Sunday 19 February 2012

Langkawi Eagle Square - Up Close & Personal.

The eagle square -the first sight that greets you when you arrive at mythical Langkawi island by the sea. These Langkawi's most prominent landmark currently closed for renovation.However, I managed to sneak in and took several pixs for my photo gallery :)

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Saturday 18 February 2012

Amanohashidate.

Saya bermimpi tentang Jepun lagi semalam. Dalam mimpi tersebut, jelas kelihatan rimbunan pepohon Pines tumbuh subur di bohor pasir yang terletak di persisiran pantai yang diliputi salji.Saya terjaga dari tidur dan terus bangun mencari jawapan dengan melayari  internet. Akhirnya saya menemui juga tempat tersebut - ia adalah Amanohashidate, sebuah pekan kecil yang terletak di utara Kyoto ! 

Saya belum pernah sampai ke Amanohashidate dan saya rasa saya perlu berbincang dengan Naomi untuk melawat Amanohashidate mungkin pada kunjungan yang akan datang.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

***Image by Google.

Tuesday 14 February 2012

Urusan Visa Dan Ziarah Ke Pulau Pinang.

Seharian saya di Pulau Pinang kelmarin menguruskan proses permohonan visa untuk pulang ke Jepun. Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan begitu lancar dan kalau tiada aral melintang, visa saya akan siap pada 15hb Februari nanti.

Pulau Pinang seperti biasa,selain daripada kesesakan traffic jam yang menyesakkan dada , cuaca di Pulau Pinang kelmarin juga begitu panas membahang. Suhu yang terpapar pada dashboard teksi yang saya sewa jelas menunjukkan yang kepanasan dan suhu di luar sana adalah  37C! 
Ianya hampir menyamai rekod musim panas sewaktu saya berada di Tokyo tempoh hari. 

Pesawat Firefly FY1011 dari Pulau Langkawi ke Pulau Pinang kelmarin cukup selesa dan menawarkan servis yang sempurna. Kudos kepada semua krew pesawat tersebut.

Pemandangan Pantai Chenang dari udara.

Lagi pemandangan indah Pulau Langkawi untuk tatapan semua. Di harap kesuburan hutan hujan tersebut akan kekal selama-lamanya. 

Saya sampai di Konsulat Jepun tepat pada jam 2 petang. Urusan visa kali ini ternyata berbeza dari sebelumnya dan hanya 5 minit masa yang diambil oleh pihak Konsulat untuk berpuas hati dengan dokumen-dokumen yang saya lampirkan untuk tujuan pemprosesan. 

Adakah ini awan nano?  Tajuk lagu Hafiz dan hasil karya M.Nasir yang menjadi  juara lagu tahun 2011 ? 

Saya touch down di Pulau Langkawi tepat jam 7.35 petang kelmarin bersama Naomi.
Bagaimanapun, saya harus kembali semula ke sana untuk kutipan visa tersebut pada minggu depan.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Sunday 12 February 2012

God's Painted Sky : Karya Agung Ciptaan Tuhan...

Saya keluar awal pagi tadi bersama Naomi selepas menghantar anak-anak ke sekolah. Seperti biasa, arah tuju memandu awal-awal pagi sebegini selalunya ke Pantai Chenang ataupun Pantai Tengah. Seperti juga minggu-minggu yang lalu, saya masih bernasib baik kerana sampai awal di Jeti usang berhampiran Awana Porto Malai ketika matahari masih malu untuk menunjukkan dirinya.

Seketika kemudian, beberapa garis merah dan ungu mula menjelma di dada langit.
 Suasana tersebut cukup menakjubkan dan saya berasa sangat kerdil. Betapa indahnya ciptaan Tuhan!

Beberapa shots dari DSLR dilepaskan untuk dikongsi bersama :)

Exposure-1/80 sec at f/20, Focal Length-80mm ,ISO 100, Len : 70-300mm f4.0-5.6 Sigma.

Exposure-1/80 sec at f/20, Focal Length-70mm ,ISO 100, Len : 70-300mm f4.0-5.6 Sigma.

Awana Porto Malai - Pulau Langkawi, Malaysia. 

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Saturday 11 February 2012

Life Is Like A Box Of Chocolates.

My momma always said, "Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get."  - Forrest Gump.

Eighteen years later, I'm not even upset that the movie won Best Picture over Pulp Fiction.
Forrest Gump taught me one thing -That life, it's unpredictable, with infinite possibilities.......

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Tuesday 7 February 2012

Nikon D800 - Lagi Revolusi DSLR Nikon.

Nikon terus mencetuskan revolusi terbaru di dalam dunia kamera DSLR. Belum pun sempat kita hendak "beramah mesra" dengan Nikon D4 yang baru dilancarkan beberapa minggu yang lepas di Tokyo, kini siri D800 pula diumumkan. Diberitakan yang siri D800 ini adalah replacement untuk siri D700 dan juga back up kepada high end kamera Nikon yang lain seperti siri D3X dan juga D4.

Dilengkapi dengan 36 megapixel, full frame CMOS dan sistem pemprosesan photo expeed 3, D800 adalah satu lagi inovasi terbaik keluaran Nikon.  

Tunggu apa lagi ?

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

Friday 3 February 2012

Enter The Ninja: Saya, Ninja & Hollywood !

Terkejut orang tua saya dahulu apabila saya mengumumkan yang apabila besar nanti saya ingin menjadi seorang ninja! Mungkin kerana masih tidak cukup akal kerana baru berusia 7 tahun ataupun saya mungkin sudah terpengaruh dengan gaya seni permainan senjata seperti kurasigama, bo shuriken dan chigriki oleh aktor Sho Kosugi dalam kesemua filem Hollywood beliau yang bertemakan ninja awal tahun 80-an dulu.

Ninja ataupun Shinobi dikatakan wujud semenjak kurun ke 12 sewaktu zaman Kamakura dan mencapai kegemilangan pada kurun ke 15. Kumpulan yang dilatih sebagai ejen perisikan ini juga adalah pembunuh upahan yang cukup cekap di dalam menjalankan misi-misi subversif dan sabotaj. Saya pernah terbaca satu artikel menarik sewaktu di Jepun dahulu menceritakan tentang Ishikawa Goemon, seorang ninja hebat yang telah cuba membunuh Oda Nobunaga dengan menitiskan racun ke dalam mulut beliau sewaktu tidur menerusi
bumbung istana !

Sekiranya anda pernah membaca buku Banshensukai karangan Fujibayashi Sabuji, anda akan  mendapati yang buku tersebut mendedahkan segala macam rahsia ninja, strategi dan senjata yang mereka gunakan. Kelebihan buku tersebut adalah ianya ditulis sendiri oleh cucu-cicit Fujibayashi Nagato - Mahaguru Iga Ryu Ninjutsu yang cukup hebat. Namun, cerita cerita tentang kehebatan ninja yang lain seperti kebolehan berjalan di atas air dan boleh bertukar menjadi halimunan adalah karut semata mata akibat dimanipulasikan oleh Hollywood untuk menjual filem.

Percayalah ! Tok guru ninja yang masih hidup di dataran Iga (sekarang Mie Prefecture) sendiri pun akan ketawa besar jika mereka tahu mengenainya...Ceh !   

Sho Kosugi - orang yang bertanggungjawab mendedahkan saya kepada ninja dan statement merepek "bila saya besar, saya nak jadi ninja" terhadap orang tua saya 27 tahun yang lalu :)   

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Thursday 2 February 2012

Gempur Sotong Di Teluk Datai !

Amukan sotong mengabang kembali semula ke Pulau Langkawi. Para pemancing tempatan yang tahu akan lubuk- lubuk tersebut mula bertungkus lumus menyiapkan peralatan dan keperluan yang sepatutnya untuk memburu sotong-sotong tersebut. Kalau sebelum ini mereka hanya sekadar menjebak sotong dengan menjala atau menggunakan sejenis kepingan besi yang berumpankan ikan, kini mereka begitu up-to-date hinggakan ada yang sudah pandai menggunakan jig/gewang Yozuri Oita dan Yamashita Jigs ! Begitu pantas gelombang masa berubah dan sikap pemancing dalam mempelajari ilmu menjinakkan sotong.

Untuk pengetahuan, sotong mengabang yang selalunya berenang pada paras yang rendah dan merapati dasar terumbu  pada waktu siang selalunya akan muncul di permukaan dan aktif memburu makanan pada waktu malam. Ianya mudah dijerat sekiranya anda tahu akan tabiat sotong tersebut dan anda menggunakan peralatan yang sesuai. Sama ada candat sotong ada dibaling-tarik atau dihanyutkan berpelampung, anda boleh menjeratnya tak kira pada waktu siang atau malam. 

Jom !

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Wednesday 1 February 2012

Kisah Lama Dan Memori Buah Melaka.........

Saya masih ingat pada satu petang beberapa hari sebelum Aidilfitri puluhan tahun yang lalu ketika arwah emak memecahkan tabung simpanan beliau.Selepas dikira,arwah sebenarnya berjaya menyimpan wang sebanyak lebih RM600 setelah bertungkus lumus menjual buah melaka di sepanjang bulan Ramadhan. Seingat saya, RM600 pada waktu tersebut adalah sama nilai dengan RM3000 pada zaman sekarang memandangkan harga barangan yang cukup murah pada ketika itu.

Sampai ke hari ini, saya masih belum dapat melupakan raut wajah kegembiraan yang terpancar dari wajah arwah emak pada petang tersebut. Arwah memang tidak menjangkakan yang kuih buah melaka yang dijual pada harga 20 sen sebungkus itu (sekarang dah RM1.00) mendapat pulangan yang sebegitu banyak. Arwah akhirnya menggunakan separuh daripada duit simpanan tersebut untuk membeli baju raya untuk kami sekeluarga dan selebihnya sebagai persiapan rumah memandangkan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Kini, setelah hampir 18 tahun arwah emak pergi meninggalkan saya, perasaan teringin untuk membuat kuih buah melaka datang semula. Walaupun saya tidak pernah mencubanya selepas ketiadaan emak, saya masih berkeyakinan untuk menyediakan resipi tersebut kerana ingatan saya yang masih cukup kuat bagaimana lemah-lembutnya tangan arwah emak menguli tepung bersama gula melaka.

Terus terang saya katakan yang penyediaan untuk membuat kuih buah melaka pada hari ini agak emosional walaupun pada awalnya hanya bertujuan untuk hiburan dan mengajar anak-anak untuk rajin ke dapur !!

Bahan utama yang harus ada mestilah tepung pulut.Tepung gandum atau tepung ubi tidak boleh digunakan :)

Jika boleh, dapatkan juga pewarna makanan yang dibenarkan. Saya memilih warna hijau kerana sebelum ini saya tidak pernah melihat buah melaka yang berwarna lain selain hijau. Tetapi, sekarang ni sudah terdapat buah melaka yang berwarna kuning !  

  Gula melaka digunakan sebagai isi kepada buah melaka ( Orang utara panggil gula "Gheqeq" ). Ada sesetengah orang berminat menggunakan isi ubi kayu (?)

Ok ! Langkah pertama.Masukkan tepung pulut tadi bersama pewarna makanan. Campurkan sedikit air garam dan gaul.

Air garam yang dicampur bersama tepung tadi akan menyebabkan campuran tepung bertukar menjadi kehijauan.Teruskan menggaul adunan tersebut sehingga ianya sebati.

Inilah bentuk adunan tepung bersama air garam dan pewarna yang sudah siap.

Ambil adunan tersebut sebesar ibu jari dan gentelkan.Kemudian, masukkan ketulan gula melaka yang dipotong kecil  kedalamnya untuk dijadikan sebagai inti. 

Jerangkan air sehingga mendidih dan masukkan ketulan-ketulan buah melaka tadi ke dalam periuk.Buah melaka yang sudah masak akan timbul dan sejatkan ianya seketika.

Keluarkan buah-buah melaka yang sudah masak tadi dan gaulkan dengan kelapa parut. 

Buah melaka yang sudah siap. Ianya merupakan hidangan yang sesuai disajikan sewaktu minum petang..nyam..nyam ! 

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you
 
All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Tuesday 31 January 2012

Toei Uzumasa Eigamura - Part III

Ini adalah bahagian ketiga siri Toei Uzumasa Eigamura yang pernah saya tulis di dalam blog ini. Oleh kerana ribuan gambar (seriously) yang di ambil sewaktu di sana, maka tak terdaya saya hendak upload kan kesemuanya di dalam satu episod saja. Oleh sebab itu, saya bahagikan ia kepada tiga siri yang mana ini  adalah siri terakhir tentang lawatan saya ke Kyoto's Toei Uzumasa Studio.

Jika anda masih ingat, introduction Toei Uzumasa Eigamura ini pernah saya tulis pada tahun lepas dan bahagian keduanya pula baru saja saya post kan minggu lepas.Rumusan daripada lawatan ini adalah, Toei bukan hanya sesuai untuk kanak kanak saja.Malah ianya juga sesuai untuk orang dewasa seperti saya yang mana pernah hidup dan mengharungi era zaman kegemilangan Polis Angkasa Gaban, Kamen Rider atau Masked Rider ( Orang melayu panggil Kesatria Baja Hitam), Power Ranger dan lain lain. Saya berani memberi jaminan yang hidup anda akan berubah seketika sewaktu di sini oleh kerana terbayangkan kenangan lampau. Ini kerana 
segala paparan penerangan dan karakter yang dipamerkan di sini cukup mengujakan dan seolah-olah hidup malah ianya membuatkan saya dengan tiba-tiba ingin jadi kanak kanak semula !!  

Beberapa keping gambar diambil untuk kenangan abadi dan khas buat adik adik di luar sana yang selalu percaya kepada kuasa baik akan sentiasa mengatasi kuasa jahat ! :)

For both of my daughters......

Issa X Da Pump: Kamen Rider "THE FIRST"

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Monday 30 January 2012

Hello Kitty ! Itu Ini,Begitu Begini.............

Saya banyak kali terserempak dengan Hello Kitty disepanjang perjalanan saya di Jepun. Baik di bandar besar seperti Tokyo dan Osaka hinggalah kampung di pergunungan Nagano.Macam macam saiz dan warna yang saya temui dan tentulah hampir kesemuanya cukup cantik dan comel.

Hello Kitty hasil karya Yuko Shimizu ini betul-betul popular disana hinggakan ianya sudah di anggap sebagai ikon dan budaya bagi negara matahari terbit tersebut. Seperti biasa, beberapa keping gambar diambil untuk dikongsi bersama.

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 55mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm with filter +4 @ 25mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm withfilter + 4 @ 55mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 18mm — 1/5 sec, ISO 400 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/8 @ 55mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 25mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 40mm — 1/800 sec, ISO 200 (Universal Studio Japan)

Nikon D3000 + Nikkor 18-55mm f/5.6 @ 35mm — 1/800 sec, ISO 200 (Takeda Jinja, Yamanashi)