Friday 3 February 2012

Enter The Ninja: Saya, Ninja & Hollywood !



Terkejut orang tua saya dahulu apabila saya mengumumkan yang apabila besar nanti saya ingin menjadi seorang ninja! Mungkin kerana masih tidak cukup akal kerana baru berusia 7 tahun ataupun saya mungkin sudah terpengaruh dengan gaya seni permainan senjata seperti kurasigama, bo shuriken dan chigriki oleh aktor Sho Kosugi dalam kesemua filem Hollywood beliau yang bertemakan ninja awal tahun 80-an dulu.

Ninja ataupun Shinobi dikatakan wujud semenjak kurun ke 12 sewaktu zaman Kamakura dan mencapai kegemilangan pada kurun ke 15. Kumpulan yang dilatih sebagai ejen perisikan ini juga adalah pembunuh upahan yang cukup cekap di dalam menjalankan misi-misi subversif dan sabotaj. Saya pernah terbaca satu artikel menarik sewaktu di Jepun dahulu menceritakan tentang Ishikawa Goemon, seorang ninja hebat yang telah cuba membunuh Oda Nobunaga dengan menitiskan racun ke dalam mulut beliau sewaktu tidur menerusi
bumbung istana !


Sekiranya anda pernah membaca buku Banshensukai karangan Fujibayashi Sabuji, anda akan  mendapati yang buku tersebut mendedahkan segala macam rahsia ninja, strategi dan senjata yang mereka gunakan. Kelebihan buku tersebut adalah ianya ditulis sendiri oleh cucu-cicit Fujibayashi Nagato - Mahaguru Iga Ryu Ninjutsu yang cukup hebat. Namun, cerita cerita tentang kehebatan ninja yang lain seperti kebolehan berjalan di atas air dan boleh bertukar menjadi halimunan adalah karut semata mata akibat dimanipulasikan oleh Hollywood untuk menjual filem.

Percayalah ! Tok guru ninja yang masih hidup di dataran Iga (sekarang Mie Prefecture) sendiri pun akan ketawa besar jika mereka tahu mengenainya...Ceh !   



Sho Kosugi - orang yang bertanggungjawab mendedahkan saya kepada ninja dan statement merepek "bila saya besar, saya nak jadi ninja" terhadap orang tua saya 27 tahun yang lalu :)   



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved