Saya kembali semula ke Kota Mahsuri untuk mengambil beberapa keping gambar seni bina melayu lama untuk diabadikan di dalam blog saya. Ternyata, saya begitu kagum kerana unsur-unsur binaan tersebut cukup banyak terdapat disini. Bukan itu sahaja, saya juga mendapati banyak alatan tradisional yang saya sangka sudah hilang ditelan zaman rupanya masih ada dipamerkan.
Rumah melayu dahulu kala. Perhatikan *"Para" ataupun *"Pangkin" (Kata orang utara ) yang terdapat di bawah rumah tersebut. Gambar ini juga mengingatkan saya pada Kak Limah yang merenung jauh disisi tingkap dalam filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah"
(*Pelantar kayu).
Dedaun tingkap yang diperbuat daripada kayu ini masih banyak terdapat di kawasan perkampungan di Pulau Langkawi. Seni ukiran melayu juga jelas kelihatan pada dedaun tingkap seperti tertera pada gambar di atas.
Jeriji rumah yang diperbuat daripada ukiran kayu.
Lagi ukiran kayu yang memukau. Hasil kerja tangan yang teliti sebegini cukup sukar dijumpai pada zaman sekarang.
Apabila melihat dapur kayu tradisional yang uzur ini, fikiran saya terus melayang teringatkan rumah arwah nenek di Alor Setar.
Ini pula alat parut kelapa tradisional yang hampir mustahil untuk dijumpai pada zaman sekarang. Arwah emak pernah mengajar saya supaya duduk mengiring di atas parut kelapa ini agar nampak sopan ketika memarut kelapa. Orang utara panggil alat ini sebagai "Kukoq Nyoq".
......Tetapi Erika pula suka duduk sebegini !
Buaian ataupun "Nduy". Saya rasa saya pernah tidur didalamnya sewaktu saya bayi dulu...
Perigi merupakan sumber air yang paling penting selain sungai ataupun tasik sewaktu zaman saya tinggal di kampung dahulu. Walau bagaimanapun, perigi tersebut tidaklah secantik perigi Mahsuri ini.
Ini adalah bunga kantan sejenis tumbuhan ulaman dan selalunya digunakan ketika membuat kuah laksa ataupun nasi kerabu. Kadang kadang, ianya digunakan juga untuk menghias masakan melayu dan sebagainya.
"Jika benar beta Raja yang berdaulat, beta haramkan seluruh anak Bentan dan seluruh keturunannya memijak bumi Kota Tinggi, jika diingkar arahan, beta sumpah muntah darah hingga putuslah nyawa !"
Percayakah anda tentang ungkapan diatas adalah kisah disebabkan buah nangka ?
Masih tidak percaya ? Cuba anda baca tentang kisah lagenda melayu Sultan Mahmud mangkat dijulang.
Alfatihah buat Mahsuri ! Moga rohnya dicucuri rahmat.
Cerita duka Pulau Lagenda.
All images copyright ©Langkawi Ink.Com. All rights reserved.
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.