Thursday, February 23, 2017

Bobber Project : Cubaan Cobra Stripe & Double Barrel Pada Vulcan V5?

Untuk makluman, bobber saya telah pun siap dan alhamdulillah saya cukup berpuas hati dengan reka bentuk tersebut. Sebelum saya upload lebih banyak lagi gambar-gambar yang telah siap, saya sertakan disini beberapa keping gambar lagi untuk tatapan umum.
 
 All images copyright © 2017 Langkawi Ink.Com. 

All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Saturday, February 18, 2017

Week 5: Vulcan V5 Yang Hampir Siap.

Insya allah !
Kalau tiada apa-apa halangan, motosikal V5 kustom aya akan siap pada hujung minggu nanti. Selepas sebulan lebih saya tinggalkan di garaj mtosikal "Din Moto", hari ini  dapati pemasangan tayar "white wall" serta cat-cat pada bahagian yang simple telah lengkap sempurna. 
 
Tunggu lah !
 
 All images copyright © 2017 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Saturday, January 28, 2017

Photo Op: "Siberian Tiger" Di Osaka Aquazoo,NIFREL .

Sewaktu saya di Osaka tempoh hari, saya sempat juga melawat Aquazoo, NIFREL yang terletak berhampiran stadium utama pasukan bolasepak J-League Gamba Osaka. Osaka Aquazoo yang terletak di perkarangan Osaka Expo City ini agak mudah untuk dilawati kerana ianya betul-betul terletak bersebelahan stesen keretapi di Expo City.

Untuk makluman, selain daripada terdapatnya model robot GUNDAM yang menjadi tarikan utama untuk pengunjung datang ke sini, Aquazoo juga ada mempamerkan haiwan-haiwan liar yang jarang dapat kita lihat di luar sana seperti harimau Siberia yang cukup "manja" ini.

Anda boleh melayari halaman utama NIFREL sekiranya berminat untuk datang ke sini.

 All images copyright © 2017 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Thursday, January 19, 2017

Projek 2017: Kawasaki Vulcan 500 "Bobber" !

Hampir 2 bulan saya tidak langsung menulis untuk blog gara-gara terlalu sibuk dengan
projek motosikal kostum. Bermula dengan sembang-sembang kosong pada bulan November tahun 2016, saya akhirnya berjaya membeli sebuah motosikal Kawasaki Vulcan 500 untuk "dibedah dan diselongkar" untuk menjadikannya sebagai sebuah motosikal bobber pada awal tahun baru baru ini!

Walaupun cita-cita awal saya adalah untuk mendapatkan sebuah motosikal Yamaha Virago 535, tetapi disebabkan keadaan fizikal motosikal tersebut yang agak kecil serta pendek, saya bertukar arah mendapatkan Vulcan 500 sebagai pengganti.

First Week Of January 2017 

Pada 2hb Januari tahun 2017, motosikal yang telah saya beli di bandar Alor Setar tersebut berjaya dibawa masuk ke Pulau Langkawi dengan menggunakan khidmat Wantas Shipping yang beroperasi di Kuala Kedah. Kadar harga dikenakan juga agak murah serta berpatutan - hanya RM75 untuk perjalanan masuk.

2nd Week Of January 2017

 Selepas 2 minggu menggunakan motosikal tersebut, saya akhirnya mengambil keputusan untuk menghantarnya kepada mekanik untuk transformasi seterusnya. 
   
14th January 2017 

Gambar diatas adalah gambar yang diambil pada minggu lepas selepas sedikit pengubahsuaian berjaya dilakukan. Perhatikan keadaan handle serta fender belakang motosikal selepas ditukar. Proses seterusnya selepas ini pastinya akan melibatkan pengubahsuaian ekzos serta beberapa sisi badan motosikal yang akan dipotong.  

17th January 2017

Beberapa bahagian yang telah diubah-suai. Ini termasuklah bahagian lampu hadapan, tayar belakang yang digantikan dengan tayar white wall serta levers untuk clutch dan brek.
Insya allah, saya akan pos beberapa gambar lain selepas ini.