Monday, 19 August 2013

Kujira Tataki ! Katsuo Tataki ! Selamat Datang Ke Kochi !

Kujira Tataki adalah masakan eksotik yang cukup mudah diperolehi  di Wilayah Kochi di Jepun. Hidangan isi ikan paus ini selalunya di jual pada harga RM40-80 sepinggan dan ianya bukanlah sedap seperti yang anda bayangkan - melainkan anda merasakan hidangan daging yang sebegitu liat seolah-olah hirisan getah tayar basikal adalah sesuatu yang sedap !

Oleh kerana ianya tidak sedap dan otak saya pula telah di brainwash akibat terlalu banyak menonton siri Whale Wars di siaran Astro, saya mencuba pula hidangan Katsuo Tataki. Punyalah sedap Katsuo Tataki ini hanya Tuhan saja yang tahu. Tidak rugi rasanya mengembara jauh beratus -ratus kilometer dari Kyoto untuk sampai ke sini semata-mata untuk menikmati kemewahan makanan laut di Kochi. 

Katsuo Tataki ini sebenarnya adalah hirisan isi ikan tuna (skipjack) segar yang diadun bersama cuka dan halia sebelum disalai untuk hidangan. Bagi anda yang ingin mencuba, anda harus datang ke Kepulauan Shikoku ini kerana ianya adalah hidangan utama disini. Oh ya, anda juga akan mendapati yang segala macam produk makanan & masakan disini adalah berasaskan dari ikan tuna !










All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.