Thursday, 2 February 2012

Gempur Sotong Di Teluk Datai !

Amukan sotong mengabang kembali semula ke Pulau Langkawi. Para pemancing tempatan yang tahu akan lubuk- lubuk tersebut mula bertungkus lumus menyiapkan peralatan dan keperluan yang sepatutnya untuk memburu sotong-sotong tersebut. Kalau sebelum ini mereka hanya sekadar menjebak sotong dengan menjala atau menggunakan sejenis kepingan besi yang berumpankan ikan, kini mereka begitu up-to-date hinggakan ada yang sudah pandai menggunakan jig/gewang Yozuri Oita dan Yamashita Jigs ! Begitu pantas gelombang masa berubah dan sikap pemancing dalam mempelajari ilmu menjinakkan sotong.

Untuk pengetahuan, sotong mengabang yang selalunya berenang pada paras yang rendah dan merapati dasar terumbu  pada waktu siang selalunya akan muncul di permukaan dan aktif memburu makanan pada waktu malam. Ianya mudah dijerat sekiranya anda tahu akan tabiat sotong tersebut dan anda menggunakan peralatan yang sesuai. Sama ada candat sotong ada dibaling-tarik atau dihanyutkan berpelampung, anda boleh menjeratnya tak kira pada waktu siang atau malam. 

Jom !








Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Wednesday, 1 February 2012

Kisah Lama Dan Memori Buah Melaka.........

Saya masih ingat pada satu petang beberapa hari sebelum Aidilfitri puluhan tahun yang lalu ketika arwah emak memecahkan tabung simpanan beliau.Selepas dikira,arwah sebenarnya berjaya menyimpan wang sebanyak lebih RM600 setelah bertungkus lumus menjual buah melaka di sepanjang bulan Ramadhan. Seingat saya, RM600 pada waktu tersebut adalah sama nilai dengan RM3000 pada zaman sekarang memandangkan harga barangan yang cukup murah pada ketika itu.

Sampai ke hari ini, saya masih belum dapat melupakan raut wajah kegembiraan yang terpancar dari wajah arwah emak pada petang tersebut. Arwah memang tidak menjangkakan yang kuih buah melaka yang dijual pada harga 20 sen sebungkus itu (sekarang dah RM1.00) mendapat pulangan yang sebegitu banyak. Arwah akhirnya menggunakan separuh daripada duit simpanan tersebut untuk membeli baju raya untuk kami sekeluarga dan selebihnya sebagai persiapan rumah memandangkan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Kini, setelah hampir 18 tahun arwah emak pergi meninggalkan saya, perasaan teringin untuk membuat kuih buah melaka datang semula. Walaupun saya tidak pernah mencubanya selepas ketiadaan emak, saya masih berkeyakinan untuk menyediakan resipi tersebut kerana ingatan saya yang masih cukup kuat bagaimana lemah-lembutnya tangan arwah emak menguli tepung bersama gula melaka.

Terus terang saya katakan yang penyediaan untuk membuat kuih buah melaka pada hari ini agak emosional walaupun pada awalnya hanya bertujuan untuk hiburan dan mengajar anak-anak untuk rajin ke dapur !!



Bahan utama yang harus ada mestilah tepung pulut.Tepung gandum atau tepung ubi tidak boleh digunakan :)


Jika boleh, dapatkan juga pewarna makanan yang dibenarkan. Saya memilih warna hijau kerana sebelum ini saya tidak pernah melihat buah melaka yang berwarna lain selain hijau. Tetapi, sekarang ni sudah terdapat buah melaka yang berwarna kuning !  


  Gula melaka digunakan sebagai isi kepada buah melaka ( Orang utara panggil gula "Gheqeq" ). Ada sesetengah orang berminat menggunakan isi ubi kayu (?)


Ok ! Langkah pertama.Masukkan tepung pulut tadi bersama pewarna makanan. Campurkan sedikit air garam dan gaul.


Air garam yang dicampur bersama tepung tadi akan menyebabkan campuran tepung bertukar menjadi kehijauan.Teruskan menggaul adunan tersebut sehingga ianya sebati.


Inilah bentuk adunan tepung bersama air garam dan pewarna yang sudah siap.


Ambil adunan tersebut sebesar ibu jari dan gentelkan.Kemudian, masukkan ketulan gula melaka yang dipotong kecil  kedalamnya untuk dijadikan sebagai inti. 


Jerangkan air sehingga mendidih dan masukkan ketulan-ketulan buah melaka tadi ke dalam periuk.Buah melaka yang sudah masak akan timbul dan sejatkan ianya seketika.


Keluarkan buah-buah melaka yang sudah masak tadi dan gaulkan dengan kelapa parut. 


Buah melaka yang sudah siap. Ianya merupakan hidangan yang sesuai disajikan sewaktu minum petang..nyam..nyam ! 




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you
 
 
 
All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved




Tuesday, 31 January 2012

Toei Uzumasa Eigamura - Part III

Ini adalah bahagian ketiga siri Toei Uzumasa Eigamura yang pernah saya tulis di dalam blog ini. Oleh kerana ribuan gambar (seriously) yang di ambil sewaktu di sana, maka tak terdaya saya hendak upload kan kesemuanya di dalam satu episod saja. Oleh sebab itu, saya bahagikan ia kepada tiga siri yang mana ini  adalah siri terakhir tentang lawatan saya ke Kyoto's Toei Uzumasa Studio.

Jika anda masih ingat, introduction Toei Uzumasa Eigamura ini pernah saya tulis pada tahun lepas dan bahagian keduanya pula baru saja saya post kan minggu lepas.Rumusan daripada lawatan ini adalah, Toei bukan hanya sesuai untuk kanak kanak saja.Malah ianya juga sesuai untuk orang dewasa seperti saya yang mana pernah hidup dan mengharungi era zaman kegemilangan Polis Angkasa Gaban, Kamen Rider atau Masked Rider ( Orang melayu panggil Kesatria Baja Hitam), Power Ranger dan lain lain. Saya berani memberi jaminan yang hidup anda akan berubah seketika sewaktu di sini oleh kerana terbayangkan kenangan lampau. Ini kerana 
segala paparan penerangan dan karakter yang dipamerkan di sini cukup mengujakan dan seolah-olah hidup malah ianya membuatkan saya dengan tiba-tiba ingin jadi kanak kanak semula !!  

Beberapa keping gambar diambil untuk kenangan abadi dan khas buat adik adik di luar sana yang selalu percaya kepada kuasa baik akan sentiasa mengatasi kuasa jahat ! :)









For both of my daughters......



Issa X Da Pump: Kamen Rider "THE FIRST"





Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Monday, 30 January 2012

Hello Kitty ! Itu Ini,Begitu Begini.............

Saya banyak kali terserempak dengan Hello Kitty disepanjang perjalanan saya di Jepun. Baik di bandar besar seperti Tokyo dan Osaka hinggalah kampung di pergunungan Nagano.Macam macam saiz dan warna yang saya temui dan tentulah hampir kesemuanya cukup cantik dan comel.

Hello Kitty hasil karya Yuko Shimizu ini betul-betul popular disana hinggakan ianya sudah di anggap sebagai ikon dan budaya bagi negara matahari terbit tersebut. Seperti biasa, beberapa keping gambar diambil untuk dikongsi bersama.


Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 55mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)


Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 55mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm with filter +4 @ 25mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm withfilter + 4 @ 55mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 18mm — 1/5 sec, ISO 400 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 55mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 25mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)



Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 40mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)




Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Takeda Jinja, Yamanashi)




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Saturday, 28 January 2012

Sehari Di Pasar Fukui !

Tidak sanggup saya bangun sebegitu awal semata-mata untuk berdiri dan beratur bagi mendapatkan pas masuk Pasar Tsujiki -pasar paling sibuk di Tokyo dan juga di dunia. Untuk makluman, pengunjung yang berhasrat untuk masuk ke dalam Pasar Tsujiki dikehendaki memohon pas lawatan masuk di Osakana Fukyu Center berhampiran Kachidoki Gate seawal jam 5 pagi ! (first-come, first-serve basis!). Oleh kerana maksimum pengunjung yang dibenarkan masuk hanya seramai 120 orang untuk satu hari, maka anda perlu berada di Pasar tersebut seawal pukul 4 pagi untuk berpeluang masuk bagi menyaksikan pelelong melolong menjual ikan tuna di situ.  

Saya akhirnya membatalkan niat tersebut dan sebaliknya mengambil peluang melawat Pasar basah di wilayah Fukui.Ternyata, segala cerita tentang betapa mahalnya hasil laut di Jepun bukan perkara gurauan! Bayangkan, harga sotong untuk sekilo adalah hampir RM40.00 !

Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang saya ambil disana buat tatapan kita semua.


Udang. Cantik dan comel.Harga? RM40.00 ! 


Ikan Merah.Berjujuran air liur terkenangkan masakan sweet & sour Naomi menggunakan ikan ini. Harga? RM88.00 !! 


Ikan Sebelah ! Walaupun "sebelah", harganya tetap penuh - RM25.00!


Udang lagi. Mungkin gred yang ini agak baik sedikit,maka harganya juga naik sedikit - RM60.00!


Sotong kurita. Sihat dan masih hidup. RM30.00! 


Lagi ikan merah. RM65.00 !


Saya kurang pasti tentang spesis ikan "pink" ini.Walaupun rupa bentuknya hampir sama dengan ikan kerisi bali, namun rasa isi ikan ini agak berlainan. Harganya pula hampir mencecah RM80.00!


Ikan salai ini dijual pada harga RM20.00. Namun, perut saya tidak dapat menerimanya masuk kerana bau asap yang terlalu kuat pada ikan-ikan tersebut !  


 Kalau ada peniaga yang berani menjual sotong pada harga RM48.00 sekilo sebegini di Pulau Langkawi, nescaya beliau akan dibelasah teruk oleh penduduk kampung!   


Tenggiri ini juga dijual pada harga hampir RM80.00 untuk sekilo.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.




Friday, 27 January 2012

Kinkaku-ji : Kuil Zen Bersadur Emas.

Kali pertama saya melihat Kinkaku-ji ataupun Temple of the Golden Pavilion adalah menerusi poskad usang yang ditunjukkan oleh Naomi kepada saya belasan tahun yang lalu. Kuil Buddha yang terletak di bandar Kyoto, Jepun ini cukup tersohor bukan hanya kerana kecantikkan, malah ianya juga adalah kuil unik yang disaluti emas.

Kuil Kinkaku-ji yang dibeli dan diubah suai oleh Shogun Ashikaga Yoshimitsu pada tahun 1397 ini masih berdiri teguh sehingga sekarang walaupun pernah beberapa kali terbakar
ketika perang Onin dan pada tahun 1950.

Untuk pertama kalinya, Naomi membawa saya dan anak-anak melawati sendiri kuil tersebut yang kebetulannya terletak di bandar kelahiran beliau di Jepun. 
Terlopong mulut kami sekeluarga melihat keindahan kuil Kinkaku-ji !! 

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 30mm — 1/250 sec, ISO 200.

Mungkinkah anda pernah melihat gambar kuil Kinkaku-ji ini dijadikan wall paper oleh rakan-rakan sekerja anda pada PC mereka?  

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 55mm — 1/250 sec, ISO 200

Hampir keseluruhan bahagian kuil ini disaduri dengan emas tulen. Oleh yang sedemikian, orang awam tidak dibenarkan sama sekali menghampiri ataupun memasuki kuil tersebut.
Ini bagi mengelakkan masalah kecurian ataupun bahagian kuil yang diumpil keluar oleh pengunjung.   

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 35mm — 1/250 sec, ISO 200

Anda akan diberikan beberapa keping "pendinding" diri selepas membayar tiket masuk. 


Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 18mm — 1/250 sec, ISO 200

Walaupun rumah berhala usang bersebelahan ini tidak disaduri emas, ianya tetap menjadi tumpuan pengunjung kerana ianya menyediakan ruang untuk berdoa atau memohon hajat.

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 18mm — 1/250 sec, ISO 200

Lagi ruangan memohon hajat.Perhatikan duit syiling yang ditabur pengunjung.
Uhh..Banyak tu ! 

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/6 @ 55mm — 1/250 sec, ISO 200

Kalau sebelum ini pilihan ais krim saya adalah cornetto, kini tidak lagi.
Keenakkan ais krim Morinaga ini ternyata membuatkan anda menjilat jari !!

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/250 sec, ISO 200

Mempamerkan ais krim hiasan di dalam kotak plastik sebegini ketika musim kemarau adalah satu idea yang cukup bijak! Apa tidaknya,banyak wang saku saya dihabiskan di gerai-gerai sekitar dek kerana air liur anak yang berjujuran teringinkan ais krim tersebut !   
( 100 Yen bersamaan RM4.00)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f5.6 @ 18mm — 1/250 sec, ISO 200

Pengalaman saya dan keluarga mengembara ke Jepun baru bermula.Saya masih mempunyai ribuan gambar yang perlu di upload untuk dikongsi bersama (Itu pun, kalau masih ada yang sudi membaca)   :)




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Thursday, 26 January 2012

Spontaneous Thursday: Yamagata Masakage !

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm  — 1/800 sec, f/6, ISO 200

Badass Masakage.

Yamagata Masakage was one of the 24 generals of the Takeda clan. Famous for his red armour and skill in battlefield . He was also a retainer of Shingen leading the famous "red fire unit" (derived from Shingen's slogan FURINKAZAN). After his brother committed suicide as a cover for Takeda Yoshinobu's failed rebellion, Masakage took the red fire unit title and outfitted his cavalry in bright red armor. It was said that his cavalry would always charge first in battle; sowing confusion and panic in the enemy ranks.

His last campaign was in the ill fated Battle Of Nagashino in 1575 where he was shot down on horse while charging together with his famous red fire unit. All of them died together with him.

According to legend, Shingen called out to Yamagata from his deathbed in 1573 and ordered him to plant his banners at the Seta Bridge, the traditional eastern gateway to Kyôto.




All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.