Thursday, 5 January 2012

Fenomena Hiromi Kashiki. Siapakah Beliau ?

Curvy Dancing adalah kegilaan terbaru wanita Jepun sejak kebelakangan ini. Sindrom senamrobik ini bukan saja menular ke seluruh pelusuk Jepun malah merebak ke dalam rumah penulis juga!

DVD senam robik yang diilhamkan oleh personal trainer Hiromi Kashiki ini dikatakan terjual hampir 2 juta keping dan angka tersebut meningkat dari hari demi hari. Anda ingin tahu kenapa DVD beliau cukup popular? Lihatlah sendiri pada foto-foto beliau yang terpapar di dada majalah dan akhbar.Pada usia 48 tahun, beliau masih mempunyai susuk badan yang tidak mampu ditandingi oleh mana mana wanita lain seusia dirinya. Oleh kerana keistimewaan tersebut, populariti beliau terus melonjak naik dan nama beliau mula menjadi sebutan di kalangan wanita wanita di Jepun.Mengikut ulasan pembeli DVD Curvy Dancing, majoriti mereka cukup tertarik dengan DVD ini kerana pergerakan senaman Curvy Dancing Hiromi yang amat mudah selain daripada ianya juga menampilkan model-model yang menarik dan cantik.

Secara peribadi, DVD Hiromi Kashiki adalah cukup menakjubkan ! Ini terbukti kerana isteri saya sendiri , Naomi berjaya menurunkan 8 kilo berat badan beliau hanya dalam jangka masa 2 bulan selepas mengikuti 2 edisi DVD tersebut !    

Untuk anda, tunggu apa lagi ???


Kashiki-Shiki Curvy Dance de Soku Yaseru ! Ianya terbukti berkesan untuk anda yang agak malas melakukan senaman extreme.


Harga DVD yang diimport dari Jepun ini agak berpatutan kerana ianya agak sukar diperolehi di Malaysia. 


Oleh kerana pergerakan senaman Hiromi yang agak mudah serta dibarisi model model yang comel, saya percaya suami anda juga akan terpaut pada kaca televisyen dalam usaha beliau untuk menurunkan berat badan !! 


Hiromi Kashiki - 48 tahun.
(Imej kredit kepada www.bigdaikon.com)






Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you