular sehingga ke hari ini. 
 
( Sepohon pokok sakura weeping willow berhampiran rumah saya di Uji-shi di Kyoto.Untuk makluman, majority pohon sakura hanya berbunga pada penghujung bulan March dan berakhir pada minggu pertama bulan April )
 

 Diceritakan tentang kisah seorang samurai mempunyai sepohon pokok sakura yang tumbuh mekar dihalaman rumahnya. Kononnya, pohon ini telah mekar semenjak zaman berzaman serta bergenerasi usianya. Mengikut cerita itu lagi, samurai tersebut selalu bermain dibawah pohon sakura ini semasa zaman kecilnya sambil berlari-lari, menulis syair dan memuji akan kecantikan pohon tersebut dikala musim bunga. Hari berganti hari,bulan berganti bulan,tahun berganti tahun dan samurai tersebut terus hidup lalu menjadi tua. Oleh kerana usianya yang terlalu tua, maka tiada siapa lagi yang tinggal bersamanya kerana kesemua anak-anak serta isterinya telah lama mati lalu tinggallah beliau bersama pohon sakura tersebut. Pada satu hari dalam musim panas sewaktu beliau keluar ke halaman rumah, beliau mendapati yang pohon tersebut telah layu dan hampir mati lalu timbulah perasaan sedih yang amat sangat dalam diri beliau.

Menyedari akan kesedihan beliau, pelbagai cara telah dilakukan oleh jiran-jiran untuk menghiburkan samurai tua tersebut termasuklah menanam semula anak-anak pohon sakura yang baru dengan harapan beliau akan kembali gembira.Walaupun beliau berterima kasih dan berpura-pura gembira atas segala usaha yang telah dilakukan, namun hatinya tetap sedih kerana beliau masih tidak dapat menerima kenyataan pohon sakura yang amat disayanginya itu akan mati.

Akhirnya datanglah kepadanya satu idea bagaimana untuk menghidupkan semula pohon sakura tersebut. Pada satu hari keenam belas bulan pertama (Januari?), beliau keluar semula kehalaman rumahnya lalu duduk bersujud menyembah kepada pohon sakura yang layu itu. Beliau merayu dan memohon agar pohon tersebut untuk mekar sekali lagi. Beliau juga bersumpah sanggup bertukar nyawa agar pohon tersebut hidup semula lalu beliau menawarkan nyawanya sebagai tukar ganti. Beliau kemudiannya menghamparkan kain putih lalu duduk diatasnya sambil menyempurnakan upacara "Seppuku" ataupun "harakiri" iaitu ritual bunuh diri bagi golongan samurai. Beberapa ketika selepas beliau membunuh diri, pohon sakura tersebut berkembang semula dan bunga-bunganya mula keluar melalui ranting walaupun hari tersebut adalah hari ke enam belas musim sejuk pada bulan yang pertama. Dipercayai roh samurai tersebut telah memasuki kedalam pohon sakura itu dan setiap tahun ia masih mekar pada hari ke enam belas bulan pertama walaupun ketika musim salji.

 *********


Naomi dan Erika dibawah rimbunan pohon sakura berhampiran pintu utama Heian Shrine di Kyoto. Setiap kali saya ternampak pepohon sakura sebegini mekar pada malam yang sejuk, cerita "Jiu Roku Zakura" akan berlegar-legar didalam kotak pemikiran saya.
Seram tetapi menyedihkan.






All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Saturday 16 May 2015

Cerita Asakusa, Tokyo Sky Tree Dan CGPA 3.85 !

Saya merayau-rayau sekitar Asakusa dan Tokyo Sky Tree sementara menunggu sistem keretapi bawah tanah pulih semula. Mungkin atas masalah teknikal, pihak berkenaan memberitahu yang mereka terpaksa mengambil masa beberapa jam untuk dibaiki.
Selain tidak berhenti-henti memohon maaf , timbul pula rasa kasihan apabila melihat 2 staff kaunter tiket serta uncle-uncle pengawal keselamatan terbongkok-bongkok memohon maaf kepada penumpang atas segala kesulitan tersebut. Memang respect to them !
 
Saya yakin perkara sebegini tidak ada ditempat kita. Kalau ada pun, bukannya permohonan maaf yang kita dapat tapi kena maki lagi ada la..Silap-silap siap kita pula diajak berlawan tumbuk ! Adeh !
 
----------------------
 
Sekadar berkongsi pengalaman. Setelah lebih 7 tahun saya berulang-alik ke Jepun, saya mendapati sistem pembelajaran Jepun tidak memaksa kanak-kanak yang berumur  6-12 tahun untuk melalui proses peperiksaan tahunan atau sebarang ujian membezakan antara siapa cerdik atau tidak. Apa yang diutamakan atau diajar guru adalah adab serta tatasusila dalam menjalani kehidupan seharian. Oh Ya! Saya juga diberitahu yang CGPA para menterinya bukanlah hebat ataupun pada rating 3.85 seperti pembesar-pembesar kita tetapi persoalannya mengapa mereka lebih cemerlang dan beradap daripada kita ?    
 
 




 
 






All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Friday 15 May 2015

Nagoya : 素晴らしい紅葉でした Amazing Fall Colors..

Sit back, relax and enjoy.
Nagoya : 素晴らしい紅葉でした, Amazing fall colors.















All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.