Saturday, January 28, 2012

Sehari Di Pasar Fukui !

Tidak sanggup saya bangun sebegitu awal semata-mata untuk berdiri dan beratur bagi mendapatkan pas masuk Pasar Tsujiki -pasar paling sibuk di Tokyo dan juga di dunia. Untuk makluman, pengunjung yang berhasrat untuk masuk ke dalam Pasar Tsujiki dikehendaki memohon pas lawatan masuk di Osakana Fukyu Center berhampiran Kachidoki Gate seawal jam 5 pagi ! (first-come, first-serve basis!). Oleh kerana maksimum pengunjung yang dibenarkan masuk hanya seramai 120 orang untuk satu hari, maka anda perlu berada di Pasar tersebut seawal pukul 4 pagi untuk berpeluang masuk bagi menyaksikan pelelong melolong menjual ikan tuna di situ.  

Saya akhirnya membatalkan niat tersebut dan sebaliknya mengambil peluang melawat Pasar basah di wilayah Fukui.Ternyata, segala cerita tentang betapa mahalnya hasil laut di Jepun bukan perkara gurauan! Bayangkan, harga sotong untuk sekilo adalah hampir RM40.00 !

Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang saya ambil disana buat tatapan kita semua.


Udang. Cantik dan comel.Harga? RM40.00 ! 


Ikan Merah.Berjujuran air liur terkenangkan masakan sweet & sour Naomi menggunakan ikan ini. Harga? RM88.00 !! 


Ikan Sebelah ! Walaupun "sebelah", harganya tetap penuh - RM25.00!


Udang lagi. Mungkin gred yang ini agak baik sedikit,maka harganya juga naik sedikit - RM60.00!


Sotong kurita. Sihat dan masih hidup. RM30.00! 


Lagi ikan merah. RM65.00 !


Saya kurang pasti tentang spesis ikan "pink" ini.Walaupun rupa bentuknya hampir sama dengan ikan kerisi bali, namun rasa isi ikan ini agak berlainan. Harganya pula hampir mencecah RM80.00!


Ikan salai ini dijual pada harga RM20.00. Namun, perut saya tidak dapat menerimanya masuk kerana bau asap yang terlalu kuat pada ikan-ikan tersebut !  


 Kalau ada peniaga yang berani menjual sotong pada harga RM48.00 sekilo sebegini di Pulau Langkawi, nescaya beliau akan dibelasah teruk oleh penduduk kampung!   


Tenggiri ini juga dijual pada harga hampir RM80.00 untuk sekilo.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.