Soalan : Benarkah pertarungan antara Musashi Miyamoto dan Sasaki Kojiro benar benar berlaku ? Lagenda tertulis kononnya Musashi Miyamoto tidak pernah kalah dalam apa jua pertarungan tetapi sejarah membuktikan sebaliknya. Saya pernah terbaca kisah perang Sekigahara pada tahun 1600 di mana tentera Toyotomi dan Tokugawa bertempur di dataran Shiga.Di dalam peperangan tersebut, Musashi yang menyebelahi pasukan Toyotomi Hideyoshi dikatakan telah tewas teruk. Beliau yang menjadi buruan akhirnya berjaya melarikan diri dari medan perang ke Gunung Hiko bagi menghabiskan masa mempelajari teknik permainan pedang.
Anda boleh membaca cerita penuh tentang kehebatan Musashi Miyamoto di dalam buku seni pedang karangan beliau sendiri iaitu The Book of Five Rings (五輪書 Go Rin No Sho).
Dek kerana terbawa bawa dengan kisah duel Musashi Miyamoto dan Sasaki Kojiro, saya akhirnya bertekad untuk ke Kyoto's Toei Uzumasa Eigamura untuk menyaksikan sendiri beberapa babak pertarungan pedang oleh aktor-aktor studio tersebut. Ternyata, aksi mereka cukup hebat dan mantap !
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you
All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.