Wednesday, 21 August 2013

Detik Tengah Malam: Halau Pontianak Dengan Air Beer !


Malam semakin larut dan malam mula berembun. Anak-anak dan isteri telah hanyut lena dibuai mimpi. Di luar jendela, lolongan anjing liar mula kedengaran bersahut-sahutan disulami dengan suara nyanyian dan rintihan cengkerik. Saya membuka dan menjengah sebentar melihat diluar jendela.Tiada apa-apa yang pelik.Hanya kelihatan bulan separuh purnama yang baru mucul dan tergantung terang pada bingkai langit malam. Deruan angin malam yang menerpa masuk adakalanya membuatkan saya menjadi resah dan juga gelisah.  

***
Teringat cerita si Harry siang tadi - jiran sebelah rumah yang berkerakyatan Jerman tetapi cukup ramah orangnya. Rumah beliau didatangi pontianak lewat malam kelmarin - terserampak duduk diatas kerusi panjang diruang tengah rumah. Katanya lagi, tetamunya yang berambut panjang dan berbaju putih tersebut hanya duduk berdiam diri dan adakalanya menjeling beliau melalui celahan rambut panjangnya yang menghurai kehadapan. 

Harry yang pada mulanya jadi bingung kerana menjangkakan ianya seorang pencuri terus menyapa;


"You mahu minum ini" - sambil menunjukkan satu tin air beer yang berada dihujung jari beliau.




Walaupun beliau agak takut tapi beliau cuba juga untuk memberanikan diri. Kata Harry lagi, makhluk perempuan tersebut kemudiannya berubah menjadi bayang-bayang lalu pudar dan meresap hilang begitu sahaja. Entah betul atau tidak cerita beliau - wallahualam. Tetapi selepas difikir balik, macam cerita Abraham Van Helsing yang terkenal sebagai pembunuh pontianak pula cerita si Harry ni. Bezanya, si Harry hanya menggunakan minuman air tin untuk menghalau pontianak tetapi Abraham Van Helsing pula menggunakan kayu pancang dan pistol berpeluru perak. 

Apa-apa pun, memang ada terdengar jugalah cerita-cerita pelik sebegini di Langkawi semenjak kebelakangan ini. Tetapi apa yang pasti, tiada apa-apa yang boleh terjadi di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA.
  
***

Perlahan-lahan saya tutup semula jendela sambil mengharapkan tiada tetamu yang tidak diundang datang melawat saya pada malam yang dingin sebegini. Minta simpanglah kalau boleh... 

Bukannya takut,  tapi kerana saya tidak pernah simpan minuman air beer didalam rumah  untuk diajak minum sekali !





All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.