Thursday, 26 January 2012

Pertarungan Di Toei Uzumasa Egamura.


Soalan : Benarkah pertarungan antara Musashi Miyamoto dan Sasaki Kojiro benar benar berlaku ? Lagenda tertulis kononnya Musashi Miyamoto tidak pernah kalah dalam apa jua pertarungan tetapi sejarah membuktikan sebaliknya. Saya pernah terbaca kisah perang Sekigahara pada tahun 1600 di mana tentera Toyotomi dan Tokugawa bertempur di dataran Shiga.Di dalam peperangan tersebut, Musashi yang menyebelahi pasukan Toyotomi Hideyoshi dikatakan telah tewas teruk. Beliau yang menjadi buruan akhirnya berjaya melarikan diri dari medan perang ke Gunung Hiko bagi menghabiskan masa mempelajari teknik permainan pedang.

Anda boleh membaca cerita penuh tentang kehebatan Musashi Miyamoto di dalam buku seni pedang karangan beliau sendiri iaitu The Book of Five Rings (五輪書 Go Rin No Sho).

Dek kerana terbawa bawa dengan kisah duel Musashi Miyamoto dan Sasaki Kojiro, saya akhirnya bertekad untuk ke Kyoto's Toei Uzumasa Eigamura untuk menyaksikan sendiri beberapa babak pertarungan pedang oleh aktor-aktor studio tersebut. Ternyata, aksi mereka cukup hebat dan mantap ! 











Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Sunday, 22 January 2012

Cherry Blossom Datang Awal Untuk Naomi !

Cherry Blossom datang awal kali ini untuk Naomi !
Maksud saya kereta idaman Naomi , SUV Cherry Tiggo sudah pun diambil di showroom tengah hari tadi. Bukan main gembira lagi Naomi dan anak anak.Banyak masa yang terluang hari ini dihabiskan dengan bersiar-siar sekeliling pulau bersama kereta baru tersebut.
Terima kasih sekali lagi untuk krew showroom Cherry kerana mengambil masa yang begitu singkat untuk keseluruhan proses pembelian.
.

    Sistem panduan memandu secara automatik dan berkuasa 1971cc adalah cukup sesuai untuk Naomi.   


Impian Naomi untuk memiliki SUV sendiri sudah pun tercapai. Malahan stok warna snow white pilihan juga adalah warna terbaru Cherry di pasaran !


Nana & Erika juga turut tumpang gembira. Maklumlah, kali ini mereka tidak perlu lagi bersesak-sesak di dalam kereta Kancil Naomi seperti sebelum ini. 


Si Panda hitam putih kesukaan Naomi ini akan ke mana juga mengikuti Naomi.
Kalau sebelum ini ianya tergantung menghiasi kereta merah Kancil, kali ini tergantung di  Cherry SUV terbaru Naomi pula !


Spesifikasi SUV Cherry
Engine type : Inline-4, DOHC, 16V
Engine Position: Front
Displacement (cc): 1971
Max. Power (kW/rpm): 102/5750
Max. Torque (Nm/rpm): 182/4300
Bore/Stroke (mm) :83.5 x 90.0
Compression Ratio: 10
Transmission :4 A/T
Fuel :Petrol
Fuel Tank (litre) :57
Fuel Delivery System : EFi





Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Tsuzaki Muraoka No Tsubone in Kameyama Koen, Kyoto.


This bronze statue is of Tsuzaki Muraoka no Tsubone, a court lady in waiting and a member of the imperial loyalists toward the end of th shogunate era.The status was designed in 1928 by Sakatani Ryonosin and the model for casting was crafted by Nakamuta Sanjiro.

Tsubone was on friendly terms with the priest of Gessho, Ugai Kichizaemon of Mito and others, functioning as a contact among loyalists and between loyalists and court nobles.She was particularly supportive in activity by Saigo Takamori (The last samurai) and others.


Tsubone was exiled during the Ansei Purge and retired to Jikishi-an Temple in north Saga, where she educated local children.Although Muraoka-no Tsubone is regarded as heroine of Meiji Restoration in her later years, she was also an amiable mother to the people of Saga.



All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Saturday, 21 January 2012

Kyoto Jurnal: Maruyama Park, Kyoto.

Sudah lebih setahun saya tidak menjejakkan kaki ke Maruyama Park di Kyoto. Kali terakhir saya di sana adalah sewaktu musim panas pada tahun 2010. Namun,saya akan pulang semula ke Kyoto dalam tempoh 45 hari dari sekarang dan saya amat berharap agar kuntuman bunga "ume" mula mekar pada waktu itu nanti.

Untuk pengetahuan, kepulangan pada bulan March nanti agak emosional untuk saya sekeluarga memandangkan ianya adalah ulang tahun pertama "The Great Tohoku Earthquake" - peristiwa Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami pemusnah.Sudahkah anda lupa pada peristiwa 11hb March 2010 di mana gegaran gempa bumi berskala 9.0 richter telah melanda wilayah Sendai serta kejadian ombak tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa ?

Harap harap tiada lagi kejadian sebegini terjadi sewaktu saya di sana nanti....







Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved


Saturday, 14 January 2012

Honda Tadakatsu - Hebat Dan Terbilang.


" Tiada apa pun yang hebat dengan si Tokugawa Ilyasu itu selain daripada mempunyai kobuto (topi perang) yang menarik dan si hulubalang Tadakatsu yang hebat ! "  


- Takeda Shingen, samurai terkemuka Kai 
Ramai yang meminati kisah-kisah samurai terutama sekali cerita mistik dan lagenda mainan pedang serta kemahiran tempur mereka yang maha hebat. Nama-nama samurai tersohor seperti Takeda Shingen,Oda Nobunaga,Toyotomi Hideyoshi, Obu Toramasa,Yamagata Masakage dan Yamamoto Kansuke adalah ikon dan idola di Jepun dan masing-masing mempunyai lagenda dan mitos tersendiri. Namun, ramai antara kita yang terlupa kepada kisah hulubalang Honda Tadakatsu.
Honda Tadakatsu ataupun Honda Heihanchiro (1548-1610) adalah panglima perang pakatan Tokugawa Ilyasu sewaktu zaman medieval Jepun. Kehebatan Honda Tadakatsu memang tiada tolok bandingnya dan beliau adalah salah seorang dari empat panglima perang Shogun Tokugawa yang paling handal selain dari Ii Naomasa, Sakakibara Yasumasa dan Sakai  Tadatsugu. 
Dilahirkan di wilayah Mikawa (sekarang sebahagian daripada wilayah Aichi), beliau pernah terlibat di dalam beberapa perang saudara seperti pertempuran Anegawa, Nagashino, Mikatagahara dan lebih kurang 57 pertempuran besar yang lain.Sejarah juga telah menobatkan Honda Tadakatsu sebagai samurai yang tidak pernah kalah ataupun mengalami sebarang kecederaan sewaktu bertarung di medan peperangan sehinggakan beliau diberi gelaran "pahlawan hebat yang tidak mungkin boleh mati" oleh kesemua musuh beliau. 
Buku-buku lama sejarah Jepun juga pernah menceritakan tentang kehebatan Honda Tadakatsu yang pernah berperang habis-habisan menentang tentera Toyotomi Hideyoshi walaupun ratio tentera beliau hanya 1 berbanding 60 tentera Toyotomi.

Selain itu, lagenda juga pernah menyebut tentang keunikkan tombak milik Honda Tadakatsu yang digelar Tonbo Giri (Tonbo - Pepatung dan Giri - Potong). Tombo Giri hebat ini adalah hasil kerja tangan tukang besi Masazane Fujiwara dikatakan cukup tajam sehinggakan pepatung pernah terbelah dua setelah hinggap di hujung mata tombak tersebut. Tombak Tombo Giri ini juga adalah salah satu daripada 3 tombak pusaka Jepun yang menjadi khazanah negara yang tidak ternilai.(Dua yang lain adalah Nihongo yang kini disimpan di Muzium Fukuoka dan Otegine).

 Otegine yang masih disimpan.

Antara keunikkan Honda Tadakatsu yang lain termasuklah kobuto (topi perang) yang dihiasi tanduk rusa. Kononnya, satu ketika sewaktu beliau hampir lemas di sungai, beliau terpandang seekor rusa yang berjaya berenang merentasi sungai tanpa sebarang masalah. Honda Tadakatsu yang pada ketika itu sedang berpaut pada dahan pokok di tengah sungai kemudiannya meniru gaya renangan rusa tersebut dan akhirnya berjaya menyelamatkan diri. Semenjak daripada peristiwa tersebut,beliau mengabadikan tanduk rusa pada kobuto beliau sebagai tanda terima kasih dan terhutang budi kepada haiwan tersebut. 

Replika yoroi dan kobuto milik Honda Tadakatsu


Namun, ahli pengkaji sejarah percaya yang Honda Tadakatsu memilih tanduk rusa sebagai simbol kobuto adalah lebih kepada ego samurai tersebut dan juga tanda amaran tentang kehadiran beliau kepada musuh-musuh yang lain. 



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

** Images : Credit to Google.













Thursday, 5 January 2012

Fenomena Hiromi Kashiki. Siapakah Beliau ?

Curvy Dancing adalah kegilaan terbaru wanita Jepun sejak kebelakangan ini. Sindrom senamrobik ini bukan saja menular ke seluruh pelusuk Jepun malah merebak ke dalam rumah penulis juga!

DVD senam robik yang diilhamkan oleh personal trainer Hiromi Kashiki ini dikatakan terjual hampir 2 juta keping dan angka tersebut meningkat dari hari demi hari. Anda ingin tahu kenapa DVD beliau cukup popular? Lihatlah sendiri pada foto-foto beliau yang terpapar di dada majalah dan akhbar.Pada usia 48 tahun, beliau masih mempunyai susuk badan yang tidak mampu ditandingi oleh mana mana wanita lain seusia dirinya. Oleh kerana keistimewaan tersebut, populariti beliau terus melonjak naik dan nama beliau mula menjadi sebutan di kalangan wanita wanita di Jepun.Mengikut ulasan pembeli DVD Curvy Dancing, majoriti mereka cukup tertarik dengan DVD ini kerana pergerakan senaman Curvy Dancing Hiromi yang amat mudah selain daripada ianya juga menampilkan model-model yang menarik dan cantik.

Secara peribadi, DVD Hiromi Kashiki adalah cukup menakjubkan ! Ini terbukti kerana isteri saya sendiri , Naomi berjaya menurunkan 8 kilo berat badan beliau hanya dalam jangka masa 2 bulan selepas mengikuti 2 edisi DVD tersebut !    

Untuk anda, tunggu apa lagi ???


Kashiki-Shiki Curvy Dance de Soku Yaseru ! Ianya terbukti berkesan untuk anda yang agak malas melakukan senaman extreme.


Harga DVD yang diimport dari Jepun ini agak berpatutan kerana ianya agak sukar diperolehi di Malaysia. 


Oleh kerana pergerakan senaman Hiromi yang agak mudah serta dibarisi model model yang comel, saya percaya suami anda juga akan terpaut pada kaca televisyen dalam usaha beliau untuk menurunkan berat badan !! 


Hiromi Kashiki - 48 tahun.
(Imej kredit kepada www.bigdaikon.com)






Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





Sunday, 1 January 2012

Selamat Datang 2012, 2011 Dalam Kenangan..........

Pejam celik-pejam celik - dah setahun masa berlalu. Aduhai..cepat betul tahun 2011 lalu meninggalkan kita. Banyak perkara yang terjadi dalam tahun 2011 - sama ada isu sekeliling ataupun peribadi. Kepada yang selalu mengikuti blog saya, terima kasih saya ucapkan dan minta maaf sekiranya terdapat bahasa saya yang kasar ataupun menyentuh perasaan pembaca.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Saudara Awie Omar yang memilih blog saya sebagai Anugerah Extravaganza 2011 - Best Original Photo. Moga moga tahun 2012 ini, saya dapat menulis,berkongsi bersama gambar gambar terbaru dan juga dapat membawa berkat dan rezeki yang lebih untuk kami sekeluarga

Untuk pembukaan tahun 2012 - saya sertakan di sini beberapa keping gambar sambutan tahun baru 2012 yang diadakan di Berjaya Langkawi Resort untuk tatapan semua.  














All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.
 
 
 
 
 
 
 

Monday, 26 December 2011

Merry Christmas And Happy New Year!


I'm so sorry for not writing for so long, but it's been a rough week.
 I will be writing soon...by the way, Merry Christmas & Happy New Year !




Sunday, 18 December 2011

Raynox DCR 250 - Ke Dunia Makro.

Cubaan demi cubaan saya lakukan untuk mendapatkan imej makro yang terbaik. Kalau sebelum ini saya pernah menggunakan teknik reverse lense, kali ini saya mencuba lensa Raynox DCR 250 dipadankan bersama prime lense Vivitar 28-70mm makro pula.
Hasilnya -Hmmmm beberapa keping gambar yang agak kabur dan tidak menepati ramalan awal saya. Ternyata juga, gimik promosi Raynox DCR250 yang berlambak lambak dilaman web adalah cubaan terbaik pihak tersebut untuk terus "menipiskan" poket anda yang dahagakan imej makro yang tajam serta menarik.

Nasihat saya, sekiranya anda betul-betul berminat dengan imej makro, habiskan duit anda kepada lensa makro sebenar seperti Tokina 90mm f2.8 ataupun lensa makro yang sehebat dengannya.Lensa Raynox DCR 250 ini hanyalah sesuai bagi kalangan kita yang baru menceburkan  diri dengan alam makro !








 




All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved


Friday, 16 December 2011

Langkawi Sunset !

 
Honestly, there is no exact science to taking a great silhouette image. All you need that you must be on the right time and at the right place. By the way, I  just took my first shots silhouette style, by accident when I was at Berjaya Resort Langkawi last weekend.

 
**Pahn Thai Restaurant at dawn - Image was taken from room 1101,Berjaya Resort Langkawi with Nikkor 50mm F/1.8G


And there is another two silhouette images from my previous posting.Both of these image evokes a feeling and a mood.  And it captures the moment without the distracting detail.
 

 
 
All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Wednesday, 14 December 2011

Langkawi International Maritime & Aerospace 2011- Part III



Di dalam kesibukan saya menjalankan tugasan harian sewaktu LIMA tempoh hari, dalam diam diam Nana dan Erika keluar juga menghadiri temasya tersebut bersama pak cik kesayangan mereka.

Terkedu saya melihat gambar gambar yang diambil oleh kedua duanya tempoh hari.
Maklumlah, siang malam saya berkerja di dalam tempoh tersebut sehingga masa yang sepatutnya terluang untuk mereka agak terhad....  







All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.