Friday, January 29, 2016

Minatoya Yurei Kosadate-ame Honpo: Kedai Hantu Kyoto !

Masihkah anda ingat cerita saya tempoh hari tentang wanita misteri di luar kedai ? Cerita tentang roh ibu yang keluar dari kubur mencari makanan untuk anaknya yang lapar dan baru lahir di dalam kubur. Anda ingat lagi bagaimana Sohei membantunya?

Masya allah..

Bermacam-macam perasaan yang datang selepas saya mendengar cerita ini buat pertama kali dahulu. Ada perasaan sedih, gembira, pelik, seram dan macam-macam lagilah. Bagi saya, walaupun cerita ini telah berlaku pada 400 tahun yang lalu dan saya juga sudah beratus-ratus kali mendengarnya namun saya masih tidak lagi jemu-jemu untuk mengetahui kisah sebenarnya dengan lebih terperinci.



Oleh yang sedemikian, saya mengambil keputusan untuk datang ke kedai Minatoya Yurei bagi mendengar sendiri penjelasan daripada tuan kedai yang sentiasa happy menerima pelanggan-pelanggannya.Walaupun beliau akar sukar bertutur dalam bahasa inggeris, tetapi beliau faham apa yang kita cuba sampaikan. Bagi saya, beliau seorang wanita yang peramah dan saya cukup teruja sewaktu mendengar semula cerita sejarah kedai tersebut yang dialih bahasa oleh isteri saya, Naomi.




Untuk makluman, kedai Minatoya Yurei Kosadate-ame atau kedai hantu ini terletak di Higashiyama, Kyoto. Kedai ini di buka setiap hari dan waktu urusan perniagaannya bermula dari jam 10 pagi hinggalah jam 4 petang (tutup hari Isnin). Apa yang menarik tentang kedai ini pula ialah ianya hanya menjual manisan semenjak 400 tahun yang lalu dan tiada sebarang items lain yang diniagakan. Lebih menarik lagi, kedai ini mempunyai pengunjung-pengunjungnya yang tersendiri dan majoritinya sudah tentulah orang-orang seperti saya yang sukakan cerita-cerita folklore, lagenda, sejarah dan juga hantu!




Namun begitu, terdapat juga pelancong-pelancong eropah yang datang ke sini tempoh hari dan apabila ditanya macam mana mereka tahu tentang kedai ini, mereka menjawab yang mereka tahu selepas membacanya menerusi internet dan mereka juga ingin mendapat kepastian adakah betul manisan yang dijual itu so good sampai it’ll raise the dead !!!!
 Fuuuhhh!!!


By the way, manisan ini hanya dibuat dengan menggunakan gula dan syrup. Rasanya pun bukanlah sehebat mana. Tetapi segala legend yang menyelubungi kedai ini dan impact ceritanya betul-betul membuatkan manisan ini harus dibeli sebagai souvenirs.
Rugi kalau tak beli ! 


Cerita tersebut juga telah diolah semula ke dalam bahasa inggeris memandangkan banyak pelancong luar yang mula datang ke kedai ini.


RM20 untuk satu bungkusan.




 Katanya, filem animasi Ge,ge,ge No Kitaro juga mendapat inspirasi dari cerita sebenar di kedai ini.

All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.

Thursday, January 28, 2016

Jurnal Nagasaki : Mana Lebih Ngeri, Kuchisake-Onna Atau Mangsa Bom Atom?



Saya sampai ke bandar Nagasaki agak awal pada pagi tersebut. Kalau hendak dibandingkan suasana bandar Nagasaki dengan bandar-bandar lain di Jepun, memang terdapat sedikit perbezaan. Di sini, pengaruh Portugis, Belanda dan China memang betul-betul obvious dan jelas kelihatan terutama sekali pada kawasan sekeliling dan juga makanan- makanan yang dijual di tepi jalan. Saya juga mendapati keadaan suhu di sini agak panas pada hari tersebut walaupun Jepun sudah memasuki fasa pertukaran musim luruh ke musim sejuk.






By the way, kalau sebut tentang Nagasaki, urband legend tentang kisah Kuchisake-onna iaitu hantu wanita yang ditoreh muka oleh suaminya memang kerap muncul di dalam kepala. Cerita ngeri yang pernah menjadi bualan hangat pada tahun 1979 ini memang cukup menakutkan selepas bebarapa siri laporan diterima oleh pihak Polis di Jepun.Dikatakan Kuchisake-onna yang selalu memakai topeng pembedahan (surgical mask) kerap muncul di bandar Nagasaki terutama sekali pada kawasan-kawasan berhampiran sekolah. Kononnya, Kuchisake-onna gemar menegur sambil meminta kanak-kanak sekolah untuk berterus-terang sama ada beliau cantik ataupun tidak


Menurut cerita lagi, jika kanak-kanak tersebut berkata "ya" ataupun "tidak", Kuchisake-onna akan membuka topeng yang dipakainya sambil mendedahkan mulutnya yang telah ditoreh dari telinga ke telinga lalu bertanyakan soalan lagi. Sekiranya mereka masih menjawab "ya" ataupun "tidak", beliau akan memotong mulut mereka lalu membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi sama seperti beliau. Dikatakan cara terbaik untuk menyelamatkan diri anda dengan Kuchisake-onna adalah dengan menukar tajuk perbualan anda sesuatu yang tidak bersangkut paut dengan wajah dirinya.




Mengikut cerita isteri saya pula, dia tidak percaya akan wujudnya hantu Kuchisake-onna sebaliknya ianya adalah kerja gila wanita psycho ataupun wanita yang hilang akal akibat  terlalu stress bekerja ataupun kerap di dera suami. Hahahaha...Okay, kita lupakan sejenak tentang kisah hantu Kuchisake-onna dan saya ceritakan sedikit tentang kisah pengeboman Nagasaki. 

Bagi adik-adik yang masih bersekolah, sudah tentulah cerita tentang pengeboman Hiroshima dan juga Nagasaki masih segar di ingatan kerana topik ini terdapat di dalam buku-buku teks terutama sekali dalam mata pelajaran Sejarah. Kepada anda yang sudah terlupa, saya akan huraikan sedikit tentang serangan ngeri tersebut secara ringkas agar kita faham akan bahaya peperangan.     



Pada 9hb Ogos 1945, jam 9:44 pagi ,"Bockscar" sebuah pesawat pengebom jarak jauh B-29 Superfortress milik tentera udara Amerika membawa "Fat Man", iaitu sebiji bom atom yang ketiga pernah dilihat dunia tiba pada sasaran utamanya, bandar Kokura, Jepun. Namun begitu, sesuatu yang tidak dijangka berlaku di mana bandar Kokura telah hilang daripada pandangan juruterbang akibat jerebu dan asap tebal dan operasi pengeboman amat sukar untuk dijalankan.  Dikatakan Bandar Kokura amat sukar dilihat dari udara kerana asap-asap tebal tersebut muncul akibat serangan dan juga pengeboman terdahulu pihak Amerika di bandar-bandar berdekatan.

Beberapa minit kemudian, "Bockscar" kemudiannya bertukar haluan lalu menuju ke sasaran keduanya iaitu Nagasaki. Pada jam 11:02, bom atom "Fat Man" digugurkan di Nagasaki dan bahang panas yang melampau akibat daripada letupan tersebut telah membunuh hampir 75,000 penduduk di situ serta merta. 




Oh ya! Sekiranya anda datang ke Nagasaki, jangan lupa melawat ke Nagasaki Peace Park serta muzium berdekatan kerana kesan daripada pengeboman tersebut masih terdapat di sini. 








































 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Wednesday, January 27, 2016

OMG! Makan Sotong Mentah Untuk Panjangkan Umur ?


Sotong mentah?
 
Sashimi?
 
Betul ke makan makanan mentah begini boleh panjangkan umur ? Apa-apa pun, this must be the most delicious food ever created by man or nature!
 
Kami sekeluarga menikmati makan malam yang sangat sedap di Yumehana, sebuah restoran tradisional di Hakata, Fukuoka. Walaupun saban tahun saya selalu berulang-alik ke Jepun, saya merasa agak ganjil kerana terlepas pandang atau langsung tidak pernah mendengar tentang restoran Yumehana yang cukup hebat dalam menyediakan menu-menu khusus makanan tradisi wilayah Fukuoka ini.
 
 
 
 
 
 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Sunday, January 24, 2016

Isterinya Seorang Samurai.......

Semasa saya di Kagoshima tempoh hari, Naomi betul- betul sudah tidak sabar untuk mencuba serta bergambar dengan pakaian perisai ataupun O-Yoroi milik keluarga Shimazu yang dipamerkan di Chiran Tourism Office.



Keluarga Shimazu ataupun Shimazu clan yang mula bertapak di Jepun pada ratusan tahun yang lalu pernah menjadi kuasa besar di Kyushu malah founder keluarga ini iaitu Shimzu Tadahisa adalaha anak kepada Minamoto No Yoritomo iaitu Shogun pertama pada era zaman Kamakura. Selain daripada mempunyai rangkaian samurai yang terbilang, gadis-gadis Shimazu juga cukup terkenal dalam ilmu bermain pedang, memanah serta menggunakan senapang lantak.  



 Naomi, walaupun tiada sebarang kaitan blood line dengan keluarga Shimazu, bagi saya dia tetap wanita hebat.Sama hebatnya dengan Hojo Masako ataupun Tomoe Gozen. Walaupun tidak memiliki ketangkasan untuk berlawan pedang atau memanah, ketangkasan Naomi yang selalu bangun awal untuk membersihkan rumah serta menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah sudah cukup hebat buat saya. Belum pernah sekalipun beliau terbabas dalam menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada anak-anak
  

Dan Naomi juga nampak begitu hebat sewaktu bergambar bersama O-Yoroi Shimazu ini.
 



 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Saturday, January 23, 2016

Kyoto Sanzen-in : It's Amazing And Defies All Explanation.....

  

Welcome to Sanzen-in,Kyoto. It's amazing and defies all explanation.....
Did I ever tell you how much I love these moss covered Jizos?










All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com.
All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.

Friday, January 22, 2016

Percaya Atau Tidak : Buah Melon Jepun Lebih Mahal Dari Harga Kereta?

Semahal mana sekalipun harga buah durian musang king ataupun mempelam harum manis, mahal lagi buah melon eksotik Jepun ini. Sebagai contoh, gambar yang saya ambil sewaktu saya berada di Kyoto ini berharga lebih kurang RM200.00 untuk sebiji dan ianya agak murah jika hendak dibandingkan dengan harga Yubari King melon yang pernah dijual dengan harga RM73,000 pada satu lelongan umum di Sapporo beberapa tahun yang lalu.

Perkhh ! Hampir sama dengan harga sebiji kereta tuuuu!


Thursday, January 21, 2016

Jurnal Shimonoseki : Di Kunjungi Jembalang Heike Pada Waktu Malam

Setelah puas bercakap tentang ikan fugu, kini saya uraikan sedikit tentang cerita-cerita mistik dan sejarah bandar Shimonoseki. Walaupun sebahagian daripada cerita-cerita saya ini agak sukar untuk diterima akal, saya biarkan pembaca sendiri untuk menilainya. Apa yang pasti, cerita-cerita saya di Shimonoseki ini banyak yang berunsurkan folklore, sejarah dan selebihnya adalah fakta tetapi bukannya auta.

Kepada anda yang pernah datang ke Shimonoseki, anda tentu pernah mendengar tentang cerita tentang jelmaan ratusan bebola api yang tiba-tiba muncul dan terapung-apung pada langit malam di persisiran laut Shimonoseki. Ramai penduduk tempatan percaya ianya adalah jelmaan roh-roh pahlawan Taira (ataupun Heike clan) yang terbunuh semasa Dan-no-ura no tatakai ataupun peperangan Dan-no-ura. Mengikut cakap-cakap mereka lagi, roh-roh api ini kononnya muncul sebagai peringatan yang mereka sebenarnya masih wujud dan menguasai perairan lautan tersebut. 


Naomi bersama monumen ikan fugu berhampiran Minosusogawa Park.



Namun begitu, misteri bebola api ini akhirnya telah terjawab pada tahun lepas selepas banyak blog-blog tempatan serta laporan suratkhabar Jepun telah mendedahkan yang ia sebenarnya bukanlah roh-roh hantu sebaliknya hanyalah fenomena "pillar light". 
 
Pillar light ini adalah kejadian alam yang terjadi akibat pantulan cahaya daripada lampu-lampu bot nelayan di permukaan lautan yang telah diserap naik lalu terpantul kepada serpihan kristal-kristal ais kecil yang berterbangan dilangit malam. Suasana sebegini selalunya terjadi pada malam yang suhunya merudum jatuh ke paras beku dan di Jepun ianya ini dikenali sebagai "isaribi kouchu" ataupun "pantulan tiang lampu ikan". Anda boleh melihat gambar-gambar kejadian pelik tersebut di tulisan saya yang terdahulu di sini. 
 




Akama Shrine ini terletak betul-betul di tepi jalan dan bertentangan dengan Minosusogawa Park. Ianya dibina sempena memperingati Emperor Antoku yang terbunuh semasa peperangan Dan-no-ura. Ianya cukup mudah untuk dicari malah tiada alasan untuk anda tidak datang ke sini kerana tanah perkuburan pahlawan Taira dan pondok kecil yang menempatkan patung Hoichi juga berada disini. 

Hoichi? Siapa tu? Nanti saya ceritakan......





Ini pula ialah Nanamori-zuka ataupun tanah perkuburan pahlawan Taira. Saya rasa ianya sudah berusia hampir seribu tahun. Ada sedikit perasaan gementar dan seram sejuk sewaktu saya berjalan bersendirian ke sini. Mungkin beginilah agaknya tempat si Hoichi selalu dibawa datang oleh jembalang Heike untuk bermain biwa. Apa yang pasti, terdapat kisah yang mengatakan Hoichi selalu dijemput keluar pada waktu malam untuk menghiburkan sekumpulan pahlawan-pahlawan Taira walaupun sebenarnya beliau hanyalah dibawa ke kawasan tanah perkuburan yang sunyi.
Ishhhh...Seram juga ni.
 


 Heikegani ataupun ketam Heike (Heike Crab).
Cuba perhatikan betul-betul bentuk perut ketam tersebut. Terdapat seperti jelmaan wajah muka pahlawan Taira yang bengis dan marah. Ada yang berpendapat ketam-ketam ini adalah jelmaan pahlawan-pahlawan Taira yang mati sewaktu pertempuran Dan-no-ura yang mana maharaja mereka, Antoku (Emperor Jepun yang ke-81) yang pada waktu tersebut baru berusia 6 tahun juga turut terbunuh bersama neneknya Nii no Ama.


Hoichi, si buta yang serba miskin dan hanya mampu tinggal di kuil Amidaji atas belas ehsan pendita buddha.Walaupun buta dan miskin, Hoichi dikatakan memiliki kebolehan yang cukup hebat serta luar biasa. Mengikut cerita lama, petikan Biwa (sejenis alatan muzik seperti gitar) yang dimainkan oleh Hoichi boleh menyebabkan roh-roh orang yang telah mati bersedih lalu menangis apabila mendengarnya. Beberapa perenggan dalam buku Kwaidan: Stories and Studies of Strange Things ada menjelaskan tentang peristiwa di mana Hoichi pernah beberapa kali diganggu jembalang Heike malah kerap dibawa keluar dari kuil tempat tinggalnya semata-mata untuk bermain biwa.



Untuk mengelakkan gangguan jembalang yang selalu datang menjemput Hoichi keluar pada waktu malam, sami-sami kuil Amidaji telah menyediakan jampi mentera yang khabarnya cukup mujarab untuk Hoichi. Habis seluruh tubuh Hoichi di tulis dengan jampi mentera ataupun buddhist sutra tersebut - bermula dari hari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. 

Namun begitu, tanpa disedari oleh para sami-sami tersebut, mereka sebenarnya telah melakukan kesilapan besar apabila mereka terlupa untuk menulis sutra tersebut pada bahagian telinga Hoichi.


Apabila tengah malam datang menjelma, jembalang Heike tersebut datang semula sambil menyeru-nyeru nama Hoichi untuk keluar namun kali ini Hoichi bertekad untuk mendiamkan diri dalam rumah. Setelah tiada jawapan, jembalang tersebut perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam rumah untuk mencari Hoichi namun tiada sesiapa pun yang jembalang tersebut nampak. Sebenarnya, tulisan-tulisan buddhist sutra tersebut telah menyebabkan Hoichi kelihatan invicible ataupun hilang dari pandangan. Apa yang si jembalang tersebut nampak kemudiannya hanyalah sepasang telinga (kerana bahagian tersebut tidak ditulis dengan mentera) lalu dipotongnya telinga Hoichi dengan pedang dan dibawa pulang.
 

Pada malam seterusnya tiada lagi gangguan-gangguan dari jembalang tersebut. Apa yang tinggal kini hanyalah Hoichi yang menanggung kesakitan sambil menjalani rawatan akibat telinganya yang telah putus dipotong oleh jembalang Heike. Sebab itulah sehingga hari ini kisah ini menjadi cukup terkenal dan ianya dipanggil sebagai "Mimi Nashi Hoichi" ataupun Hoichi yang tidak bertelinga.



Minamoto No Yoshitsune bukanlah calang-calang pahlawan.
Beliau dikatakan pernah berguru dan belajar bermain pedang dengan jembalang Tengu berhidung panjang yang bernama Sojobo di pergunungan Kurama yang terletak di Kyoto semasa kecilnya. Beliau juga merupakan satu-satunya pahlawan yang berjaya menumpaskan Musashibo Benkei, satu lagi pahlawan hebat Jepun sewaktu mereka berdua bertembung berhampiran jambatan Gojo di Kyoto.

Benkei yang khabarnya berlagak seperti samseng jalanan dikatakan selalu mengajak sesiapa saja yang cuba menyeberangi jambatan Gojo untuk berlawan pedang. Dikatakan Benkei sudah mempunyai 999 bilah pedang setelah merampas setiap pedang lawannya apabila beliau memenangi setiap pergaduhan.



Dalam usaha beliau untuk mendapatkan pedang yang ke 1000, beliau tumbang di kaki Yoshitsune. Akibat daripada kekalahan tersebut, Benkei dan Minamoto No Yoshitsune menjadi sahabat baik sehinggalah Benkei terbunuh sewaktu mempertahankan Yoshitsune di medan peperangan Sungai Koromo (Kini wilayah Tohuku). Malah Yoshitsune bersama isteri serta anak gadisnya juga telah membunuh diri sewaktu peristiwa tersebut.  


Ini pula ialah monumen jembalang Tengu yang terletak di Stesen keretapi Kurama, Kyoto (Yang berwarna merah dan bukannya berbaju hitam).Walaupun telah beberapa kali saya ke sana termasuklah pernah merentasi hutan tebal Kurama hingga ke Kibune-jinja, saya belum pernah sekalipun lagi saya berjumpa ataupun mendengar cerita-cerita terbaru tentang penampakkan Sojobo di kawasan pergunungan tersebut. 


Ini ialah tugu memperingati Taira No Tomomori. Walaupun kehebatannya setaraf dengan Minamoto no Yoshitsune tetapi beliau menjalani kehidupan yang cukup berbeza dengan seterunya tersebut. Tomomori yang sebelum ini hampir-hampir memenangi kesemua pertempuran dengan Yoshitsune nyata mati dengan penuh keaiban.



Setelah berjaya memenangi tiga peperangan terdahulu iaitu peperangan Uji,Yahagigawa dan Mizushima, Tomomori telah di kepong dan di asak hebat oleh armada tentera laut Yoshitsune di Selat Kanmon sewaktu peperangan maritim Dan-no-ura. Ribuan tentera-tentera Taira terbunuh akibat serangan tersebut. Menyedari yang beliau telah gagal dan telah kalah teruk, Taira no Tomomori mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan mengikat kaki beliau pada sauh kapalnya lalu melompat terjun ke dasar lautan. Nampak tak bagaimana beliau menanggung sauh kapal pada gambar diatas sebelum dilontar masuk ke dalam lautan?  
 
 
 
 
 All images copyright © 2016 Langkawi Ink.Com. 
 All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Pulau Langkawi : Home Is Where The Heart Is.

One of my favourite place.. A space that raised me, the birth place of my dreams. I really feel connected like I’m part of its puls...